Puncak Dolit, Gunung Datuk

Puncak Dolit, Gunung Datuk Mengadap langit, menyembah bumi. Campsite paling 'nature' abad ini. For Experienced Camper Only.

Langkah Yang BeratBara api di hujung jalan menjadi saksi kelam hitungan langkah yang tak terbilang bahu memikul beban ya...
07/11/2025

Langkah Yang Berat

Bara api di hujung jalan menjadi saksi kelam hitungan langkah yang tak terbilang bahu memikul beban yang terpendam luruh, bagai dahan tua menanti ajal.

Ayunan kaki ini terasa berat bagai dibelenggu bumi. Jalanan ini seakan tiada berpenghujung memanjang sepi.

Kulihat manusia bergerak laju mengejar impian dan seribu nafsu. Dan daku di sini masih termangu mencari sisa udara di ruang dada yang sempit.

Senyuman yang terukir hanyalah selindung tipis menyimpan wajah duka yang lama terbaring. Menutup rahsia jiwa yang terhiris.

Kudustakan pada dunia "Semuanya baik sahaja." Menjadi kata penenang pada hati yang kian goyang.

Wahai Tuhan, andai lena ini adalah yang terakhir dan tiada fajar lagi untukku esok hari adakah kehilangan ini akan dirasai?

Namun biar. Biar daku teruskan jua meski tempang dan perlahan. Janji ini tetap ku kota pada diri untuk terus bernyawa sebelum tiba saatnya.

Aku, Si Pejuang SunyiLihat aku.Lihat pada bahu yang membongkok inibukan dek karung padi atau sauh kapaltapi dek sauh res...
17/10/2025

Aku, Si Pejuang Sunyi

Lihat aku.
Lihat pada bahu yang membongkok ini
bukan dek karung padi atau sauh kapal
tapi dek sauh resah yang tak berantai.

Lihat pada tangan yang calar balar
bukan kerana tajam lalang atau duri sembilu
tapi kerana mencengkam harap
yang berkali-kali terlepas.

15/10/2025

Ketika tahun 2022, impiannya besar dalam nk menjalankan program Camp Site / Camp Ground di Gunung Datuk.

Lawatan tapak dan survey kena dibuat dulu untuk pastikan kawasan selamat dari 'nature's natural defense'.

Idea asal pada 2022 adalah untuk menjadikan sebuah kawasan yang terlindung dari hiruk pikuk dunia yang serba sibuk jauh ...
14/10/2025

Idea asal pada 2022 adalah untuk menjadikan sebuah kawasan yang terlindung dari hiruk pikuk dunia yang serba sibuk jauh nun di atas gunung.

Tak tersangka, akhirnya bermula juga perjalanan Puncak Dolit dalam memberi ruang dan peluang untuk mereka yang mencari camping site yang tinggi di langit, terselindung dek manusia dan hanya ada kamu dan alam semesta.

Search lokasi Puncak Dolit, Gunung Datuk guna link Google Maps ini. Yang permata selalunya dicari.

Campground

Address

Off, Jalan Gadong, Kampung Batang Nyamor, Kota
Negeri Sembilan
71350

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puncak Dolit, Gunung Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category