Langkawi Film Office

Langkawi Film Office This is official page for Langkawi Film Office (LFO).

28/11/2021

Video liputan sekitar ‘Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi’ bertempat di ADYA Hotel, Langkawi yang berlangsung antara 2 hingga 6 Disember 2018.

Dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS Malaysia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO).

Bengkel ini bertujuan bagi melahirkan kumpulan sokongan dan para penyelaras lokasi serta logistik penggambaran filem tempatan, dalam usaha mewujudkan ekosistem mesra penggambaran filem di Pulau Langkawi.

Ia adalah usaha permulaan dalam membangunkan Pulau Langkawi sebagai lokasi penggambaran pilihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Penyertaan terdiri daripada para penggiat industri perfileman serta para penggiat industri pelancongan setempat.

Program ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.

Untuk menonton video dalam versi HD, boleh klik link berikut:
https://youtu.be/kBmDbQkf2o4


6 Disember 2018 - MAJLIS PENUTUPSetelah berlangsung selama lima hari, majlis penutup Bengkel Intensif Koordinasi Penguru...
26/11/2021

6 Disember 2018 - MAJLIS PENUTUP

Setelah berlangsung selama lima hari, majlis penutup Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi telah berlangsung pada jam 2 petang di Adya Hotel, Pulau Langkawi.

Bengkel ini adalah satu usaha awal mewujudkan ekosistem mesra penggambaran filem di Pulau Langkawi.

Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg En Razaidi, Pengurus Bahagian Pelancongan LADA.

Turut bersama dalam majlis tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah Unit Latihan Industri FINAS, Puan Zuramashana Zakaria, Presiden Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) YBrs Ts Azharul Azmir Kamarulzaman, dan Pengarah Unifilm Studio Universiti Utara Malaysia, Cik Bahiyah Md Idris, Pengerusi GPMS Kedah, Encik Razeff Rejab, Setiausaha Politik Exco Komunikasi, Penerangan, Multimedia & NGO Negeri Kedah, Encik Khairul Anuar.

Program anjuran bersama LADA (Langkawi Development Authority), FINAS Malaysia dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


6 Disember 2018 - HARI KELIMAHari terakhir Bengkel Intensif Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi.Telah berlangsungnya...
26/11/2021

6 Disember 2018 - HARI KELIMA

Hari terakhir Bengkel Intensif Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi.

Telah berlangsungnya sessi LDK di mana pengumpulan bahan dan pembentangan laporan bahan mengenai tugasan lapangan tinjauan lokasi (recce) serta ‘location evalution’.

Program anjuran bersama LADA (Langkawi Development Authority), FINAS Malaysia dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


5 Disember 2018 - SESSI MEJA BULATSessi Diskusi Meja Bulat pembangunan dan penyelarasan ‘Langkawi : Filming Destination’...
26/11/2021

5 Disember 2018 - SESSI MEJA BULAT

Sessi Diskusi Meja Bulat pembangunan dan penyelarasan ‘Langkawi : Filming Destination’ yang diadakan bersempena Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi telah berlangsung pada jam 2 petang di Dewan 1, Adya Hotel.

Sessi yang disertai pihak-pihak berkepentingan di Pulau Langkawi ini bagi membincangkan usaha sinergi bagi mewujudkan ekosistem mesra penggambaran di pulau ini dalam dua konteks utama iaitu pembangunan dan penyelarasan.

Sessi meja bulat ini disertai oleh ;
1) Bahagian Pelesenan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
2) Bahagian Galakan Penggambaran/ FIMI , Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
3) Bahagian Pelancongan, Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA)
4) Bahagian Pelesenan, Majlis Perbandaran Langkawi (MPL)
5) Pusat Penerangan Malaysia (Tourism Malaysia) Langkawi
6) Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi (Tourism Langkawi)
7) Pusat Khidmat Ahli Parlimen Langkawi
8 ) Pusat Khidmat ADUN Kuah
9) Ideate Media Sdn Bhd
10) Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM)

Sessi meja bulat ini dikendalikan Presiden Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia, YBrs Ts Azharul Azmir Kamarulzaman sebagai moderator.

Program anjuran bersama LADA (Langkawi Development Authority), FINAS Malaysia dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


5 Disember 2018 - HARI KEEMPATBerlangsung dua aktiviti iaitu sambungan tugasan lapangan tinjauan lokasi (recce) serta ‘l...
26/11/2021

5 Disember 2018 - HARI KEEMPAT

Berlangsung dua aktiviti iaitu sambungan tugasan lapangan tinjauan lokasi (recce) serta ‘location evalution’, manakala pada sebelah malam diadakan sesi perkongsian gerak kerja produksi oleh seorang penerbit dan pengurus produksi berpengalaman di peringkat antarabangsa, Puan Zurina Ramli.

Program anjuran bersama LADA (Langkawi Development Authority), FINAS Malaysia dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


4 Disember 2018 - HARI KETIGATelah dijalankan tugasan lapangan untuk peserta yang terlibat dalam ‘Bengkel Intensif Koord...
26/11/2021

4 Disember 2018 - HARI KETIGA

Telah dijalankan tugasan lapangan untuk peserta yang terlibat dalam ‘Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi’ ini.

Seramai 35 orang peserta telah dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menjalankan proses tinjauan lokasi (recce) serta ‘location evalution’.

