PBSD/ Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar

PBSD/ Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar Kemudahan Sukan, Asrama, Bilik kuliah, Dewan, Tapak Perkhemahan, kayak. 05-4664634

HEBAHAN SISTEM TEMPAHAN FASILITIMakluman Kepada SemuaMulai 1 Disember 2023, tempahan fasiliti menggunakan SISTEM TEMPAHA...
28/11/2023

HEBAHAN SISTEM TEMPAHAN FASILITI

Makluman Kepada Semua

Mulai 1 Disember 2023, tempahan fasiliti menggunakan SISTEM TEMPAHAN FASILITI (STF) Kementerian Belia dan Sukan di pautan berikut:-*

https://stf.kbs.gov.my

*Nota: Untuk pengguna kali pertama, sila daftarkan diri anda sebelum menggunakan sistem tersebut dengan mengklik menu DAFTAR PENGGUNA.*

Hebahkan kepada kawan-kawan ya!

KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR, PERAK

*PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) TAHUN 2023, PERINGKAT DAERAH KAMPAR*KAMPAR, Perak, 21 Jun 2023 -...
21/06/2023

*PROGRAM INTERVENSI SOSIAL DARI BELIA UNTUK BELIA (Y2Y) TAHUN 2023, PERINGKAT DAERAH KAMPAR*

KAMPAR, Perak, 21 Jun 2023 - Seramai 100 orang peserta dari Daerah Kampar, telah menyertai Progam Intervensi Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) Peringkat Daerah Kampar. Program yang dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Kampar ini, adalah anjuran bersama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kampar dan Kelab Belia Taman Gopeng Baru. Program dipenuhi dengan aktiviti ceramah kesedaran berkaitan Bahaya Dadah, Latihan Dalam Kumpulan serta aktiviti berkayak. Aktiviti dikendalikan oleh Kakitangan dan Skuad Sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kampar. Turut sama berkolaborasi dalam menjayakan program ini ialah Kolej Teknikal Seri Ayu.
Program diakhiri dengan Penyampaian Sijil dan Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Encik Amer Izuddin Bin Zainuddin, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kampar.



19 Jun 2023PDT KamparMajlis penyerahan sumbangan bantuan bagi pasukan MSD kampar ke Sukan perak (SUPER) yang dijadualkan...
21/06/2023

19 Jun 2023
PDT Kampar
Majlis penyerahan sumbangan bantuan bagi pasukan MSD kampar ke Sukan perak (SUPER) yang dijadualkan akan berlangsung pada 14 hingga 16 Julai 2023 di Ipoh, Perak. Sumbangan daripada Pejabat YB Ahli Parlimen Kampar yang disampaikan oleh YB Tuan Chong Zhemin kepada Tuan Pegawai Daerah Kampar merangkap Pengerusi Majlis Sukan Daerah Kampar. Turut hadir bersama ADUN Keranji YB Angeline koo Haai Yen, En Amer Izuddin Setiausaha MSD Kampar dan juga En Muzri Salleh Bendahari MSD Kampar dalam majlis tersebut.

MSD Kampar mengucapkan terima kasih di atas sumbangan bantuan yg diberikan oleh YB Tuan Chong Zhemin..


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,  *HEBAHAN PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM KAPAL LAYAR DIRAJA TUNAS SAMUDERA (VOYAG...
14/03/2023

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


*HEBAHAN PELAWAAN MENYERTAI PROGRAM KAPAL LAYAR DIRAJA TUNAS SAMUDERA (VOYAGE 446/23) TAHUN 2023*

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) akan melaksanakan *Program Kapal Layar DiRaja Tunas Samudera (Voyage 446/23) Tahun 2023 pada 6 hingga 18 Jun 2023.* Pelaksanaan program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran disamping menerapkan elemen kepimpinan dan jatidiri belia.

Penyertaan dibuka kepada belia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon menyertai program ini. Kerjasama dan jasa baik semua dimohon untuk membantu memanjangkan hebahan ini kepada warga jabatan dan agensi masing-masing menerusi semua saluran komunikasi sedia ada. Bersama ini dilampirkan maklumat am dan syarat penyertaan program. Permohonan boleh dibuat melalui pautan QR kod diposter yang dilampirkan.

Sekian, terima kasih.

Ayuh..jom Sertai




15/02/2023
15/02/2023

HEBAHAN/MAKLUMAN

Penganjur PERLU membuat permohonan melalui Sistem eROSA sekiranya penganjur ingin menganjurkan acara sukan di peringkat antarabangsa



Karnival Sukan Ekstrem KBS Kini Kembali! πŸ”₯⚑️Anda sukakan cabaran lasak? Anda ingin menguji kemampuan anda? πŸ›ΉπŸ›ΌπŸš²Jom sertai...
15/02/2023

Karnival Sukan Ekstrem KBS Kini Kembali! πŸ”₯⚑️

Anda sukakan cabaran lasak? Anda ingin menguji kemampuan anda? πŸ›ΉπŸ›ΌπŸš²

Jom sertai Karnival Sukan Ekstrem KBS yang dibawakan khas oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) seperti berikut:

πŸ—“οΈ : 25 - 26 Februari 2023
⏰ : Mulai 8.00 Pagi
πŸ“ : Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Sila imbas kod QR atau layari pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf7YoeJUBtRGILEig60ZzF413UvaEJIz1FcWtJ_Eb7WhB1z_w/viewform untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut! πŸ”Ž

Penyertaan adalah PERCUMA! πŸ—£οΈπŸ”Š

Pemerkasaan sukan untuk semua, JBSN bersama πŸ’ͺ🏽






Instagram
https://www.instagram.com/p/Comq-E4Jrzx/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Facebook
https://www.facebook.com/100077390861429/posts/216995290890165/?d=w&mibextid=qC1gEa

Twitter
https://twitter.com/jbs_negara/status/1625125427957170177?s=46&t=A2MA46ojMfueIboYkIRB4g

Address

KOMPLEKS RAKAN MUDA KAMPAR
Kampar
31900

Telephone

+6054664634

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PBSD/ Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PBSD/ Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar:

Share

Category