29/12/2024
*Pernyataan Ringkas Berhubung Pemberhentian Operasi Temu Homestay Residensi Adelia*
Dengan penuh rasa hormat, kami ingin mengumumkan bahawa operasi Temu Homestay Residensi Adelia akan dihentikan mulai 24/12/24. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sambutan dan sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak sepanjang tempoh operasi ini.
Sokongan dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh para tetamu dan komuniti setempat amatlah dihargai dan menjadi kenangan indah bagi kami. Kami berharap agar hubungan baik ini akan terus berkekalan di masa hadapan.
Sekian, terima kasih.