14/09/2022
Isteri selalu pesan kat saya, sejak awal perkahwinan.
Kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang s**a bercerita masalah cinta ke atau rumahtangga elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke.. ataupun rakan.
Takut mereka salah faham p**a ingat kita s**a kat mereka.
Isteri saya kata.. perempuan ini kalau lelaki tu cakap lembut sikit.. ambil berat sikit.. mulalah perasan.. *bukan semua tapi segelintir sahaja*. Jadi takut terkena yang segelintir nanti jadi parah.
sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan masalah putus cintalah.. tolong bagi duit susu anak laa .. nak tumpang rumah laa .. last-last jadi stalker p**a.. msg pelik-pelik.. menakutkan. terus buat report polis.
Sebab tu kalau ada wanita yang nak bergambar berdua.. saya cuba elakkan. Bukan sombong.. Takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri saya ambil gambar sekali.
Kita hidup biar berpada-pada..
jika kita ada masalah cari tempat yang betul untuk mengadu masalah. Bukan dengan artis.. bukan dengan orang yang berlainan jantina.. bahaya..
saya selalunya akan syorkan mereka yang bercerita masalah untuk rujuk kepada yang pakar. Kerana saya hanya boleh mendengar sahaja dan bagi nasihat sikit sahaja.
Lebih-lebih tak boleh kerana bukan kepakaran saya. Jika dah melibatkan keganasan rumahtangga. Saya akan minta pergi terus ke balai polis buat laporan polis. Masalah kewangan boleh dapatkan nasihat dari AKPK . https://www.akpk.org.my
Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik.
Kalau lelaki pon sama, jangan cerita masalah kat lain jantina. Nanti lain jadinya.
Jangan la p**a ada yang komen lelaki boleh atau suruh kahwin 4 ye. Tak kelakar. Sila jaga adab apabila komen. Saya nak jaga hati isteri saya dan Jaga hati semua orang ..
Qanaah.. asal punya rasa cukup
Hidup ini pasti indah
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
www.adamcorrie.co
Mr & Mrs Adam Corrie
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Surah Luqman: 17)