SifuKepok

SifuKepok Sifu Kepok di sini. Kepakaran kami ialah membantu anda menjana pendapatan melalui PERNIAGAAN KEROPO

Rumah Kak Zaidah Di tepi Pantai Batu Pelanduk
29/04/2023

Rumah Kak Zaidah Di tepi Pantai Batu Pelanduk

"Terima Kasih Ustaz Dan Kak Nor Bagi Ilmu Buat Keropok Ni, Ramai Yang Kata Sedap Keropok Dan Sos"Testimoni Alumni Kursus...
18/08/2021

"Terima Kasih Ustaz Dan Kak Nor Bagi Ilmu Buat Keropok Ni, Ramai Yang Kata Sedap Keropok Dan Sos"
Testimoni Alumni Kursus Keropok Lekor.

DALAM PERNIAGAAN.1. Buat..... Buat.... Buat..... Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Ramai orang cakap pandai, ...
20/05/2021

DALAM PERNIAGAAN.

1. Buat..... Buat.... Buat..... Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Ramai orang cakap pandai, tapi tak buat. Ramai orang rasa bijak, tapi tak buat. Nak berjaya, kena buat dan buat dengan konsisten. Banyak bisnes yang besar-besar, bermula dengan buat yang kecil-kecilan dahulu. Timba sebanyak mungkin pengalaman. Guru yang paling hebat adalah PENGALAMAN KITA SENDIRI.

2. Ramai yang buat bisnes gagal bukan kerana tak ada idea, bukan tak ada sumber kewangan yang cukup atau bukan tak tahu mana nak dapat sumber pembelajaran, tetapi idea terlalu banyak, dan rasa terlalu hebat.
Apa saja idea dan kreativiti yang ada, seberapa banyak pun modal yang ada dan sebanyak mana pun ilmu perniagaan yang ada, gunakan dahulu. Buat apa yang perlu dibuat dengan apa yang ada.

3. Jangan berhenti belajar. Jangan pilih waktu untuk belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Jangan pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu

BARANG SIAPA INGINKAN MUTIARA, HARUS BERANI TERJUN DI LAUTAN YANG DALAM.

MEMULAKAN BISNES KECILBagi orang yang baru diberhentikan kerja akibat kesan pendamik, memang normal mereka terus fikir m...
19/05/2021

MEMULAKAN BISNES KECIL

Bagi orang yang baru diberhentikan kerja akibat kesan pendamik, memang normal mereka terus fikir macam mana hendak membuka bisnes sendiri.

Mula-mula, jangan fikir hendak membuat produk sendiri, dan kononnya kita hendak ada brand sendiri.

Membuka bisnes dengan cara membuat produk sendiri itu bisnes cara dulu-dulu. Cara membuka bisnes zaman sekarang sudah tidak macam itu lagi.

Contohnya, dulu-dulu jika kita hendak menjual telur masin, kita pun berfikir macam mana membela itik supaya ada telur sendiri.

Kita berfikir hendak membuat reban itik, di mana hendak membeli anak itik, hendak bela itik jenis apa, hendak beri itik makan apa dll.

Beribu-ribu ringgit duit modal dihabiskan untuk fasa membela itik. Telur itik pun belum nampak bayangnya lagi, modal sudah banyak habis. Hari-hari makin banyak modal keluar, maklumlah itik kena diberi makan hari-hari.

Bisnes zaman sekarang bukan macam itu. Kita boleh beli sahaja telur itik, dan terus buat telur masin itu. Kita hendak buat telur masin berapa biji, kita beli telur sebanyak itu sahaja.

Dalam bisnes zaman sekarang, mula-mula sekali kita belajar ilmu marketing online dulu. Kita berguru dengan mana-mana peniaga yang sudah buat bisnes online.

Berkuli dulu dengan peniaga itu, sebenarnya itulah yang lebih baik. Kita tolong buat kerja-kerja online marketing untuk naikkan bisnes peniaga itu. Peniaga itu untung, kita pun untung.

Selama berkuli itu, kita bukan hanya belajar teori-teorinya, tetapi kita juga belajar cara-cara kerja-kerja marketing online yang sebenar-benarnya.

Berapa lama kita patut berkuli? Tiga hingga 6 bulan pun sudah cukup. Kita hendak belajar yang basik-basik dulu, yang advance kita belajar kemudian.

Sementara menunggu telur itik kita itu sudah masin, sudah boleh dijual, kita buat marketing online dulu.

