11/09/2022
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Disini izinkan saya berkongsi update terkini HDV.
Harap dpt war-warkan kpd sesape yang mungkin berhajat. Didahului dengan ucapan Terimakasih.
Adalah menjadi trend “IN” terkini mengadakan majlis pada kadar kecil / minima. Terutama pada warga kota, untuk cari tempat acara (venue) adalah satu cabaran. Kos acara di hotel & dewan bukan satu angka yg murah & mudah untuk diselesaikan. Untuk adakan majlis dirumah pulak… terdapat kekangan dengan isu parking & keselesaan jiran-jiran yang perlu dipertimbangkan, ianya juga satu perkara yang rumit nak diselesaikan. Namun begitu.. hajat & impian diri, anak & famili nak juga disempurnakan. Demi selesaikannya… “terpaksa & rela” kena cari venue alternatif … jauh takpe asalkan hajat disempurnakan.
Berkat Norma Baru … mereka sudah terbuka terima idea - “biar majlisnya kecil tapi sempurna”dihadiri famili & sahabat terdekat sahaja.
Sedar ada problem seperti itu, saya dapat ilham untuk selesaikan & ingin membantu. Di HDV saya jadikan Event House berkonsepkan 2 dlm 1. Di HDV dicadangkan diadakan majlis/event dalam suasana seperti di rumah sendiri berbeza jika didewan yang formal & mewah yang selalunya dalam kapasiti minimum yang tinggi. Jika di HDV, tetamu yang hadir juga dapat berholiday menikmati alam semulajadi pantai Port Dickson - itu yang saya maksudkan 2 dlm 1 😁.
Sememangnya ini satu kelainan, selari dengan keinginan generasi muda kini … inginkan sesuatu yang tersendiri, unik dan dalam bajet sederhana mampu.
Jika ketika ini, Anda ada hajat berputik dan boleh terima idea cadangan ini & bersedia mencuba… contac kami, akan kami bantu penuhi hajat itu. Kita selesaikan bersama-sama.
Sebarang Pertanyaan / Tempahan sila hubungi dengan wasap mesej kepada :
Nizam : 011-21279260
Abdullah : 019-6219918
Saya dahului dengan Terimakasih