04/08/2025
Rafflesia di hutan simpan Sungai Rengat kini terpahat dalam liputan akhbar Berita Harian! Terima kasih yang tak terhingga kepada wartawan & jurugambar Berita Harian yang sudi masuk hutan bersama kami untuk menyaksikan sendiri keajaiban alam ini. Sokongan ini amat bermakna buat kami & komuniti kampung yang ingin angkat khazanah hutan sebagai aset pelancongan berharga.
Credit to Berita Harian Online
TERLETAK sejauh kira-kira 200 kilometer (KM) dari Kuala Lumpur, Jerantut mungkin hanya dikenali sebagai pekan terbesar di Pahang. Selebihnya, ia gah dengan kisah-kisah kepahlawanan Mat Kilau dan Pawang Nong, yang masing-masing mencatat sejarah tersendiri.