VILLA SOHOr

VILLA SOHOr Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from VILLA SOHOr, Hotel, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu.

SOHOSTAY@KT : " home away from home " a place where one is as happy, relaxed, or comfortable as in one's own home.
24/12/2024

SOHOSTAY@KT : " home away from home "

a place where one is as happy, relaxed, or comfortable as in one's own home.



PASAR PAYANG DAHULU & KINI( Perubahan Arus Pembangunan )Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang (kemungkinan asalnya ...
13/11/2023

PASAR PAYANG DAHULU & KINI
( Perubahan Arus Pembangunan )

Pasar Payang atau Pasar Besar Kedai Payang (kemungkinan asalnya dari nama perahu payang sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar, ataupun loghat Terengganu untuk Kedai Tempayan) merujuk kepada pasar besar di Kuala Terengganu. Ia merupakan tempat perniagaan tradisional yang popular dikalangan pelancong ke Terengganu.
Kalau sesiapa berkunjung ke Terengganu adalah adalah pasti dan wajib untuk singgah kesini membeli buah tangan.

Pelbagai gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.

Pasar Kedai Payang yang terletak di bandar Kuala Terengganu, Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Terdapat juga pelbagai jualan barangan dapur termasuk ikan, sayur-sayuran dan kuih-muih tradisional. Produk yang paling istimewa adalah pelbagai jualan pakaian terutama batik Terengganu, sutera, kain broket dan songket tenunan Melayu yang menjadi " trademark" utama Pasar Payang.

Pasar Payang juga mengalami perubahan mengikut perkembangan Kuala Terengganu yang kini menjadi sebuah bandaraya Warisan Persisir Air. Kompleks Pasar Payang yang lama telah diubahsuai menjadi satu kompleks dengan rekabentuk tradisional yang menarik kombinasi bangunan lama dan baharu ,dilanskap sempurna sesuai lokasi nya di persisir air berlatar belakang jambatan angkat ( Draw bridge) yang menjadi mercu tanda baru di Kuala Terengganu.





Kuala Terengganu Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar pe...
12/11/2023

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu ialah sebuah daerah di Negeri Terengganu yang luasnya lebih kurang 60, 528.1 hektar persegi & merupakan Ibu Negeri bagi Negeri Terengganu. Keseluruhan bahagian Timur Daerah Kuala Terengganu secara Geografinya menghadap Laut China Selatan dan termasuk Pulau Redang dan Pulau Bidong yang merupakan pulau dan destinasi Pelancongan utama di Negeri ini. Bandar Kuala yang berada di muara sungai Terengganu yang luas dan merentasi sempadan daerah lain ke Hulu Terengganu dan hulu Nerus. Sungai yang satu ketika dahulu merupakan laluan sangat penting bagi aktiviti pengangkutan dan perdagangan. Dalam hubungan ini juga sebahagian besar sosio-kebudayaannya dipengaruhi oleh budaya pesisir, berjiwa dan berwatak pelaut. Secara tradisinya penduduk di daerah ini merupakan nelayan, pembina bot dan pelayar yang mahir.

Sejarah menunjukkan Terengganu dan Kuala Terengganu sendiri telah dikenali semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Buku-buku sejarah China seperti ' Ling-wai-Tai-ta ' karangan Cao-Cu-Fei tahun 1178, menyebut ' Teng-ya-nu' dan buku Cu-fan-Cih ' karangan Cao-Ju-Kua tahun 1226 menyebut Teng-ya-nung'. Kedua dua nama tersebeut merujuk kepada nama Tengganu yang dikatakan jajahan takluk Kerajaan Seri Wijaya ( San-fo-Cih ) pada kurun ke 2. Ptolemy seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjong Tanah Melayu, Pelabuhan itu ialah Primula & Kole . Primula dipercayai di Kuala Terengganu dan Kole di Kemaman.

Penemuan khazanah sejarah yang sangat bernilai lain, ia itu seketul batu granit berbentuk empat segi yang berukir tulisan dengan ukuran 84cm tinggi , 53cm lebar bahagian atas dan 27cm lebar dibahagian bawah dan berat batu tersebut 215 kg dan diukir dengan tulisan pada empat penampangnya menggunakan tulisan yang menggunakan campuran bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu, pada tahun 1303 Masehi / 702 Hijrah. Batu tersebut di kenali dengan nama batu bersurat. Penemuan itu juga telah menjadi bahan sejarah yang tidak ternilai dan merupakan satu-satunya bukti yang menunjukkan kemasukan agama Islam ke Tanah Melayu pada abad ke 14 lagi.

Selari dengan perkembangan peredaran zaman dan permodenan fizikal, ekonomi dan sosial. Kuala Terengganu kini telah berubah sebagai sebuah bandaraya warisan pesisir air sedang membangun, Kuala Terengganu bakal menjadi pusat tumpuan pelancong dan koridor kepada pelabur. Bandaraya ini dilimpahi pelbagai produk dan tarikan yang menawarkan keunikan tradisi warisan tempatan, budaya yang kaya dan keindahan alam semulajadi serta keramahan masyarakatnya menjadikan ia destinasi yang unik.

Address

Jalan Sultan Omar
Kuala Terengganu
20000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when VILLA SOHOr posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to VILLA SOHOr:

Share

Category