04/05/2026
[ Selayang Pandang.... ]
Alhamdulillah,
Masalah utama dapat diselesaikan dalam kadar waktu yang pantas!
Minggu lalu, kami diuji sekali lagi dengan air yang menitik agak deras di dalam 2 buah bilik yang mana membuatkan sedikit ketidakselesaan ke atas tetamu kami.
Memandangkan kejadian berlaku di lewat petang juga pada public holiday, urusan menjadi sedikit rumit. Namun Alhamdulillah, dapat juga team kami hadir di malam hari untuk mengemaskan apa yang patut sementara menunggu kehadiran Technician bagi urusan maintenance di kemudian hari.
Ikhlas dari kami, mohon maaf di atas apa yang berlaku. Jujurnya ini adalah kali pertama malah tiada sebarang issue dikesan oleh team kami pada hari yang sama sebelum tetamu memasuki villa tersebut.
Untuk itu, proses baikpulih telah diselesaikan dengan jayanya dan pada masa yang sama, kami mengambil peluang untuk service kesemua Air-Cond di setiap kamar yang ada sebelum kedatangan tetamu yang kami kasihi selanjutnya tidak lama lagi.
Sekalung kasih juga buat Team Villa Jameela - Guest House - Alor Gajah, Melaka juga EFAZ Service atas komitmen yang sangat baik dengan hasil yang amat memuaskan, Alhamdulillah.
Ya,
Kekurangan masih ada dan kami akuinya. Insya-Allah dari masa ke masa penambahbaikan akan dilaksanakan untuk keselesaan semua pihak.
Semoga sedikit sebanyak daripada usaha ini dapat membantu serta menceriakan anda sewaktu bertandang ke Villa kami....😊
Segala cadangan dan komen membina amat dialu-alukan bagi memantapkan lagi perkhidmatan kami buat anda, insya-Allah.
➖️
Team Villa Jameela
Sekali merasa, insya-Allah mendamaikan jiwa!