De Akasia Homestay Gong Badak

De Akasia Homestay Gong Badak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from De Akasia Homestay Gong Badak, Vacation Home Rental, F 64, Taman Perumahan Gong Badak 4, Kuala.

Assalamualaikum. Ada yg bakal peserta kursus di INSTEP yg memerlukan penginapan homestay? Jom stay di Airiz Homestay. Fu...
05/03/2023

Assalamualaikum. Ada yg bakal peserta kursus di INSTEP yg memerlukan penginapan homestay? Jom stay di Airiz Homestay. Fully furnished & siap bagi free Wi-Fi lagi.

Jika berminat boleh WhatsApp 019-5338940.

Assalamualaikum. Ada yg bakal peserta kursus di INSTEP yg memerlukan penginapan homestay? Jom stay di Akasia Homestay. F...
26/03/2022

Assalamualaikum. Ada yg bakal peserta kursus di INSTEP yg memerlukan penginapan homestay? Jom stay di Akasia Homestay. Fully furnished & siap bagi free Wi-Fi lagi.

Jika berminat boleh WhatsApp 019-5338940.

KEEP CALM AND SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.IKHLAS DARI KAMI,THE AKASIA & AIRIZ
19/07/2021

KEEP CALM AND SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

IKHLAS DARI KAMI,
THE AKASIA & AIRIZ

Rindu ganu
26/06/2021

Rindu ganu

Semoga Allah menerima amalan kita dengan rahmatNya. Aamin
13/05/2021

Semoga Allah menerima amalan kita dengan rahmatNya. Aamin

09/03/2021

Kalu dokleh gi jauh-jauh. Dalam Negeri Terengganu sendiri banyok lagi boleh diterokai.

Jom pakat gi Kampung Budaya Terengganu di Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Rasai dan alami pengalaman sendiri tentang hidup zaman lama dulu kala..




MasyaAllah..Inilah yang patut kita jaga..memulangkan kembali kepada tuannya yang berhak dengan membayar ZAKAT. Sucikan j...
14/02/2021

MasyaAllah..

Inilah yang patut kita jaga..memulangkan kembali kepada tuannya yang berhak dengan membayar ZAKAT. Sucikan jiwa dengan berzakat.

Agar kita semua terpelihara daripada menggunakan hak orang lain yg berada dalam rezeki kita..

Aamin..

Allahu.. Semoga kerja² renovation Akasia Homestay berjalan dengan baik dan lancar. Tq Team Reno 💕
09/02/2021

Allahu.. Semoga kerja² renovation Akasia Homestay berjalan dengan baik dan lancar. Tq Team Reno 💕

Kisoh makanan pun ada cerita,MENGABANG TELIPOT DAHULU SYURGA MAKANAN?Coretan: Lanbayu Seafood    (WhatsApp 013 581  1561...
31/01/2021

Kisoh makanan pun ada cerita,MENGABANG TELIPOT DAHULU SYURGA MAKANAN?

Coretan: Lanbayu Seafood
(WhatsApp 013 581 1561)

Hari ini Mengabang Telipot terkenal di seluruh negara sebagai pusat Ikan Celup Tepung (ICT). Sebenarnya yang digoreng celup tepung itu bukan ikan sahaja, tetapi juga sotong dan udang.
Sepanjang pantai Kolam,.Pengkalan Maras dan terbaru di Kg Tengah Mengabang Telipot adalah syurga ' ICT' itu, pelanggan datang dari seluruh ceruk rantau, Lembah Klang dan sebagainya.

2. Dari kajian sejarah dan sumber masyarakat tempatan, sebenarnya sejak dahulu lagi Mengabang Telipot tempat dapat diperolehi makanan yang enak enak . Kemahiran pembuatnya adalah faktor utama yang membawa kepada keenakan makanan itu untuk dinikmati.

3. Bahkan beberapa makanan sejak 1960an dan 70an terkenal di Mengabang Telipot ini masih kekal diwarisi dan diteruskan perusahaan oleh ahli keluarga mereka. Misalnya paun @ paun sekaya yang popular diteruskan oleh Mek Kembang Berahim. Dulu Mek Kembang dan arwah ibunya Mok Da Yam usahakan paun itu di Tanjung Gelam. Sesiapa hendak menikmati makanan legend itu bolehlah ke kedai kopi arwah Dolloh di Kampung Tengah.

