Cuti Cuti Perak Jer

  • Home
  • Cuti Cuti Perak Jer

Cuti Cuti Perak Jer halaman ni untuk berkongsi tempat-tempat menarik, homestay dan hotel di negeri Perak

jom support live ni...
09/11/2024

jom support live ni...

Recharge MOOD With A.D Fizelmi. | Check out FIZELMI HQ LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from FIZELMI HQ.

15/10/2024
Free fallin'..Jangan lepaskan peluang menyaksikan penerjun daripada Pas**an Khas Angkatan Tentera Malaysia membuat pener...
12/10/2023

Free fallin'..
Jangan lepaskan peluang menyaksikan penerjun daripada Pas**an Khas Angkatan Tentera Malaysia membuat penerjunan bebas.
Hanya di Karnival Hari ATM 2023, 13 hingga 15 Oktober.
Peringatan mesra, hari pertama karnival akan bermula pada jam 2 petang, ya.
Jumpa di sana!



Markas Pemerintahan Armada Barat

Masjid Al Hidayah, Batu 3, mukim Temoh, Tapah, Perak Location: https://maps.app.goo.gl/yhwkQjDJZBQ7DFpj9Masjid ini menye...
11/10/2023

Masjid Al Hidayah, Batu 3, mukim Temoh, Tapah, Perak
Location: https://maps.app.goo.gl/yhwkQjDJZBQ7DFpj9

Masjid ini menyediakan makanan secara PERCUMA untuk musafir pada hari cuti (Sabtu, Ahad, cuti umum. cuti sekolah).

apa yang dilakukan oleh pihak masjid ini perlu di contohi oleh masjid-masjid lain. Memberi makan percuma kepada pengunjung.

Masjid ini terletak diantara kampar dan tapah. Biasanya waktu cuti umum, sabtu ahad, cuti sekolah... highway PLUS memang jem, memang banyak pemandu akan guna jalan dalam untuk ke KL. Masjid akan menjadi tempat persinggahan melepas penat. Atas sebab ini, masjid ini memulakan inisiatif untuk memberi makan percuma pada mereka yang datang berehat. Sambil berehat boleh la makan-makan, minum, solat dan sebagainya...

tempat parking pun luas. ada tempat utk anak2 bermain diluar. Bagi mereka yang nak menderma untuk program ni.. ini adalah No akaun dia (MBB 008122105990- Masjid Kampung batu tiga temoh- ada dalam gambar dibawah). Kalau nak menderma direct kat tabung masjid ni pun boleh. hasil sumbangan ini akan disalurkan untuk program makan-makan musafir ni.

Saya dah banyak kali datang sini, sbb mudah dalam banyak hal. Apa pun saya memang memuji inisiatif masjid ni, saya harap banyak lagi masjid yang buat macam ni. tolong menolong sesama umat islam.

Apa lagi komer... makan free pun ada... moh kita ke Perak

LATA KINJANG, TAPAH, PERAK Location: https://maps.app.goo.gl/rrodC18Wv9c5AaJ6A"Kalau patah sayap rajawali, bertongkat ju...
09/10/2023

LATA KINJANG, TAPAH, PERAK
Location: https://maps.app.goo.gl/rrodC18Wv9c5AaJ6A

"Kalau patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda kemari" dialog hang tuah kepada puteri gunung ledang dalam Filem: Puteri Gunung Ledang. lokasi pengambaran scene ini sebenarnya di buat di Lata Kinjang, Perak. Kalau nak berangan Jadi hang tuah ngan Puteri gunung ledang... boleh la buat OOTD disini.. memang ada tempat yang disediakan untuk bergambar.

Yang paling best disini adalah air terjun yang tinggi tu la. Panorama air terjun mencurah-curah dari ketinggian bukit, air sejuk mengalir melalui celah-celahan batu, pokok-pokok yang menghijau yang mendamaikan pasti akan menggamit ketenangan jiwa.

Dari Segi kebersihan, memang tempat ni di jaga oleh koperasi orang Asli berhad. tandas awam, surau, parking kereta, tempat ber"camping", semua disediakan disini. ada Tube room juga disini .

Lata kinjang ini juga ada banyak tempat mandi, ada yang dalam, ada yang cetek. memang sesuai untuk yang membawa keluarga untuk bersantai. sungai dia pun agak panjang juga, jadi jangan risau pasti ada tempat untuk berkelah. yang buat bbq pun ramai juga. pada mereka yang nak berkonvoi kesini memang sesuai juga.

jarak dari KL (lebih kurang 2 jam perjalanan), jarak dari Ipoh (lebih kurang 1 jam perjalanan). Kalau korang jalan melalui PLUS hiway (Tapah ke Ipoh), pasti akan nampak air terjun yang tinggi dari tepi hiway. Itulah lata kinjang. Lata kinjang ini terletak dalam mukim chenderiang.

