30/12/2024
Koperasi Pegawai-Pegawai KEDA Berhad (Koop KEDA) telah mengadakan Majlis Penghargaan Kepada Rakan Strategik yang sama-sama terlibat di dalam perjalanan, perniagaan dan kawal selia Koop KEDA sepanjang tahun 2024. Majlis telah diadakan di Hotel Grand Alora Alor Setar pada 30 Disember 2024. Majlis telah dihadiri oleh Pengurus Besar KEDA, Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pengerusi Koop KEDA, En Khairul Azmeer bin Abu Bakar, Setiausaha Koop KEDA, En Muhammad Nasir bin Abdullah, Bendahari Koop KEDA, Nor Azimah binti Azlan, Anggota-Anggota Lembaga Koperasi Koop KEDA dan Pengurusan Koop KEDA. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan strategik Koop KEDA seperti Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Kedah, Bank Rakyat Negeri Kedah, KEDA Holdings Sdn Bhd, panel insuran Koop KEDA, firma audit luar Koop KEDA, firma peguam Koop KEDA dan juga pasukan audit dalam Koop KEDA.