Annur Guesthouse menawarkan homestay rumah keluarga tiga bilik yang terletak di Kampung Padang Melekek Alor Gajah Melaka. Annur Guesthouse amat sesuai untuk penginapan jangka pendek dan jangka panjang bagi pengembara, pelancong , keluarga dan pemandu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk berehat pada harga yang sangat berpatutan. Berdekatan dengan stesen Komuter Pulau Sebang / Tampin (13 minit mema
ndu). Kemudahan yang disediakan;
1) Parking berbumbung (terhad kepada 3 kenderaan sahaja) dalam kawasan berpagar.
2) Parking tidak berbumbung (mampu memuatkan lori 5 tan) dalam kawasan berpagar
3) Kemudahan akses internet tanpa wayar (WIFI) percuma
4) Bilik En Suite, dilengkapi dengan bilik mandi dan tandas private
5) Bilik dilengkapi dengan kipas dan unit penghawa dingin (air cond)
6) Bilik dilengkapi dengan kemudahan asas; tuala, syampu badan dan rambut, cerek elektrik, cawan, meja tulis, kerusi, almari
7) Kawasan istirehat tertutup dan terbuka (suasana kampung asal Melaka)
Terletak dilokasi strategik, selain berhampiran dengan persimpangan Simpang Ampat, Lebuhraya Utara Selatan PLUS (5.6km, 7 minit memandu); terdapat pelbagai kemudahan, kawasan tarikan / pelancongan, landmarks, dan pantai dalam linkungan 45 minit perjalanan memandu;
A) Kemudahan
1) Masjid Almuhsinin Melekek Luar(5 minit berjalan kaki)
2) Stesen Komuter/ ETS Pulau Sebang (13 minit memandu)
3) Bandar Alor Gajah, The Famous Kuih Cucur Udang in Malaysia, variety of local dishes (10 minit memandu)
4) Hentian rehat dan rawat Lebuhraya AMJ (0.5km)
5) Bandar Alor Gajah; stesen bas Alor Gajah, stesen taxi Alor Gajah, KFC. (10 minit memandu)
6) Hospital Alor Gajah (8 minit memandu)
7) Bandar Tampin/Pulau Sebang; Stesen keretapi (ETS)Tampin/Pulau Sebang, stesen bas Tampin, Pizza Hut, Giant (16 minit memandu)
8) Pasaraya Tesco Cheng; Secrect Recipe, Mc Donalds (17 minit memandu)
9) Melaka Central; Stesen bas Melaka, AEON, GSC cinema (43 minit memandu)
B) Pusat Pelancongan / Tarikan / Shopping Centre
1) A Famosa Water Park (6 minit memandu)
2) Malacca Premium Outlet (6 minit memandu)
3) Kolam air panas Gadek (14 minit memandu)
4) Ayer Keroh attractions; Malacca International Trade Centre (MITC), Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Taman Asean, Taman Buaya, Planetrium Malacca, Taman Burung Malacca, Taman Botanical Malacca, Malacca Wonderland Theme Park, Museum Lebah Dunia, Mydin Mall (27 minit memandu)
5) Bandar Hilir Melaka; Kota A-Famosa, Mahkota Parade, Bandar Portugis, Menara Taming Sari (43 minit memandu)
6) Pantai Tanjung Bidara (33 minit memandu)
7) Pantai Klebang Melaka (41 minit memandu)
C) Institusi Pengajian / Landmark
1) Kilang Honda Pegoh, kawasan perindustrian Pegoh (4 minit memandu)
2) Uitm Lendu Alor gajah (17 minit memandu)
3) UNIKL MICET Alor Gajah (9 minit memandu)
4) ADTEC Melaka (9 minit memandu)
5) MRSM Alor gajah (13 minit memandu)
6) Universiti Teknikal Malaysia, UTEM (30 minit memandu)
7) Kolej Matrikulasi Melaka, KMM, (25 minit memandu)
8) Akademi Laut Malaysia ALAM (30 minit memandu)