Jadi apa lagi kome... moh kita ke perak...

30/09/2023

HUTAN LIPUR PAPAN,PUSING, PERAK
Location: https://maps.app.goo.gl/vLUQrH9yzXGTWaUv7

Hutan lipur papan ni terletak dalam hutan simpan kledang saiong. Nama pun dalam hutan simpan, memang jauh ke dalam. Sejam juga dari jalan utama, yang bagusnya boleh bawa kereta sampai ke hutan lipur ni, walaupun "bumpy ride".

Hutan lipur ni memang menjanjikan ketenangan la, di kelilingi hutan simpan. Jeram yang tak terlalu dalam, sesuai untuk kanak-kanak. Airnya yang dingin, suasana yang tenang, orang tak ramai, betul-betul rilex. Bagi mereka yang s**a berkonvoi tu, jemput la datang ke sini.

Jarak dari ipoh hingga ke pintu gerbang tu hanyalah 24KM (nak masuk tu jauh lagi), Jarak dari KL 200KM (++).

Apa lagi kome... moh kita ke Perak...

Credit Video: Farris Noorzali (https://www.youtube.com/watch?v=AV1ftOg-JVg)

AIR TERJUN ULU GERUNTUM ( merkor), GOPENG, PERAK Location: https://maps.app.goo.gl/TWf9C1GD2eQscbJFARasakan kesejukan al...
26/09/2023

AIR TERJUN ULU GERUNTUM ( merkor), GOPENG, PERAK
Location: https://maps.app.goo.gl/TWf9C1GD2eQscbJFA

Rasakan kesejukan alam semulajadi yang memukau saat Anda merendam diri di air terjun Ulu Geruntum. Keindahan alam yang mempesona ini akan mengembalikan semangat Anda. Air terjun ini adalah tempat yang tersembunyi dari keramaian kota, di mana Anda akan merasakan ketenangan dan kedamaian sambil menikmati mandi di air terjun yang segar dan jernih. Suara air yang mengalir, alam yang hijau, dan air yang menyegarkan akan membebaskan Anda dari segala masalah duniawi untuk sementara..

Jarak daripada Kuala lumpur sejauh 189KM, jarak daripada Ipoh hanyalah 40KM. Bagi mereka yang duduk sekitar gopeng, boleh la datang untuk day trip... memang menarik..

Tapi nak naik keatas air terjun yang berbatu tu.. kena berhati-hati, agak bahaya. tp ada disediakan tali untuk keselamatan anda.. memang best la untuk buat OOTD.

Apa lagi kome.. moh kita ke Perak

Credit Photo: https://www.facebook.com/pages/Air-Terjun-Ulu-Geruntum/167273627260316

KOTA NGAH IBRAHIM, TAIPING, PERAK Kota ngah ibrahim merupakan rumah kepada pembesar Perak yang bernama Ngah Ibrahim. Rum...
24/09/2023

KOTA NGAH IBRAHIM, TAIPING, PERAK

Kota ngah ibrahim merupakan rumah kepada pembesar Perak yang bernama Ngah Ibrahim. Rumah ini dilengkapi dengan pagar batu dan merupakan kubu pertahanan dari penjajah Inggeris.

Apa yang menarik perhatian saya dengan tempat ini adalah cerita-cerita dan tinggalan sejarah yang di pamerkan didalam tempat ini.

Tahukah anda, bahagian larut telah diberikan kepada Ngah Ibrahim untuk dibangunkan, dan Sultan Perak menjadikan ngah ibrahim pemerintah dibahagian larut, dia boleh mengutip cukai dikawasan ini ( sama konsep pemaju bina mall dan dibenarkan mengutip sewa). tetapi bila inggeris datang terus melarang ngah ibrahim kutip cukai. Inggeris datang seperti penyamun yang mengutip hasil yang telah lama diusahakan oleh pembesar melayu.

tahukah anda, Ngah Ibrahim merupakan salah seorang billionare melayu semasa kegemilangan bijih timah di Perak..

Zaman dulu.. kita berperang guna baju besi. Tanah Melayu ni maju sebenarnya..

Muka captain speedy macam captain jack sparrow.... haha.. mungkin susur galur johnny depp kot...

Banyak fakta-fakta menarik tentang pembesar Perak, dan bagi mereka yang mahu memahami lebih mendalam tentang pembesar Perak ini, kota Ngah Ibrahim ini memang sesuai untuk anda...

Apa lagi kome, moh kita ke Perak...

