07/10/2026
[ LATIHAN DALAMAN ]
5-6 Oktober 2026
Taklimat Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan (PKP) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) WP Labuan. Sesi taklimat bertujuan memberikan pendedahan awal dan kefahaman mengenai konsep, prinsip asas serta tata cara penyediaan Pelan PKP selaras dengan Garis Panduan PKP dalam perkhidmatan awam. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Syarifuddin bin Palawa dan Encik Mohamad Norazrul bin Abdul Aziz dari Pejabat Pegawai Keselamatan Kerajaan Sabah dan WP Labuan.