02/06/2025
TA'SEEM Peringkat Daerah Sandakan unlocked ✅️
Syukur Kump**an Tandak Kinomulakan Segaliud daripada SMK Segaliud mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Tarian Tradisional Sekolah-Sekolah Malaysia (TA'SEEM) Peringkat Daerah Sandakan bagi kategori B (tarian tradisional duo) dan penari perempuan kami Qalesya p**a telah terpilih sebangai penari perempuan terbaik! 😍😍😍
Ini tahun pertama join pertandingan ni jadi pencapaian ini agak membanggakan sy selaku guru mereka. Ini jg adalah hasil usaha 2 orang penari sy iaitu Ederyloh Pilai dan Qalesya Alyah binti Azrul yang telah menghasilkan sendiri pola lantai dan gerak tari tarian mereka ini.
Namun, kekuatan sebenar mereka diasaskan oleh cgu Azwan Haris yg melatih mereka daripada tahun lepas. Hasil didikan cgu azwan tahun lepas la dorg berdua ni punya asas tarian tradisional yang kuat. Terima kasih jg sbb mbantu memakaikan busana utk mereka spy nampak segak dan cantik.
Terima kasih jg kepada cgu Gary Tang dan cgu Ahmad Faiz yg membantu dari segi teknikal (pinjamkan speaker bluetooth dan juga kamera Iphone utk menghasilkan rakaman dgn visual yg lebih menarik). Tidak lupa jg buat suami tersayang Richard Lee sbb mengasi pinjam mic wireless spy dapat rakam suara dorg dgn lebih jelas). Dan jg kpd barisan pentadbir dan rakan guru yg faham dan menyokong kegiatan kami. Semoga Tuhan membalas jasa dan sumbangan kalian semua.
Dengan ini, impian sy untuk membawa penari sy masuk pertandingan ini akhirnya tercapai. Namun, biarpun tidak mendapat Johan, tapi kali pertama join dan terus dapat no2 pun sudah cukup memadai bagi sy. Terima kasih semua krn menunaikan impian sy selama ini! Moga kump**an TKS SMK Segaliud terus bersinar dan mengharumkan nama sekolah di persada seni tari, bukan sahaja di dalam negara malah hingga ke pentas dunia!