07/01/2021
PERMULAAN BAIK TAHUN 2021
=======================
MAAF BULAN JANUARY 2021 FULLY BOOKED!
Alhamdulillah permulaan yang baik bagi tahun 2021 . Pada mulanya Abam beli rumah ni untuk di sewakan dan tak terpikir pon nak buat homestay untuk customer2 Abam menginap. Tapi bila tgk sekitar Putrajaya ni tak banyak rumah yang boleh disewakan coz kebanyakan Goverment punya rumah. So time tu lah Abam terpikir nak buat Homestay kat Putrajaya ni. (Tapi harga rumah boleh tahan sini)
So mula dengan sign S&P , pencarian contractor yang boleh ubah suai seluruh rumah ni coz rumah ni takde la besar mana pon dan time dapat pon lantai tiles banyak da pecah.(mungkin kesilapam contractor sebelum ni) tapi bila reno, mak ai harga boleh tahan rupanya. Pecah toilet, fully tiles, wiring, table top dan lain2 lagi semua Abam buat, eh eh contractor Abam buatkan.
So bila da siap reno & cat semua, mula la pembelian barang2 yang boleh di bawa masuk untuk tetamu Abam merasakan keselesaan yang AMAT BEST bila masuk homestay Abam ni. Tak kesah la harga barang yang Abam beli mahal pon janji customer Abam puas hati bila menginap and merasakan seperti duduk di dalam rumah sendiri je sepanjang bermalam di ni.
Setakat ni banyak review dari customer Abam yang mana mmg puas hati bila tinggal kat sini, ada tu da 3 kali da booking & menginap homestay Abam ni coz dia kata SELESA & MACAM tinggal kat rumah sendiri. Mana taknya, kedai makan dekat, 7eleven dekat, nak isi minyak dekat, Hospital dekat, ERL dekat, Klinik dekat, Tasik dekat, fuh boleh jalan kaki je wooo.
So kalau korang yang nak beli rumah tu boleh la cuba2 buat homestay mana tau laku keras kan tapi kena la tgk tempat juga kan strategic ke tak strategik. Kot kalau ada yg nak belajar beli rumah ke tanpa modal boleh roger2 Abam untuk Abam curah ilmu sikit (xde la power mana pon) .So sape yang rasa-rasa nak bermalam & nak merasai menginap kat boleh la roger2 Abam kat no bawah ni.
For booking watsapp or call 012-6973975 (Hafiz)
www.wasap.my/60126973975