26/10/2024
Software Development (Pembangunan Perisian)
Pertamanya, semoga Allah sentiasa merahmati kita dengan nikmat kesihatan yang baik, rezeki yang halal dan dipanjangkan umur. Dengan rahmatNYA sahaja, kita masih di sini. Alhamdulillah.
Mengimbau kembali tentang kerjaya dan pengalaman yang dilalui. Kerjaya dalam bidang pembangunan perisian bermula sejak tamat pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1994. Di UM, saya telah dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Syukur kepada Allah, genap 30 tahun berkecimpung dalam bidang ini.
Selepas tamat pengajian, saya bekerja di pelbagai industri untuk membangunkan perisian selama 7 tahun. Pada tahun 2001, saya berhasrat untuk berkongsi pengalaman tentang pembangunan perisian dan amat bersyukur kerana diterima untuk bekerja di Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM.
Untuk membangunkan perisian, salah satu fasa yang perlu dilalui adalah mencari apa yang dikehendaki oleh pengguna perisian. Sebagai contoh, semasa zaman covid. Pergerakan kita dikawal. Jadi, ujudlah FOODPANDA yang boleh menghantar makanan. Jadi, satu perisian telah dicipta untuk mencapai objektif kawalan pergerakan tetapi kita masih boleh dapat makanan.
Jadi, saya terjumpa satu artikel https://blog.sumbangan.com/bagaimana-cara-sedekah-subuh-dari-rumah/ dan disertakan dengan gambar botol di bawah. Topik Sedekah Subuh ini sangat banyak dibincangkan di laman web serta posting di media sosial. Misalnya, Datuk Faridah Mohd Ali juga menggalakkan Sedekah Subuh. Kita juga ada Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh di FB.
Ini pandangan saya tentang Sedekah Subuh. Semasa saya di zaman muda atau jahilliyah, saya sangat skeptical tentang sedekah. Apatah lagi Sedekah Subuh setiap hari. Kita sangat berhajat untuk mengumpul sebanyak mungkin harta. Ya, ketika itu boleh beli dan dapat apa yang kita hajati. Saat ujian Allah sampai, dunia ini gelap. Hampir 5 tahun, mencari di mana jalan untuk MULA SEMULA atau come back. Salah satunya, Allah temukan saya dengan botol yang disertakan gambarnya dalam posting ini.
Sebagai salah seorang tenaga pengajar tentang Pembangunan Perisian, kita perlukan pandangan rakan-rakan FB supaya kita dapat rungkaikan sekiranya kita perlukan perisian untuk memudahkan urusan Sedekah Subuh.
Soalan-soalannya.
1. Apakah pandangan kita tentang Sedekah Subuh?
2. Bagaimanakah kita beramal dengan Sedekah Subuh?
3. Apakah yang kita cari dan belum dijumpai tentang bagaimana untuk beramal dengan Sedekah Subuh?
Diharapkan kita dapat berkongsi pandangan dan share posting ini supaya lebih banyak pandangan yang kita dapat rungkaikan.
Sekian. Terima kasih.