Jadi, walaupun telur itik itu belum masin tetapi semua kerja-kerja tapak bisnes kita sudah siap. Tunggu tarikh kita nak buka order saja!

Adakah impian hanya sekadar impian, atau impian akan jadi kenyataan? Jom kita check diri kita sendiri yang mana satu. Na...
04/05/2021

Adakah impian hanya sekadar impian, atau impian akan jadi kenyataan?

Jom kita check diri kita sendiri yang mana satu. Nak jadi yang biasa-biasa jer atau luar biasa?


"5 SEBAB PALING TINGGI KENAPA BISNES KORANG GAGAL"Takda siapa yg nak harapkan atau doa yg bisnes dia gagal. Betul? lagi2...
03/05/2021

"5 SEBAB PALING TINGGI KENAPA BISNES KORANG GAGAL"
Takda siapa yg nak harapkan atau doa yg bisnes dia gagal. Betul? lagi2 kena tutup operasi semua..Yelah.. dah hangus beribu2 ringgit modal..end up terkubur gitu je..skrg pun ekonomi tak berapa bagus xkan sebab tu korang nk jadikan alasan utk terus giveup? Come on..
So jom kita tengok sebab yg paling utama bisnes dekat luar sana yg gagal dan korang jgn buat benda yg sama!
#1 TAKDA KELAINAN LANGSUNG SEPANJANG BERBISNES
Alaa yg korang selalu dgr USP tu. cuba korang check balik.. Apa alasan yg kukuh utk org beli dari korang. Kalau takda alasan yg kukuh tu..hmm saya rasa mmg korang kena gulung tikar dgn mudah terus rasanya..
Lagi satu bila takda alasan yg kukuh tu, korang akan fokus utk kurangkan hrga serendah mngkin. Bila korang buat mcm ni mmg orang beli tapi dari pelanggan yg tak setia, yg hnya nak kan brg murah je.. cuba cari kelebihan yg takda dekat pesaing lain samaada direct atau indirect. Dgn cara tu je boleh kenakan hrga yg sama atau mahal skit dri pesaing. boleh boleh?
#2 GAGAL MERANCANG
Apa produknya, berapa harganya, bagaimana cara korang bagitahu semua org produk korang tu bagus? Semua ni kena jelas dalam kepala korang. Luangkan masa sikit dlm bab ni atleast sejam setiap hari sblum start apa pun..ni tak awal2 pagi dah negative.. asik redha je sampai bila kan..betul?
#3 TAKDA TARGET SALES
Maksudnya korang sendiri tak letakan sasaran sales harian berapa, bulanan berapa, setiap fasa berapa.. kalau letak pun tapi tak capai buat tak tahu.. cuba kalau tak capai tu tengok balik apa yg tak kena. perbaiki terus. clear terus dgn staff, plan baik2 mcm mana korang nak hit target tu..
Nak lagi baik beli whiteboard besar2 atau frame besar2 letak dekat depan pintu masuk office tu. biar jelas biar menghantui korang tiap hari.. faham?
#4 GAGAL LAYAN PELANGGAN
Ni pulak masuk dalam bab melyan pelanggan..hati nak berbisnes tapi bila layan customer mcm org sombong..SILA SENTAP! Sebeenarnya ni salah satu cara utk bezakan korang dgn orang lain..cuba wujudkan personal touch tu biar org selesa dgn kita..
Kalau produk atau servis korang tu sama macam orang lain dan tak jumpa jalan mcm mana nak bezakan dari segi produk atau servis, korang boleh try bezakan dengan layanan istimewa ni biar pelanggan tu terus tidur tak lena. huhu
#5 TAK SEDAR YG DIRI TU TAKDA ILMU
Dah lama bisnes pun tapi kalau tak cari ilmu yg berturusan pun susah jugak.. yelah bukan semua sama. setiap masa cara berbisnes ni akan berubah. Sama jugak mcm trend.. cari MENTOR yg lebih pengalaman dan yg banyak bantu usahawan..Buang ego, buang malu tu..kosongkan gelas dan terima semua pandangan.
Sentiasa kena ada niat nk terus belajar dari apa saja perkara yang korang kena hadap. Buka mata dan pasang telinga. Sentiasa mencuba perkara baru dan jgn rasa segan2 nak bertanya. okay?
Tu jelah nk sampaikan sbb2 skrg banyak bisnes dah tutup..jgn bagi alasan sbb covid ni kita terus down.. cari jalan. Rezeki tu luas Insyallah. bukan org lain yg tentukan pun. Allah yg tentukan segalanya. tugas kita cuma perlu berusaha je..

