05/06/2026
Antara campsite yang best pada kami. Dari segi vibe hutan, sunyi, tenang, tapak, sungai dan kemudahan dia.
LUBUK BUNGA CAMPSITE, JOHOL, NEGERI SEMBILAN
Ni trip ke 41 kami. Tapi trip ni akhir tahun lepas (2025). Kami pergi dengan keluarga. Ada 3 khemah masa tu. Ada beberapa perubahan yang CO tambah baik untuk tahun ni. Antaranya penambahan tapak dan plugpoint.
Tapak bawah ada 6 tapak. Tapak atas ada juga. Tapi kami tak pasti berapa. RTT pun boleh guna untuk tapak atas bukit.
Tandas dia bersih. Cuma tandas dia semua cangkung kalau tak silap kami. Tak ada tandas duduk
Ada sebuah pondok rumah juga dekat sini. Pondok dia dekat je dengan tapak khemah. Tiada katil dalam ni, hanya ada tilam sahaja. Tapi tandas dan dapur ada. (Boleh refer co semula). Walaupun pondok basic, sesuai untuk bermalam.
Network yang ada maxis. Yang lain kami tak pasti.
Pengurusan sampah lak, CO yang uruskan. Jadi camper tak perlu bawa balik. Terima kasih co memudahkan urusan camper.
Check in check out tiada untuk tahun 2025. Untuk tahun ni kami tak pasti
Harga tapak 2026, tapak bawah RM80 termasuk dengan plugpoint .
Jalan nak menuju ke campsite, pada kami agak sunyi dan sempit. Semakin dekat dengan campsite, semakin kecik laluannya. Mujur kami tak pacak malam. Sebab plan asal kami nak pergi malam. Kalau datang 2 kereta waktu malam , ok je kot. Tapi kalau 1 kereta je, risau juga. Sebab memang gelap kiri kanan tu. 🫣
Contact co: +60 17-245 0734
Youtube review pemandangan: Lubuk Bunga Campsite Negeri Sembilan
https://youtu.be/AHSY3GW2T9c