06/08/2025
Apakah Akad Muamalat yang Terlibat dalam Urusniaga Homestay?
# # # # # # # # # # #
Secara asasnya, penyewaan homestay melibatkan akad sewaan (Ijarah), dan kadangkala juga wakalah, wadiah, atau ju’alah bergantung kepada peranan pihak yang terlibat.
1. Akad Asas: IJARAH (الإجارة) – Sewa Menyewa
Definisi:-
Akad ijarah ialah akad memberikan manfaat (bukan milik) daripada sesuatu harta kepada orang lain dengan bayaran.
Contoh:-
Tuan rumah menyewakan homestay kepada penyewa (tetamu) selama 1 malam dengan bayaran RM200.
Rukun Ijarah:-
1) Mu’jir: Pemilik homestay
2) Mustajir: Penyewa (pelanggan homestay)
3) Ma’jur: Manfaat yang disewakan (penggunaan homestay)
4) Ujrah: Bayaran sewa
5) Sighah Ijab dan qabul: persetujuan jelas dan sah
Syarat Sah Ijarah dalam Homestay:-
1. Manfaat homestay mestilah jelas – contoh: boleh guna 4 bilik, ruang tamu, dapur. Nyatakan dengan jelas bersama gambar lebih baik.
2. Tempoh sewaan perlu dinyatakan – contoh: 2 hari, 1 malam (check-in 3 pm, check-out 12 pm).
3. Harga sewa perlu jelas dan dipersetujui.
4. Homestay selamat dan sesuai digunakan.
2. Akad Tambahan: WAKALAH (الوكالة) – Perwakilan Urusan
✅ Digunakan apabila:-
Pemilik lantik orang lain (ejen/penjaga homestay) untuk uruskan booking, kunci, pembersihan, komunikasi pelanggan.
✅ Contoh:
Pemilik homestay lantik syarikat pengurusan (atau jiran) sebagai wakil untuk urus check-in dan check-out.
3. Akad WADI’AH (الوديعة) – Penjagaan Barang
✅ Dalam konteks:
1. Deposit Sekuriti termasuk dalam Wadi'ah
2. Jika tetamu tinggalkan barang secara tak sengaja (dompet, telefon), tuan rumah menyimpannya sebagai barang amanah.
Dilarang menggunakan barang tersebut.
Wajib memulangkan apabila diminta.
Caj boleh dikenakan apabila melibat kos seperti kos pos barang tersebut.
4. Akad JU’ALAH (الجعالة) – Ganjaran atas Hasil
✅ Digunakan jika:-
Contoh: Pemilik homestay tawarkan ganjaran RM30 kepada orang yang berjaya dapatkan pelanggan booking homestay.
5. Situasi Lain & Hukum Fiqh:
Situasi Akad yang terlibat Hukum Fiqh
Menyewakan homestay Ijarah Harus, jika syarat sah dipenuhi
Guna Airbnb/Agoda/Booking.com Wakalah & Ujrah Harus, agen sebagai perantara dengan komisen kepada ejen.
Bayaran penuh awal Bai’ al-Ijarah bi al-Muqaddam Harus – akad sewa dengan bayaran terdahulu
Deposit keselamatan Wadiah Amanah – tidak boleh digunakan oleh pemilik homestay
Komisen pada referral Ju’alah Harus, jika jelas kadar dan hasil yang dijanjikan
Kos cleaning service Ijarah ‘ala amal Harus, sewa atas tenaga kerja (contoh: RM50 pembersihan)
Perkara yang Perlu Dijaga Supaya Patuh Syariah:
1. Tiada unsur gharar (ketidakjelasan) – pastikan semua terma sewaan jelas.
2. Tiada unsur riba – contohnya mengenakan denda lewat yang tidak sah.
3. Tiada unsur zalim – contoh mengenakan caj tersembunyi tanpa persetujuan awal.
4. Menjaga adab Islam – larangan membawa arak, perjudian, pesta haram, dll.
**************
Contoh Skrip Akad Ijarah untuk Homestay (Secara Ringkas):
Penyewa:-
"Saya bersetuju menyewa homestay ini selama 2 malam dengan bayaran sewaan RM400."
Pemilik Homestay:-
"Saya bersetuju untuk menyewakan homestay ini selama 2 malam, dengan pakej dan akses seperti dinyatakan......, dan bayaran RM400."