06/01/2026
Siapa sangka, budak yang dok asyik pusing satu Kedah tangkap gambaq guna fon cokia ikat getah jaa, baru-baru ni telah diperkenalkan kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah; Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah; serta Yang Teramat Mulia Tunku Sulaiman Badlishah bin Tengku Sarafudin Badlishah.
Terima kasih tak terhingga buat Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya sebab sudi perkenalkan Admin Kedah Kini kepada DYTM Tuanku Raja Muda, DYTM Tuanku Raja Puan Muda, dan YTM Tunku Sulaiman Badlishah.
Sejujurnya, rasa terharu itu masih ada. Selama ini kami hanya berkarya di sebalik layar, namun hari ini, kasih dan cinta pada negeri membawa Min ke satu tahap yang tak pernah dibayangkan.
Masa kena panggil tu, tuhan saja yang tau betapa ketaqnya lutut Min. Tak pernah mimpi pekara macam ni nak jadi. Selama hidup ni, inilah kali pertama Min rasa hasil kerja Min yang tak seberapa ni betul-betul orang nampak dan hargai.
Min nak habaq satu ja, Min buat semua ni bukan sebab wang ringgit yang kami cari, malah kami buat semua ini langsung tanpa bayaran daripada mana-mana pihak. Segala usaha ini lahir hanya kerana satu sebab iaitu rasa cinta yang mendalam terhadap negeri Kedah.
Biar orang luaq tengok, Kedah ni bukan sekadar bendang, tapi penuh dengan keindahan yang takdak di tempat lain.
Terima kasih dan teruskan menyokong Kedah Kini. Sayang hampa semua!
Daulat Tuanku. Kedah Sejahtera.