05/01/2026
2.1.2026
Cukup usia adik 7 tahun hari ini.
Sempatlah adik meraikan hari istimewa ini bersama rakan-rakan tadika, sebelum tiba waktu untuk berpisah dan melangkah ke fasa yang baharu.
Mama doakan di mana sahaja anak-anak mama berada, semoga kalian sentiasa dalam lindungan-Nya. Semoga Allah pelihara iman, akhlak dan hati kalian. Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap urusan diberkati dan setiap impian diberi jalan untuk tercapai.
Ya Allah, kurniakanlah anak-anakku kejayaan yang Engkau redhai, rezeki yang halal lagi baik, sahabat yang membawa kepada kebaikan, serta kehidupan yang dipenuhi rahmat dan kasih sayang-Mu. Jauhkan mereka daripada kesedihan yang berat, ujian yang melemahkan dan perkara yang Engkau murkai....🤲🤲🤲