LATA SEMPENEH, BATU KURAU, PERAK Lokasi: https://goo.gl/maps/dQeCZx3sNFxaiWgcASelamat datang ke destinasi yang menakjubk...
08/09/2023

LATA SEMPENEH, BATU KURAU, PERAK
Lokasi: https://goo.gl/maps/dQeCZx3sNFxaiWgcA

Selamat datang ke destinasi yang menakjubkan, Lata Sempeneh! Apakah anda mencari pengalaman yang seronok dan menyegarkan? Mandi di Lata Sempeneh adalah pilihan yang sempurna! Nikmati keindahan alam semulajadi yang menakjubkan sambil menikmati sensasi mandi di air terjun yang segar dan air sungai yang jernih.

Lata Sempeneh terletak di dalam hutan yang asli, memberikan anda pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Nikmati ketenangan hutan dan kecantikan air terjun yang mengalir dengan tenang.

Air dari Lata Sempeneh adalah sejuk dan jernih. Rasakan sensasi menyegarkan air terjun yang mengalir di atas badan anda, memberikan ketenangan dan kesejukan.

Jarak dari ipoh adalah 103KM, dari Pulau Pinang adalah 105km. memang jauh la dari bandar besar. tapi tempat menjanjikan suasana yang menarik. Kalau musim durian kena datang sini, maklum la Batu Kurau ni terkenal dengan durian dia. Sebagai penggemar durian saya memang s**a durian batu kurau ni.. marvelous..

Di sekitar ni ada campsite dan juga kemudahan tandas awam.. chalet pun ada. bagi mereka yang nak buat family day ke, teambuilding ke... memang sesuai la...

Jadi, bawa keluarga dan rakan-rakan anda ke Lata Sempeneh untuk pengalaman mandi yang tak terlupakan. Buatlah kenangan indah di tengah-tengah keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Jangan lupa membawa kelengkapan mandi anda dan selamat menikmati kebahagiaan alam semulajadi!

Apa lagi kome... Moh kita ke Perak..

Credit foto: FB Lata Sempeneh, Batu Kurau, Perak (https://www.facebook.com/pages/Lata-Sempeneh-Batu-Kurau-Perak/556841237998643)

LATA BULOH, IJOK, PERAK Lokasi: https://goo.gl/maps/WoYjoNVv22MunGnr7Menjejakan kaki ke Lata Buloh pertama kali, anda ak...
07/09/2023

LATA BULOH, IJOK, PERAK

Lokasi: https://goo.gl/maps/WoYjoNVv22MunGnr7

Menjejakan kaki ke Lata Buloh pertama kali, anda akan disambut oleh kehijauan pepohonan dan bunyi air sungai yang mengalir. Jauh dari kesibukan bandar, ini adalah tempat yang sempurna untuk melepaskan kepenatan dan bersentuhan dengan ketenangan alam semula jadi. Anda akan merasakan udara yang segar dan menyegarkan, serta segera merasa rileks.

Mandi di bawah air terjun Lata Buloh adalah pengalaman yang luar biasa. Airnya jernih dan menyegarkan, dan anda dapat merasakan titisan air yang berkilauan seperti berlian ketika ia jatuh ke kulit anda. Sementara itu, pemandangan semulajadi yang mengelilingi air terjun akan membuat anda terpesona. Daun-daun hijau yang lebat, batu-batu besar, dan batu-batu semulajadi yang mengelilingi air terjun mencipta suasana alam yang ajaib.

Kedudukan memang jauh ke dalam, jarak dari Ipoh adalah 107KM, jarak dari penang lebih kurang 105KM. Memang jauh dari bandar besar..

Bagi mereka yang s**a tempat-tempat yang terpencil, lata buluh ni anda harus datang dan ia menjanjikan pengalaman yang menarik..

Apa lagi kome tunggu... moh kite ke Perak

Credit FB - PERAK SANA SINI (https://www.facebook.com/watch?v=952283029031807)

ROTI CANAI TERBANG TROLAK SELATANkedai roti canai kat trolak ni memang selalu jadi tumpuan warga setempat.. kalau sabtu,...
06/09/2023

ROTI CANAI TERBANG TROLAK SELATAN

kedai roti canai kat trolak ni memang selalu jadi tumpuan warga setempat.. kalau sabtu, ahad atau cuti umum... memang penuh kedai ni...

kalau nak dtg kat kedai ni.. minta la dia buat roti canai terbang.. sporting dia ni... insyaAllah dia buat demo mcm video ni...

Roti canai dia ada macam-macam perisa.. selain roti canai ada juga menu yang lain... boleh la cuba kalau datang sini..

Credit: Kulaan Studio Official
(https://www.youtube.com/.5336/featured
https://youtu.be/J7scZyL6_-4?si=f_xCFGIJoauWftRz)

keunikkan rasa roti canai terbang yang enak lembut dan di adun dengan baik serta pembuatannya memang terbaik. Kedai ini terletak di Felda Trolak Selatan di ...

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuti Cuti Perak Jer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Hotel?

Share