15/10/2026
๐ข JAWATAN KOSONG: ADMIN SALES
Kami sedang mencari calon yang berkelayakan, komited dan bertanggungjawab untuk menyertai pasukan kami bagi jawatan ADMIN SALES.
๐ Jawatan: Admin Sales
๐ฅ Lelaki / Perempuan
๐ซ 21thn - 30thn
๐ 1-2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
๐ Mempunyai Sijil / Diploma dalam bidang berkaitan
๐ Lokasi: Maghfirah Travel & Tours Cawangan Alor Setar, No. 4 Tingkat 1 Pusat Perdagangan Tuanku Haminah, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Kriteria Calon:
โ๏ธ Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
โ๏ธ Mahir menggunakan komputer dan Microsoft Office.
โ๏ธ Seorang yang teliti, amanah, proaktif dan bertanggungjawab.
โ๏ธ Boleh bekerja secara individu dan berkumpulan.
โ๏ธ Pengalaman dalam bidang admin atau sales adalah satu kelebihan.
๐ฒ Berminat? Hantarkan resume anda ke alamat email dibawah๐
[email protected]
Atau hantar melalui WhatsApp dengan tekan link dibawah๐
www.wasap.my/+601165255002/mohonjwtnadminsales(FB)
www.wasap.my/+60126330155/mohonjwtnadminsales(FB)
Skop Tugas:
1. Pengurusan Jualan
โ
Mempromosikan pakej Umrah dan Haji kepada bakal jemaah.
โ
Memberikan penerangan berkaitan pakej, harga, jadual penerbangan, penginapan dan kemudahan yang ditawarkan.
โ
Membuat susulan (follow-up) terhadap pertanyaan dan bakal pelanggan bagi meningkatkan pendaftaran jemaah.
2. Khidmat Pelanggan
โ
Melayan pertanyaan pelanggan melalui WhatsApp, telefon dan media sosial dan memberi maklumat yang tepat kepada pelanggan.
โ
Membantu pelanggan sepanjang proses pertanyaan, pendaftaran dan pembayaran.
3. Pengurusan Pendaftaran Jemaah
โ
Menguruskan pendaftaran jemaah serta memastikan borang dan dokumen berkaitan lengkap.
โ
Menyemak dan mengemas kini maklumat jemaah dalam sistem atau rekod syarikat.
โ
Membantu urusan pengumpulan dokumen perjalanan dan dokumen lain yang diperlukan.
4. Pentadbiran dan Dokumentasi
โ
Menyediakan sebut harga, invois, resit dan dokumen berkaitan jualan.
โ
Menyusun, menyimpan dan mengemas kini fail pelanggan secara sistematik.
โ
Menyediakan laporan jualan, rekod pendaftaran dan status pembayaran jemaah.
5. Pengurusan Pembayaran
โ
Membuat pemantauan terhadap bayaran deposit dan baki bayaran jemaah.
โ
Mengemas kini rekod pembayaran serta mengingatkan pelanggan mengenai tarikh akhir pembayaran.
โ
Menyelaras rekod transaksi dengan bahagian kewangan di HQ
6. Pemasaran dan Promosi
โ
Membantu menyediakan bahan promosi pakej Haji dan Umrah untuk Facebook, WhatsApp, TikTok dan platform media sosial lain.
โ
Membantu menguruskan pertanyaan daripada iklan digital serta merekodkan prospek pelanggan.
โ
Membantu pelaksanaan kempen jualan, taklimat Umrah dan program promosi syarikat.
7. Penyelarasan Operasi Jemaah
โ
Membantu menyediakan senarai nama jemaah mengikut kumpulan dan tarikh penerbangan.
โ
Menyelaras penyampaian maklumat berkaitan kursus Umrah, taklimat perjalanan, jadual penerbangan dan persediaan jemaah.
โ
Bekerjasama dengan bahagian operasi bagi memastikan urusan jemaah berjalan lancar.
8. Pencapaian Sasaran Jualan
โ
Membantu mencapai sasaran jualan dan pendaftaran jemaah yang ditetapkan oleh syarikat.
โ
Menyediakan laporan berkala mengenai prestasi jualan dan status prospek pelanggan.
โ
Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami!!