MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association

MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association MyBHA Negeri Kelantan
Malaysia Budget & Business Hotel Association (MyBHA) 2022
Hotel Direktori yang berdaftar dengan MyBHA

πŸŽ‰ SELAMAT DATANG AHLI BAHARU MYBHA KELANTAN! 🏨✨MYBHA Kelantan dengan sukacitanya mengalu-alukan Hotel Maju Jaya, Tanah M...
24/08/2026

πŸŽ‰ SELAMAT DATANG AHLI BAHARU MYBHA KELANTAN! 🏨✨

MYBHA Kelantan dengan sukacitanya mengalu-alukan Hotel Maju Jaya, Tanah Merah sebagai ahli baharu keluarga MYBHA Kelantan.

🀝 Pemilik: En. Musadik

πŸ“ Hotel Maju Jaya
7668, Jalan Ismail Petra,
17500 Tanah Merah, Kelantan

Hotel Maju Jaya menawarkan penginapan yang selesa dengan harga berpatutan serta lokasi yang strategik, sesuai untuk pelancong, keluarga dan urusan perniagaan.

✨ Antara kelebihan Hotel Maju Jaya:
πŸ›οΈ Pilihan bilik Superior, Standard & Saving
πŸ“Ά WiFi percuma
πŸ“Ί TV
❄️ Penghawa dingin
πŸš— Parking berdekatan
πŸ• Penginapan 24 jam
πŸ“ Berdekatan Balai Polis, restoran & food stall serta Stesen Keretapi KTM Tanah Merah

MYBHA Kelantan merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada En. Musadik serta seluruh warga Hotel Maju Jaya atas penyertaan sebagai ahli baharu MYBHA Kelantan.

Semoga penyertaan ini dapat mengeratkan lagi jaringan kerjasama, perkongsian pengalaman dan memperkukuhkan industri perhotelan serta pelancongan di negeri Kelantan. 🀝❀️

Selamat datang ke keluarga MYBHA Kelantan! 🏨🌿

ROAD SHOW PROMOSI HOTEL AHLI MYBHA KELANTAN Jom kenali dan dapatkan maklumat penginapan daripada hotel-hotel ahli MYBHA ...
19/08/2026

ROAD SHOW PROMOSI HOTEL AHLI MYBHA KELANTAN

Jom kenali dan dapatkan maklumat penginapan daripada hotel-hotel ahli MYBHA Kelantan secara terus di:
πŸ“ Ruang Legar Booth Tourism Kelantan, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR)
Sepanjang 6 – 20 Ogos 2026, beberapa hotel ahli MYBHA Kelantan akan bergilir-gilir hadir bagi memperkenalkan hotel, kemudahan, lokasi serta tawaran penginapan kepada para pengunjung dan pelancong yang tiba di Kelantan.

Antara hotel yang terlibat:
🏨 Hotel Ummi Sue
🏨 Citra Kadok
🏨 Pandan Boutique Hotel
🏨 Tune Hotels
🏨 Rover Hotel
serta hotel-hotel ahli MYBHA Kelantan yang lain.

Sokong hotel tempatan, kenali pilihan penginapan Kelantan!
Terima kasih kepada semua hotel ahli yang turut sama menjayakan usaha promosi bersama ini.

MYBHA Kelantan β€” Bersama Memperkasa Industri Hospitaliti Kelantan.

11/08/2026
MYBHA KELANTAN TERUS MENGGERAKKAN INDUSTRI PELANCONGAN KELANTAN Bukan sekadar mempromosikan hotel, tetapi bersama-sama m...
10/08/2026

MYBHA KELANTAN TERUS MENGGERAKKAN INDUSTRI PELANCONGAN KELANTAN

Bukan sekadar mempromosikan hotel, tetapi bersama-sama menghidupkan pelancongan Kelantan.

Bagi memperkukuhkan promosi pelancongan negeri, MYBHA Kelantan mengambil inisiatif mengadakan Road Show Promosi Hotel Ahli MYBHA di Booth Tourism Kelantan, Balai Ketibaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR).

Sepanjang Ogos 2026
Hotel-hotel ahli MYBHA berganding bahu secara bergilir untuk menyambut dan memperkenalkan kepada para pelancong:
βœ…Penginapan hotel-hotel ahli
βœ…Produk & makanan tempatan
βœ…Destinasi menarik
βœ…Budaya dan warisan Kelantan
βœ…Aktiviti komuniti dan pengalaman pelancongan

Setiap penumpang yang tiba di Kelantan adalah peluang untuk kita memperkenalkan apa yang istimewa tentang Kelantan.

