11/07/2026
Assalamualaikum WBT,
إنْ شَاءَ اللَّهُ
"KUCING ITU AMANAH"
Di House of Hurairah Cat Villa & Hotel, kami sentiasa meletakkan kasih sayang dan ihsan kepada haiwan sebagai tunjang utama perkhidmatan kami.
Pernahkah kita terfikir, betapa besarnya nilai belas kasihan di sisi Allah SWT? Melalui hadis sahih riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang diampunkan segala dosanya oleh Allah, hanya kerana dia sanggup turun ke dalam perigi demi memberi minum kepada seekor haiwan yang sedang kehausan.
Jika memberi minum kepada haiwan yang haus sudah mendapat ganjaran sebesar itu, bayangkan p**a amanah anda apabila menitipkan si bulu di bawah jagaan kami. Kami komited memastikan setiap keperluan mereka—daripada pemakanan yang berkhasiat, kebersihan villa yang suci InshaAllah, hinggalah belaian kasih sayang—dijaga dengan penuh tanggungjawab. Hantarlah si comel anda ke House of Hurairah dengan tenang, kerana di sini, kebajikan mereka adalah ibadah kami. 🐱space✨
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِطَرِيقٍ اشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَوَجَدَ بِئْرًا فَنَزَلَ فِيهَا فَشَرِبَ ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا كَلْبٌ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنَ الْعَطَشِ فَقَال الرَّجُلُ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا الْكَلْبَ مِنَ الْعَطَشِ مِثْلُ الَّذِي كَانَ بَلَغَ مِنِّي فَنَزَلَ الْبِئْرَ فَمَلأَ خُفَّهُ مَاءً ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ حَتَّى رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ
Maksudnya:
"Ketika seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan, dia terasa sangat haus. Lalu dia menemui sebuah perigi, turun ke dalamnya dan minum. Kemudian dia keluar dan mendapati seekor anjing sedang termengah-mengah sambil menjilat tanah kerana tersangat haus.
Lelaki itu berkata: 'Anjing ini telah ditimpa kehausan yang amat sangat sama seperti yang aku alami tadi.' Lalu dia turun semula ke dalam perigi, memenuhkan kasut kulitnya dengan air, memegangnya dengan mulutnya sehinggalah dia naik ke atas, lalu memberi anjing itu minum. Maka Allah menerima amalnya (berterima kasih kepadanya) lalu mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
"Kami menempuh waktu pagi dan bagi Allah-lah segala kerajaan, segala puji bagi Allah tiada sekutu bagi-Nya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, dan kepada-Nya tempat kembali,"
House Of Hurairah / Bait Abi Hurairah