23/10/2021
Sekarang dah boleh rentas negeri sejak 12/10/2021. Ya alhamdulillah Homestay Karim-inn & Homestay Rose juga sudah mula beroperasi setelah sekian lama, hampir 9 bulan juga di tutup dek PKPD di seluruh negara dek pendamik Convid-19. Dalam tempuh 2 minggu ini, ramai juga yang call tuan rumah tanya pasal homestay pulau Aman. Jadi sya suruh mereka contact penjaganya iaitu Nabila untuk tempahan. Dia lebih arif dan tahu tarikh2 jadual untuk booking homestay Karim-inn & Rose. Kena buat tempahan awal lah sebab takut penuh nanti kan. Pada yang telah membuat tempahan, selamat bercuti & beristirehat di pulau yang indah ini & sentiasa aman damai jauh dari kesibukan kota. Masih ada suasana kampung di sini & sambil relex santai, juga menikmati keenakan makanan di kaw.kampung atau restaurant terapung, ikut pilihan anda sendiri....π