Daripada satu hotel kepada satu destinasi, daripada satu produk kepada satu pengalaman β€” kita mahu pelancong bukan sahaja menginap di Kelantan, tetapi tinggal lebih lama, meneroka lebih banyak tempat dan kembali semula ke Kelantan.

Inilah semangat MYBHA Kelantan β€” bergerak bersama, mempromosikan bersama dan membangunkan pelancongan Kelantan bersama.

Kerjasama antara hotel, komuniti, pemain industri dan agensi pelancongan amat penting untuk membina ekosistem pelancongan yang lebih kukuh.

Kelantan bukan sekadar tempat untuk dikunjungi.
Kelantan adalah pengalaman yang wajar dirasai.

Selamat datang ke Kelantan!
MYBHA Kelantan β€” Bersama Menggerakkan Pelancongan Negeri.







MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN ROVERS HOTEL @ KUBANG KERIAN Alhamdulillah, satu lagi perkembangan positif dalam sektor pelan...
10/08/2026

MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN ROVERS HOTEL @ KUBANG KERIAN

Alhamdulillah, satu lagi perkembangan positif dalam sektor pelancongan dan hospitaliti di Kelantan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Red Rovers Sdn. Bhd. (AZM Group) atas pembukaan rasmi Rovers Hotel @ Kubang Kerian yang berlangsung pada
3 Ogos 2026 (Isnin), jam 12.00 tengah hari di Rovers Hotel @ Kubang Kerian, Kelantan
(Berhadapan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia – HPUSM).

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Kamarudin bin Md. Nor serta barisan jemputan dan rakan-rakan industri.

Rovers Hotel @ Kubang Kerian merupakan sebuah hotel mesra bajet yang dibangunkan bagi menyokong keperluan penginapan di sekitar kawasan hospital, khususnya untuk pelancong, pesakit, waris serta pengunjung yang berurusan di HPUSM dan kawasan sekitar Kubang Kerian.

Kehadiran hotel baharu seperti ini pastinya memberi nilai tambah kepada ekosistem hospitaliti dan pelancongan Kelantan, di samping menyediakan lebih banyak pilihan penginapan yang selesa, praktikal dan berpatutan.

Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia Cawangan Kelantan (MyBHA Kelantan) turut merakamkan ucapan tahniah kepada pihak Red Rovers Sdn. Bhd. atas pembukaan Rovers Hotel @ Kubang Kerian.

Semoga terus maju, berkembang dan menjadi salah satu pilihan penginapan utama di kawasan Kubang Kerian.
Tahniah Rovers Hotel @ Kubang Kerian!

Selamat maju jaya dan semoga terus menjadi sebahagian daripada penggerak industri hospitaliti Kelantan. πŸ’š








🏨 MYBHA KELANTAN HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN ROVERS HOTEL @ KUBANG KERIAN3 Ogos 2026 | Rovers Hotel @ Kubang Kerian...
10/08/2026

🏨 MYBHA KELANTAN HADIR MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN ROVERS HOTEL @ KUBANG KERIAN

3 Ogos 2026 | Rovers Hotel @ Kubang Kerian, Kelantan

Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA) Cawangan Kelantan telah menghadiri Majlis Perasmian Pembukaan Rovers Hotel @ Kubang Kerian, yang berlangsung pada 3 Ogos 2026 bertempat di Rovers Hotel, Kubang Kerian.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi MyBHA Kelantan, Puan Masdiyah binti Jemain, sebagai wakil persatuan.
Rovers Hotel @ Kubang Kerian merupakan sebuah hotel mesra bajet yang dibangunkan oleh Red Rovers Sdn. Bhd., di bawah AZM Group. Hotel ini menawarkan kemudahan penginapan yang moden, selesa dan berkualiti pada kadar harga berpatutan, khususnya bagi pelancong, pelawat serta pesakit dan waris yang mempunyai urusan di sekitar Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.
Kehadiran MyBHA Kelantan mencerminkan komitmen persatuan dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim, jaringan kerjasama serta sokongan terhadap perkembangan industri perhotelan dan hospitaliti di negeri Kelantan.
MyBHA Kelantan turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Red Rovers Sdn. Bhd. atas pembukaan Rovers Hotel @ Kubang Kerian. Semoga terus berkembang maju serta menjadi salah satu pilihan penginapan utama di kawasan Kubang Kerian.

jika berada di Lapangan Terbang Kota Bharu. boleh kunjung ke bahagian Tourist Kelantan. Butiran MyBha Kelantan tersedia ...
09/08/2026

jika berada di Lapangan Terbang Kota Bharu. boleh kunjung ke bahagian Tourist Kelantan. Butiran MyBha Kelantan tersedia disana, serta jangan lupa scam QR mybha passport.

