Rumah Anak Yatim Perkim Kedah

Rumah Anak Yatim Perkim Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Anak Yatim Perkim Kedah, Hostel, NO. 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar, Alor Setar.
(17)

Rumah anak Yatim Perkim Kedah atau lebih dikenali sebagai Asrama Darul Aitam Wal Masakin Tunku Abdul Rahman Putra (DATAR) telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu golongan anak yatim dan yatim piatu yang asal dari keluarga miskin.

Address

NO. 1475, Lorong Seri, Jalan Langgar
Alor Setar
05300

Telephone

04-7335124

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Anak Yatim Perkim Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rumah Anak Yatim Perkim Kedah:

Share

Category

PERKIM Bahagian Negeri Kedah


  • PERKIM Bahagian Negeri Kedah adalah antara PERKIM Bahagian yang terawal di tubuhkan, iaitu dalam tahun 1967 dan Pengerusi pertama PERKIM Bahagian Negeri Kedah ialah TYT Tun Datuk Seri Utama, Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin Pada waktu itu beliau adalah Menteri Besar Kedah. PERKIM Bahagian Negeri Kedah telah didaftar di bawah Akta Pertubuhan pada 04 November 1968 dengan memakai nombor pendaftaran Bil. 4 dlm R. Of S. 76/61-4.

  • Pejabat PERKIM dan Asrama DATAR mempunyai sejarahnya tersendiri dimana pada akhir tahun 1969 Al Marhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah memberi amanat supaya PERKIM membina bangunan bagi kegunaan orang-orang tua miskin dan anak-anak yatim miskin diatas tanahnya di Lorong Seri Lot No.2370-2390. Perkara ini tidak menjadi kenyataan hingga tahun 1990 apabila Al-Marhum YTM Tunku menulis satu surat khas kepada Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Kedah pada waktu itu, Tan Sri Dato’ Paduka Haji Shafie bin Abdullah dengan memberi kebenaran (kuasa) supaya melaksanakan rancangan untuk membina bangunan di atas tanah tersebut seperti yang dianamatkan olehnya. Tan Sri Dato’ Paduka Haji Shafie dan Dato’ Haji Abdul Hamid b Tahir, Setiausaha PERKIM pada waktu itu telah berusaha segera bagi membangunkan sebuah rumah anak yatim.

  • Al Marhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sendiri telah meletakkan batu asas secara simbolik di Mesyuarat Agung PERKIM pada 16 Mac 1990. Bangunan ini apabila siap telah dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahadhir Muhammad pada 23 Januari 1994.

  • Sempena pengorbanan Al Marhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj itu, asrama anak yatim ini dinamakan DARUL AITAM WALMASAKIN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ atau nama ringkasnya DATAR.