4. Begitu juga Asam Gumpal (sebenarnya Sagumpal) iaitu dihasilkan dari sagu dibuat oleh Wook Bakar Tanjung Gelam amat sukar ditandingi. Ia diteruskan oleh cucunya sekarang di kedai sebelah lorong Tg Gelam ke Gong Dato' tetapi dikatakan hanya jual secara tempahan di bulan Ramadhan sahaja. Ada usaha menamakan kuih itu sebagai Mutiara Berendam tetapi masih tetap dikenali 'Sagumpal'.

5. Rojak Che Derih (macam rojok keling) juga tersohor sekitar akhir tahun 1960an dan 70an. Che Derih ini asalnya kerja pengali Telaga, tetapi isterinya Mek Che Derih (kedai kopi) di kampung Tengah mempopularkan rojok Che Derih itu, malah selepas ini Che Derih menjaja guna basikal roda tiga ke sekitar Mg Telipot malah sampai ke Maras. Selepas itu keluarga Che Derih pindah ke Kg Kubang Badak. Hari ini rojak Che Derih pasti masih diingati oleh generasi berusia 50 tahun ke atas. Difahamkan cucunya ada meneruskan rojak (ala rojak keling) itu di pasar Maras setiap Jumaat. wallahualam.

6. Kebanyakan makanan makanan terkenal yang menjadi legenda di Mengabang Telipot yang akan disebutkan seterusnya, hanya berakhir tanpa pewaris yang menyambung legasi itu.
Antaranya;
Nasi Dagang Che Karim@ Cik Ngoh Che Karim (Kg Tengah).
Nasi dagang Chepel (juga Kg Tengah)
Nasi Dagang Mok Tunggal depan masjid Jamek Mg Telipot.
Nasi Dagang Su Che Wook pantai Kolam sekitar.1970an (Su Che Wook ini sebenarnya mewarisi dari emak mertuanya, iaitu ibu suaminya bernama.Daud) yang popular membuat nasi dagang sejak sebelum merdeka lagi.

Kebanyakan nasi dagang mereka menjual dari rumah atau ada penjual (junjung dalam bakul di atas kepala) yang menjaja dari kampung ke kampung sekitar Mg Telipot. Antara nama nama penjaja makanan pagi, di sekitar Mg Telipot ialah Mok Da Kalsom (Pengkalan Mara's,), Kelsom Siku dan Minah Pokyek. Mokda.Kalsom dan Minah ada pertalian keluarga dengan penulis.

Ikannya biasa ikan 'Aya' dikukus lama hingga tulang pun menjadi lembut. Di.letak dalam besen besar dan dijual mengikut sukatan cawan atau anggaran. Biasa dibungkus menggunakan daun pisang untuk pelanggan.
Gulainya sedap dan mereka tidak lupa memasukkan belimbing buluh dalam gulai nasi dagang itu.

7. Selain nasi dagang yang popular juga ialah laksa kuih putih. Dulu orang Mengabang Telipot hanya gemar makan laksa kuah santan putih.
Nama 'Laksa Renek ' cukup popular dan juga Laksa Limah' . Renek nama pengusaha itu berasal dari batas Gong Awang Lib, manakala Limah di Jalan Gong Sekolah.

Seingat penulis, Renek ini menjaja laksanya dari tempat ke tempat (ada stesennya di rumah rumah tertentu). Laksa beras dan gandum yang dibuat sendiri.mengunakan mesin kebok' tembaga di rumahnya, begitu juga Limah.
Tiap laksa yang disusun dalam bakul, Renek menggunakan daun paku pakis sebagai pelapis antara setiap tindanan laksa dalam bakul yang dijunjungnya di atas kepala.
Rata rata mengakui laksa kuih putih Limah dan Renek itu amat enak dan istimewa.