πŸ“’ MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI MyBHA BIL. 4/2025-2026Alhamdulillah, MyBHA Cawangan Kelantan telah menghantar wakil me...
05/08/2026

πŸ“’ MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI MyBHA BIL. 4/2025-2026

Alhamdulillah, MyBHA Cawangan Kelantan telah menghantar wakil menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi MyBHA Bil. 4/2025-2026 yang berlangsung di Hotel Dusit Princess Melaka.

Wakil MyBHA Kelantan yang hadir: πŸ”Ή Puan Masdiyah binti Jemain (Cikgu Mas) – Pengerusi MyBHA Kelantan
πŸ”Ή Aiman Ridel WCY
πŸ”Ή Wakil Pandan Inn Hotel
Penyertaan ini mencerminkan komitmen MyBHA Kelantan dalam menyokong agenda dan pembangunan persatuan di peringkat kebangsaan.

Diharapkan segala perbincangan serta keputusan yang dicapai dapat memberi manfaat kepada semua ahli dan terus memperkukuhkan industri hotel bajet dan bisnes di Malaysia.

Terima kasih kepada MyBHA Kebangsaan atas penganjuran mesyuarat ini. Semoga kerjasama dan ukhuwah yang terjalin akan terus diperkasakan demi kemajuan industri hospitaliti negara.

31/07/2026

πŒπ²ππ‡π€ 𝐆𝐄𝐒𝐀 πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀 π“π€ππ†π€ππˆ 𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 πŠπ€π–π€π‹ π’π„π‹πˆπ€ 𝐒𝐓𝐑𝐀 πˆππƒπ”π’π“π‘πˆ ππ„π‘π‡πŽπ“π„π‹π€π

"Jika lesen diperlukan untuk menyediakan penginapan secara sah, maka perlu ada mekanisme berkesan untuk mengesahkan lesen tersebut sebelum sesuatu premis disenaraikan dan dijual secara komersial kepada pelancong," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata MyBHA menyeru agar kerangka kawal selia lebih bersepadu antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diwujudkan khususnya dalam menentukan premis yang secara sah dibenarkan menyediakan perkhidmatan penginapan kepada pelancong.

"Persatuan mencadangkan supaya setiap premis penginapan yang memohon atau memperbaharui kelulusan daripada PBT diwajibkan membuktikan bahawa premis tersebut telah berdaftar dengan MOTAC dan menjalani proses penarafan atau pengelasan premis penginapan pelancong yang diiktiraf.

"Langkah ini akan mewujudkan rantaian kawal selia yang lebih jelas dan membantu mencegah perniagaan penginapan daripada beroperasi di luar ekosistem kawal selia pelancongan," katanya.

Beliau berkata MyBHA turut mencadangkan supaya pengusaha atau pengendali penginapan yang sah digalakkan menyertai persatuan industri yang diiktiraf kerana platform itu merupakan penghubung antara kerajaan dan pengendali bagi menyampaikan perubahan kawal selia, meningkatkan kesedaran mengenai pematuhan, memberikan maklum balas industri serta membantu pihak berkuasa memahami cabaran operasi sebenar di lapangan.

Wakil MYBHA Kelantan Hadiri Sesi Libat Urus JKDM Berkenaan Cukai PelanconganPada 13 Julai 2026 (Isnin), wakil MYBHA Kela...
22/07/2026

Wakil MYBHA Kelantan Hadiri Sesi Libat Urus JKDM Berkenaan Cukai Pelancongan

Pada 13 Julai 2026 (Isnin), wakil MYBHA Kelantan, Puan Nik Balqis dari Pandan In Boutique Hotel, telah menghadiri Sesi Libat Urus Berkenaan Perundangan dan Pelaksanaan Cukai Pelancongan yang dianjurkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 6, Blok A, Suasana PJh, Putrajaya.

Sesi ini bertujuan mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada pemain industri penginapan berhubung cadangan penambahbaikan pelaksanaan Cukai Pelancongan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk tafsiran bilik dan malam penginapan, status premis penginapan seperti hotel bajet, dorm dan homestay, penentuan kadar sewaan, tempoh penginapan jangka panjang serta kaedah pelaksanaan cukai pelancongan.

Penyertaan wakil MYBHA Kelantan dalam sesi ini mencerminkan komitmen persatuan untuk menyuarakan pandangan ahli-ahli serta memastikan setiap dasar yang diperkenalkan mengambil kira keperluan dan realiti industri penginapan, khususnya di negeri Kelantan.

MYBHA Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Nik Balqis (Pandan In Boutique Hotel) atas kesudian mewakili negeri Kelantan dalam sesi libat urus ini.

Address

Tanah Merah
17500

Telephone

+60139009977

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyBHA Kelantan - Malaysia Budget & Business Hotel Association posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category