02/01/2019
Malaysia Negara Islam
Hari ini kita bertembung dalam pelbagai aspek untuk mencerahkan identiti sebuah negara di Malaysia. Usaha yang dimainkan oleh golongan pencinta liberal dan sekular perlu kita tangkis dengan membawa satu usaha yang lebih padu dan tersusun.
Memahami situasi ini, maka kita mengetahui bahawa usaha untuk mengelapkan identiti negara dijalankan dengan tersusun di setiap peringkat. Sekiranya kita lemah dalam menyatakan kebenaran, maka pertembungan naratif ini kita akan kalah.
Identiti Malaysia yang akan kita cerahkan dalam kempen Malaysia Negara Islam ini akan menyampaikan segala bentuk hujah dari segi budaya, sejarah, perlembagaan, keputusan mahkahmah, kata-kata tokoh dan syarak. Kita juga akan membawakan perbincangan yang produktif untuk membawa anak muda terutamanya mahasiswa dalam memberi gambaran dan cabaran mencerahkan identiti negara Islam di Malaysia.
Saya menyeru golongan muda yang mempunyai jati diri dan bersetuju dengan seruan ini untuk kita bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha di setiap cabang.
Ayuh kita, tunjukkan simbol Malaysia Negara Islam!
Azam Asri
Presiden Pembina