10/03/2026
10 MALAM TERAKHIR RAMADAN AKAN BERMULA..JANGAN LEPASKAN MALAM-MALAM INI, IBADAH, SEDEKAH, MOHON AMPUN, DOA SEBANYAKNYA👇🏻
Pernahkah kita terfikir, jika ini adalah Ramadan terakhir buat kita? Allah SWT telah berfirman tentang kemuliaan malam ini dalam Surah Al-Qadr, ayat 3:
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
Maksudnya: "Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Bayangkan, satu malam ibadah kita menyamai 83 tahun 4 bulan umur manusia. Subhanallah... besarnya kasih sayang Allah pada kita umat Nabi Muhammad SAW yang pendek umurnya ini.
Sahabat-sahabat sekalian, mari kita susun jadual bermula sekarang. Rasulullah SAW sangat bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir ini melebihi malam-malam yang lain.
Diriwayatkan daripada Saidatuna Aisyah RA, beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ
Maksudnya: "Rasulullah SAW apabila masuknya sepuluh malam terakhir (Ramadan), baginda akan menghidupkan malam tersebut, mengejutkan ahli keluarganya, bersungguh-sungguh dalam beribadah dan memperketatkan ikatan kainnya (syadda al-mi'zar)."
(HR Muslim, No. 1174)
Daripada Saidatina Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: "Carilah Lailatulqadar pada malam ganjil dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadan." (HR al-Bukhari, hadis sahih: 2017)
📍Tarikh Penting (Malam Ganjil):
☪️ Malam 21: 10 Mac (Rabu)
☪️ Malam 23: 12 Mac (Jumaat)
☪️ Malam 25: 14 Mac (Ahad)
☪️ Malam 27: 16 Mac (Selasa)
☪️ Malam 29: 18 Mac (Khamis)
Jika kita bertemu dengan malam itu, jangan pening nak minta apa ya. Mintalah keampunan Allah.
Saidatina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Wahai Rasulullah, jika aku tahu malam itu Lailatul Qadar, apa yang perlu aku baca?"
Baginda SAW mengajarkan doa ini:
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku." (HR. Tirmidzi & Ibnu Majah)
Jika ada di antara kita yang sedang 'uzur'. Jangan sedih, sayang. Pintu rahmat Allah tidak tertutup. Teruskan berzikir, bersedekah, dan menyediakan juadah buat keluarga yang beribadah. Ingatlah hadis ini:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari & Muslim)
Jom, kita buat persiapan! Tag ahli keluarga dan sahabat baik anda. Marilah kita saling mengejutkan dalam kebaikan. Moga tahun ini, nama kita tersenarai di langit sebagai hamba yang mendapat keampunan-Nya.
Silakan SEBARKAN kalendar ini demi manfaat bersama.
Ustazah Asma' Harun
================================
1.🥘Infaq Iftar asnaf di link https://yayasanalhijrah.com/order/form/cahayaramadan1447
2.🏢Derma pembangunan Dewan I
lmu Al-Hijrah layari https://bit.ly/INFAQLOTDEWANPAH | MAYBANK 555126542117 YAYASAN APerkampungan Al-Hijrahah
3.💰Bayar fidyah sebelum terlambat wassap segera https://wasap.my/601156866203/BayaranFidyah