Selama dua hari bermula hari ini, para peserta akan menjalankan tinjauan lokasi ke lebih kurang 20 buah lokasi sekitar Pulau Langkawi seperti Kilim Geopark, Pulau Dayang Bunting, Skybridge, Oriental Village, Kampung Kubang Badak, Beras Basah, Gua Buaya dan banyak lagi.

Pergerakan para peserta menggunakan 3 buah van, 2 buah kereta, dan 6 buah bot.

Pada sesi malam, para peserta telah membentangkan serba sedikit ’location evalution’ dan analisis bagi keperluan logistik di setiap lokasi, sekaligus akan membangunkan ‘database’ logistik bagi lokasi penggambaran berpotensi di Pulau Langkawi.

Sessi tinjauan lokasi ini akan bersambung pada hari keempat acara.

Turut serta dalam sessi ini adalah Presiden Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia, YBrs Ts Azharul Azmir Kamarulzaman dan Pegawai Eksekutif Unit Latihan FINAS, Puan Syaizawati Zainal serta kakitangan Bahagian Komunikasi Korporat dan Bahagian Pelancongan LADA.

Program anjuran bersama LADA (Langkawi Development Authority), FINAS Malaysia dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Langkawi.


3 Disember 2018 - HARI KEDUA (Sesi Malam)Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman LangkawiTelah berlan...
26/11/2021

3 Disember 2018 - HARI KEDUA (Sesi Malam)

Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi

Telah berlangsung sessi malam iaitu pembahagian kumpulan dan perbincangan untuk tugasan recce lokasi keesokan hari yang melibatkan Encik Syed Muhamad Izzudin, Encik Wan Muhd Zulfakhry dan Puan Imillya Irwani Roslan.

Program anjuran bersama LADA, FINAS Malaysia dan PIDM dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


3 Disember 2018 - HARI KEDUA (Sesi Petang)Berlangsung sesi petang taklimat berkenaan aspek perundangan (perlesenan dan p...
26/11/2021

3 Disember 2018 - HARI KEDUA (Sesi Petang)

Berlangsung sesi petang taklimat berkenaan aspek perundangan (perlesenan dan permit) perfileman yang di sampaikan oleh Encik Syed Muhamad Izzudin, Encik Wan Muhd Zulfakhry dan Puan Imillya Irwani Roslan.

Pelbagai perkongsian yang bermanfaat telah diberikan melalui taklimat ini kepada para peserta iaitu para penggiat industri perfileman serta para penggiat industri pelancongan setempat berkaitan hal-hal perundangan bagi penggambaran dalam Malaysia, termasuk urusan kemasukan penerbitan dan tenaga produksi dari luar negara.

Program anjuran bersama LADA, FINAS dan PIDM dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


3 Disember 2018 - Hari KeduaBerlangsung sesi pagi taklimat berkenaan proses tinjauan lokasi (recce) dan bajet produksi y...
26/11/2021

3 Disember 2018 - Hari Kedua

Berlangsung sesi pagi taklimat berkenaan proses tinjauan lokasi (recce) dan bajet produksi yang disampaikan oleh Encik Syed Muhamad Izzudin dan Puan Imillya Irwani Roslan.

Penyertaan terdiri daripada para penggiat industri perfileman serta para penggiat industri pelancongan setempat.

Program anjuran bersama LADA, FINAS dan PIDM dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO) ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


2 Disember 2018 - Hari Pertama ‘Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi’ bertempat di ADYA H...
26/11/2021

2 Disember 2018 - Hari Pertama ‘Bengkel Intensif Koordinasi Pengurusan Logistik Perfileman Langkawi’ bertempat di ADYA Hotel, Langkawi yang dianjurkan bersama oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS Malaysia), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia (PIDM) dengan kerjasama Langkawi Film Office (LFO).

Bengkel ini bertujuan bagi melahirkan para pengurus lokasi tempatan, dalam usaha mewujudkan ekosistem mesra penggambaran filem di Pulau Langkawi.

Ia adalah usaha permulaan dalam membangunkan Pulau Langkawi sebagai lokasi penggambaran pilihan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Penyertaan terdiri daripada para penggiat industri perfileman serta para penggiat industri pelancongan setempat.

Sessi pertama adalah pengenalan industri perfileman dan produksi penggambaran daripada para tenaga pengajar berpengalaman.

Turut hadir pada hari pertama adalah Presiden Pertubuhan Inovasi Digital Malaysia, En Ts Azharul Azmir Kamarulzaman dan Ketua Penolong Pengurus Kanan Bahagian Pelancongan LADA, Puan Maebel Leong Sai Fong, dan Pegawai Eksekutif Unit Latihan Industri FINAS, Cik Syaizawati Zainal.

Program ini turut dijayakan dengan sokongan agensi dan organisasi setempat di Pulau Langkawi.


Tahniah diucapkan kepada Puan Haslinda Binti Abd Hamid, Pengarah Langkawi Tourism Academy-KKLangkawi (LTA) yang baharu b...
31/07/2020

Tahniah diucapkan kepada Puan Haslinda Binti Abd Hamid, Pengarah Langkawi Tourism Academy-KKLangkawi (LTA) yang baharu berkuatkuasa 6 Julai 2020.

Tahniah kepada Tuan Mohammad Azwan Ja’afar atas pelantikan bagi menanggung kerja Pengarah Langkawi Tourism Academy-KKLan...
10/05/2020

Tahniah kepada Tuan Mohammad Azwan Ja’afar atas pelantikan bagi menanggung kerja Pengarah Langkawi Tourism Academy-KKLangkawi.

Address

Langkawi
07###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Langkawi Film Office posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share