08/11/2025
Coffee Morning & Sambutan Hari Lahir (April - November)
Pada 6 November 2025, bertempat di Rumah Malaysia Abu Dhabi, pihak PERWAKILAN Abu Dhabi telah menganjurkan sesi Coffee Morning yang turut digabungkan dengan sambutan hari lahir bagi ahli PERWAKILAN yang lahir dari bulan April hingga November.
Dalam kesempatan tersebut, Pengerusi PERWAKILAN Abu Dhabi, YBhg. Datin Hana Sakina, turut mengambil peluang untuk mendengar pembentangkan laporan kewangan semasa PERWAKILAN Abu Dhabi, merancang aktiviti penutup tahun 2025, serta membincangkan secara ringkas mengenai Mesyuarat Agung yang akan datang.
Seramai 10 orang ahli PERWAKILAN telah hadir juga diadakan dalam suasana yang santai namun penuh mesra, bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli. Suasana menjadi lebih istimewa dengan hidangan menu tradisional Malaysia, Nasi Lemak Ayam Cili Boh, yang disediakan sendiri oleh YBhg. Datin Hana Sakina, serta pelbagai juadah sampingan yang dibawa oleh ahli-ahli PERWAKILAN lain.
Majlis diakhiri dengan sesi pemberian jambangan bunga sebagai hadiah, meraikan hari lahir para ahli, disertai ucapan dan doa agar semua terus dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, serta kejayaan dalam apa jua lapangan. Semoga program ini dapat diteruskan untuk memperkukuhkan ukhuwah, meningkatkan semangat kerjasama, dan meneruskan tradisi kebersamaan di kalangan ahli PERWAKILAN Abu Dhabi.