TIPS JAGA MODAL NIAGAWajib Ada tabungA+B+CTiga tabung...Bila dapat hasil jualanModal mas**an balik tabung ALebih nya ÷ k...
08/04/2021

TIPS JAGA MODAL NIAGA

Wajib Ada tabung
A+B+C
Tiga tabung...

Bila dapat hasil jualan
Modal mas**an balik tabung A
Lebih nya ÷ kepada 2
Untuk tabung B Dan C

Tabung A
Modal

Tabung B
Untung JUALAN

Tabung C
GAJI Kita

Tabung A + B
Dilarang sentuh kecuali Untuk restok barang sahaja..
Jika terrrrr guna wajib ganti..

Tabung C
Gaji aka duit NJOIiiii
Boleh decide nak amik seminggu sekali
Atau sebulan sekali

Tak percaya buat la
Disiplin okeh!
Anda akan dapat hasilnya..

Semoga bermanfaat

PKP dijangka lebih lama. Bersedia sahaja, paling awal 6minggu.. boleh sehingga 3bulan- 6bulan. Bantuan-bantuan oleh gove...
18/03/2021

PKP dijangka lebih lama.

Bersedia sahaja, paling awal 6minggu.. boleh sehingga 3bulan- 6bulan.

Bantuan-bantuan oleh goverment kepada rakyat ini menjadi antara signal awal, PKP akan lebih lama. Belum kira lagi bantuan bank dan moratarium,

Maka,kita perlu bersedia.

1. Perayaan- perayaan tahun 2021,bersedia untuk TIADA. Termasuk Thaipussam,Tahun Baru Cina,Hari Raya Puasa.

2.Simpan sahaja dalam otak,perkara ini sampai Jun 2021 kemungkinan besar berlaku.

3. Bisnes berkaitan event,pelancongan,hotel,kedai2 dalam Mall,kena laju buat keputusan. Jangan tunggu dan lihat duit hangus demi mahu bertahan.

4. Gerak kerja Digital,kena buat segera. Website,page,shopee dan apa sahaja yang boleh onlinekan bisnes.

5. Orang bisnes, ambil langkah defend(simpan duit) dan attack(buat duit) dengan kadar segera.

6. Belajar benda baru untuk bisnes dan terima perubahan demi untuk masa depan, bukan lagi masa tenggelam dalam perubahan.

7. Pasaran saham akan lebih meriah,duit akan banyak dalam pasaran kesan dari bantuan ini.

8. Rumah dan kereta akan lebih banyak dilelong,untuk mereka yang terjejas.

9. Untuk yang ada duit Bukan masa beli rumah undercon,pasaran rumah sewa jatuh. Nak beli,beli rumah yang sudah siap atau lelong.

10. Economy Cycle, setiap benda yang turun dan jatuh pasti ada benda dan perkara yang menaik dan terus mendaki. Pastikan kita berada di graf yang menarik dan mendaki kejayaan.

Abdul Basit
Guru Pengurusan Bisnes

APA ITU PENYATA ALIRAN TUNAIDalam laporan kewangan bisnes kita, ada bahagian yang disebut penyata aliran tunai.Apakah it...
15/03/2021

APA ITU PENYATA ALIRAN TUNAI

Dalam laporan kewangan bisnes kita, ada bahagian yang disebut penyata aliran tunai.

Apakah itu yang disebut cash flow statements atau penyata aliran tunai?

Laporan itu menunjukkan duit tunai yang masuk, dan duit tunai yang keluar.

Syarikat kita mesti sentiasa mempunyai duit tunai. Duit itu diperlukan bagi membayar macam-macam perbelanjaan, dan bagi membeli macam-macam aset yang diperlukan bagi mengembangkan bisnes.

Kita boleh gunakan penyata aliran tunai bagi mengetahui dengan tepat berapa duit tunai yang ada dalam akaun bank, yakni duit yang ada dalam tangan, dan duit itu boleh dibelanjakan pada bila-bila masa.

Laporan ini berguna bagi mengurus duit tunai yang masuk, dan mengawal duit tunai yang keluar.

Kedudukan aliran tunai sangat penting kepada kesihatan bisnes kita. Jadi kita mesti pastikan klien membayar hutang mereka ikut tempoh kredit yang ditetapkan dalam invois. Andainya kedudukan tunai kita sangat rendah, kita boleh tengok semula tempoh kredit yang diberikan kepada klien.

