23/10/2020
MASAK ASAM DAGING TETEL
=========================
Bahan – bahan:
-----------------------
1 kg daging tetel
15 hingga 20 tangkai cili kering*
Bawang merah kecik 4 biji *
Bawang putih 5 ulas*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 inci *
Kunyit hidup 1 inci *
Belacan 1 inci *
1 sudu kecil lada hitam *
1 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*
1 mangkuk air asam jawa
Gula melaka (gunakan sedikit sahaja supaya tidak terlalu manis)
Garam secukupnya
Daun limau purut (buang tulang tengah)
3 batang serai ketuk
Cara – cara memasak:
-----------------------------------
Cili kering, jintan & lada hitam direndam dalam air panas.
Kisar bahan – bahan yang bertanda * sehingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan – bahan yang di kisar tadi sampai garing.
Masukkan daging tetel, masak sampai keluar air daging.
Masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan daun limau purut.
Rasakan dengan garam dan gula melaka. Masak sehingga daging menjadi empuk.