8. Lagi makanan yang popular dan menjadi legend di Mg Telipot ialah;
- paung goreng inti kacang Moksu Yah Mak.Da , Kg Tengah.
- kayu keramat Mokda Nong Cop, Kg Tengah
- kayu keramat Kelsom.Yahya (pantai Kolam)- Kalsom sebenarnya mewarisi dari emaknya.
- Paun Goreng berinti ikan, Timah.Camboh Kg Tengah.
- Paun Moksu Yoh
-Tepung Kapur Mek.Wok Spatu
- Pulut Lepa Midah Wahid,
-Pulut Dakap Mokda Yam Bakar
- Pulut lepa Pok Rani Tg Gelam . (mewarisi pulut lepa emak mertuanya, tak silap nama Cik.Amah)
- Apam Kuah, Kinah Mek Embong
- Bekang, Mokteh Pokloh Camboh
- ketupat pulut Mek Selamah dan adiknya Sura Mohd.
- Nasi kapit (himpit) sambal hitam Mok Ngoh Siah
- Tepung Pelita.Mok De Wok Cik Endut Kg Tengah &;tepung pelita Mok.De Selma Kg Kolam.
- Kuih Cucur & putu.piring Jara@ Jarah Kg Kolam
- Nekbat dan Akok Meriam Ibrahim kg Kolam, Nekbat,Akok Dan Nganang Mek Su Yi Kg Tengah dan Akok/Beka Nyior Meriam Awang Parut (Banggol/Atas Gong)
Apit apit Minah Mamat
- Rojak Betik Mok Teh Dara
- Kuh kacang dan Tamingsari Kg Tengah
- pulut Dakap
-Cik De Chik Tepung Bungkus
-Rojak kedai Koyar Kg Tengah.

9. Mee Rebus juga penting kerana dikatakan yang legend ialah Mee Rebus Che Da. Bahkan air teh kedai Che Da pun dikatakan enak, selain Mee rebusnya.
Che Da bermula di Kg Tengah kemudian kedainya pindah di Simpang Pok Tuyu (sekarang lokasinya dalam pagar Unisza sebelah Pok Tuyu).
Bagaimanapun anak@ cucunya masih meneruskan legasi Mee Che Da itu di Pok Tuyu (depan.surau) bersempadan Tanjung Gelam.
Di.Kg Tengah dulu pun ada.seorang bernama Din buat kedai Mee Rebus dan agak popular akhir 1970an Dan awal 80an. Arwah Din asal pantai Kg Kolam

Demikianlah yang dapat Lanbayu kemukakan untuk tatapan anak Mengabang Telipot khususnya; mungkin di tempat lain banyak lagi kisah makanan legenda ini.

Dari usaha dan keringat yang tumpah, mereka dapat menyara, membesar dan menyekolahkan anak anak mereka...ada antara anak.anak mereka yang berjaya hingga ke menara gading, menjadi ahli professional dan sebagainya. Sungguh besar pengorbanan mereka....sedekahkan bacaan AL Quran buat kebanyakan yang telah pergi buat selamanya..semoga abadi dengan rahmat Allah di Alam Barzakh.

10. Mungkin banyak lagi yang tertinggal tetapi sekadar ini yang Lanbayu dapat temubual sumber, catat dan coretkan. Apapun.diharapkan generasi pewaris keluarga mereka yang membaca coretan ini boleh fikir untuk mempelajari.semula pembuatan makanan enak enak itu dan dikomersialkan semula dalam bentuk yang moden, pembuatan, penyajian dan pembungkusan, seperti bekang yang dikomersialkan secara moden oleh seorang kawan lama Lanbayu di bandar Kuala Terengganu.
Walaupun sekarang ini kita terpaksa bersaing dengan pelbagai makanan moden ,tetapi makanan tradisi boleh diteruskan secara lebih sempurna dan bersih untuk dikomersialkan. Kentucky Fried Chicken pun melalui jalan yang bawah sebelum terkenal peringkat antarabangsa.

11. Kalau ada gelaran yang hadir bersama makanan makanan dan nama pembuat itu, penulis memohon maaf kerana dicatat mengikut apa yang dinyatakan sumber.

12. Mana mana yang ingin menambah bolehlah.coret semasa like dan komen di FB nanti.
Atau WhatsApp Lanbayu; 013 581 1561 atau jumpa Lanbayu di Lanbayu Seafood, Pulau Duyong, Terengganu

Haji Ariffin Haji Embong

12/01/2021

Kepada tetamu-tetamu yang telah booking The Airiz Homestay..Disebabkan PKP yang terpaksa cancel booking, kami akan pulangkan semula deposit anda. Mohon maaf di atas kesulitan ya.
Kita hanya mampu merancang, tapi Allah yg menentukan segalanya..
Moga semuanya pulih seperti sediakala. InsyaAllah.. Aamin

Address

F 64, Taman Perumahan Gong Badak 4
Kuala
21300

Telephone

+60195338940

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when De Akasia Homestay Gong Badak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to De Akasia Homestay Gong Badak:

Share