Berdasarkan laporan ini juga kita boleh ambil tindakan dengan memilih antara dua opsyen:

i. Mendapatkan suntikan dana tambahan bagi menguruskan bisnes yang ada.

ii. Menguruskan perbelanjaan syarikat dengan lebih ketat.

Laporan aliran tunai boleh dikemaskini tiap-tiap hari, seminggu sekali, ataupun sebulan sekali. Ini bagi memantau kedudukan duit tunai kita supaya tidak tercekik.

Ada perbezaan antara income statement dan cash flow statements.

i. Income statements memberitahu apakah syarikat kita untung ataupun rugi.

ii. Cash flow statements memberitahu apakah syarikat kita menghasilkan duit tunai.

Dalam laporan aliran tunai itu ada 3 bahagian:

1. Aktiviti operasi syarikat.

Laporan ini memberitahu kita 3 perkara:

i. Berapa sebenarnya jumlah seluruh pendapatan syarikat kita.

ii. Berapa jumlah duit tunai yang sebenarnya masuk.

iii. Berapa sebenarnya duit tunai yang sudah dibelanjakan untuk kos operasi syarikat.

Cara Promosi Di Facebook1. Buat Page khas untuk berniaga di FB. Page memang diwujudkan oleh FB untuk support sebarang be...
14/03/2021

Cara Promosi Di Facebook

1. Buat Page khas untuk berniaga di FB. Page memang diwujudkan oleh FB untuk support sebarang bentuk bisnes online. Jana friend atau follower di Page

2. Kurangkan promote secara ‘hardsell’ di wall personal sebab team FB memang tak s**a. Boleh gunakan wall personal untuk kongsi cerita, kongsi tips, kongsi petua, kongsi pengalaman melalui teknik story-telling dan copywriting

3. Jangan sesekali tag friends untuk sebarang post jualan anda. Sebab friends anda boleh report anda sebagai spam sebab dia rasa anda s**a-suki je tampal iklan depan pintu rumah dia tanpa kebenaran. Hormati orang lain yang nak rumah dia nampak bersih dan kemas. Bukan macam papan tanda iklan.

4. Jadikan rutin untuk add friend di luar lingkaran bisnes anda. Secara logiknya takkan orang yg sama berniaga barang dengan kita nak beli barang yang dia pun niagakan bukan?

5. Luangkan masa untuk Like dan Komen post kawan-kawan. Ini cara kita bertegur sapa di FB. Baru la jana kepercayaan dan orang boleh percaya nak beli barang yang kita jual.

6. Elakk post status meratap, meroyan dan menghina. Lagi satu isu-isu sensitif. Buat orang takut nak berurusan dengan kita. Risau nanti dia pulak di bahankan. huhu

7. Kekal berada di dalam lingkungan aura positif. Lebih ramai yang positif akan tertarik dengan kita. Tak gitu?
Silakan Share Ilmu Yang Bermanfaat

10 Prinsip Memulakan Perniagaan *Nak mula berniaga ?? Tapi masih rancang dan terus merancang (syok sendiri ) ?? Ikuti 10...
11/03/2021

10 Prinsip Memulakan Perniagaan

*Nak mula berniaga ??
Tapi masih rancang dan terus merancang (syok sendiri ) ??

Ikuti 10 Tips PRINSIP INI .....

1. " Jika Ingin lebih Berjaya dari Orang Lain, TIADA PILIHAN LAIN selain BERKERJA KERAS ! "

2. " Makan bubur sebelum BERJAYA & Makan nasi setelah BERJAYA "

3. " Mereka yang tidak berjimat cermat pasti menderita kemudian hari "

4. " Peniaga tidak boleh terlalu tegar. Sebaliknya perlu benarkan proses tawar-menawar"

5. " Orang tak mampu SENYUM, DILARANG MEMBUKA PERIAGAAN"

6. " Menyimpang seinci, rugi seribu batu"

7. " Jangan Bimbang jangkaan yang belum tiba, Jangan terlalu menyesali apa yang telah berlaku "

8. " Kejayaan terbesar bukan kerana tidak pernah Gagal, tetapi Bagaimana kita bangkit setiap kali Gagal"

9. " Fikirlah untuk 3 Keturunan "

10. " Mula Berniaga walau belum lengkap sempurna (dengan apa ada) , Bukan tunggu lengkap sempurna baru nak bermula "

* Jika ingin bergerak bersama TEAM (tidak keseorangan) , hubungi team kami

Address

Kuala Abang
Dungun

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SifuKepok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SifuKepok:

Share