Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah

Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU)
di tubuhkan pada tahun 1989. Mempunyai asrama untuk pelajar putera & puteri. Bermula umur 7 tahun hingga 12 tahun sahaja.

Salam takziah diucapkan kepada Ustazah Aina sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta.🥺Semoga Allah SWT mencucuri rahm...
10/04/2026

Salam takziah diucapkan kepada Ustazah Aina sekeluarga atas pemergian ayahanda tercinta.🥺Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampuni segala dosanya serta menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh🤲🏻❤️

Alhamdulillah, bacaan Yasin dibaca oleh pelajar2 SRITI Darul Ulum, Alor Setar diadakan di rumah arwah ayahanda Ustazah Aina. Semoga segala amal dan doa yang dipanjatkan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab kebaikan buat arwah di sana.🤲🏻
آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن




Alhamdulillah, anak2 asrama Tahun 4 telah memenuhi jemputan ke rumah terbuka dengan❤️. Kehadiran mereka bukan sahaja mem...
07/04/2026

Alhamdulillah, anak2 asrama Tahun 4 telah memenuhi jemputan ke rumah terbuka dengan❤️. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan majlis, malah turut menyempurnakan hasrat murni tuan rumah untuk mengadakan bacaan Yasin dan tahlil.✨

Semoga bacaan itu membawa keberkatan serta rahmat, bukan sahaja kepada tuan rumah dan ahli keluarga, bahkan juga kepada semua yang hadir.🥰Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan, mengeratkan ukhuwah, serta mendidik jiwa anak-anak untuk terus dekat dengan amalan-amalan yang diberkati.🤲🏻





Salam Aidilfitri❤️🤝🤝
20/03/2026

Salam Aidilfitri❤️🤝🤝

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الأَعْمَال
"Semoga Allah menerima amal ibadah kami dan amal ibadah kalian serta segala amal kebajikan"

Semoga segala pengorbanan dan ketaatan kita sepanjang bulan Ramadan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin.

Ikhlas daripada
Sekolah Rendah Islam Islam Darul Ulum
SRIDU Alor Setar.

SRITI Darul Ulum, Alor Setar
Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah

Terawih di Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar❤️Bacaan imam yang merdu menenangkan hati, sementara laungan bilal menamba...
11/03/2026

Terawih di Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar❤️

Bacaan imam yang merdu menenangkan hati, sementara laungan bilal menambah seri suasana ibadah berjemaah.

Solat sunat Terawih ini diimamkan oleh Ustaz Ridhwan, manakala saudara Uthman Affan sebagai bilal.

Semoga malam-malam Ramadan yang dilalui bersama ini menjadi kenangan indah serta membentuk jiwa yang cintakan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. 🌙✨🤲

Jibg Sridu


🌙🍽️Waktu bersahur Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar🤝✨- 5:00pagi : Waktu kendiri- 5:45pagi : Sahur🌟Sahur di asrama buka...
05/03/2026

🌙🍽️Waktu bersahur Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar🤝✨
- 5:00pagi : Waktu kendiri
- 5:45pagi : Sahur

🌟Sahur di asrama bukan sekadar makan bersama, tetapi saat indah mengikat ukhuwah, menghidupkan sunnah, dan menyemarakkan semangat Ramadan.❤️

Suasana bersahur dipenuhi dengan doa, tawa kecil sesama sahabat, dan hidangan sederhana yang mengikat ukhuwah. Setiap suapan terasa lebih bermakna, kerana mereka sedar sahur ini bukan sekadar makan, tetapi ibadah yang menguatkan jiwa dan tubuh untuk berpuasa.🥰

Jibg Sridu

🌙✨ Tajaan Ihya’ Ramadan 1447H ✨🌙Alhamdulillah, sempena bulan yang penuh keberkatan ini, pihak SRITI Darul Ulum, Alor Set...
02/03/2026

🌙✨ Tajaan Ihya’ Ramadan 1447H ✨🌙

Alhamdulillah, sempena bulan yang penuh keberkatan ini, pihak SRITI Darul Ulum, Alor Setar membuka peluang kepada para dermawan untuk bersama-sama menjayakan program Ihya’ Ramadan.

Sabda Nabi SAW,

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا
“Siapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangkan sedikit pun pahala mereka.”

Justeru, ayuh kita rebut peluang ini dengan menaja:
🍽 Berbuka puasa
🥣 Sahur
☕ Moreh
📖 Tadarus & Tahlil

Setiap sumbangan tuan/puan amat bermakna dalam menyantuni dan mengimarahkan Ramadan anak-anak pelajar asrama🥰

Semoga setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT. 🤲✨

Jibg Sridu



✨🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟✨Pelajar Asrama SRITI Darul Ulum, Alor SetarAtas Kejayaan Cemerlang Dalam UPKK❤️🎓 KEPUTUSAN UPKK🥇 9...
01/03/2026

✨🌟 TAHNIAH & SYABAS 🌟✨
Pelajar Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar
Atas Kejayaan Cemerlang Dalam UPKK❤️

🎓 KEPUTUSAN UPKK

🥇 9A – 4 orang
🥇 8A – 3 orang
🥇 7A – 3 orang
🥇 6A – 2 orang
🏅 4A – 1 orang
🏅 3A – 1 orang

🌟 Alhamdulillah, kejayaan ini adalah hasil
usaha gigih, doa yang berterusan serta bimbingan para guru.

Semoga terus melakar kecemerlangan
di dunia dan akhirat.

Jibg Sridu



🌙✨Suasana solat sunat Tarawih di Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar begitu tenang dan mendamaikan. Saf tersusun rapi, b...
01/03/2026

🌙✨
Suasana solat sunat Tarawih di Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar begitu tenang dan mendamaikan. Saf tersusun rapi, bacaan imam bergema lembut memenuhi ruang, sementara hati-hati kecil ini berdiri penuh khusyuk menghadap Ilahi.❤️

Malam Ramadan dihidupkan dengan doa dan harapan, memohon keampunan serta rahmat yang tidak putus-putus. Semoga setiap rakaat menjadi asbab terbentuknya generasi yang soleh solehah, berilmu dan berakhlak mulia. 🤲

Jibg Sridu


Alhamdulillah 🤲✨Suasana berbuka puasa anak-anak Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar penuh ceria dan syukur.Sama2 menikma...
25/02/2026

Alhamdulillah 🤲✨

Suasana berbuka puasa anak-anak Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar penuh ceria dan syukur.
Sama2 menikmati juadah yang disediakan, mengeratkan ukhuwah dan kebersamaan sepanjang Ramadan yang mulia.❤️

Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan menjadikan anak-anak ini generasi yang soleh, solehah dan berjaya. 🌙🍽️

Jibg Sridu

20/02/2026

Surah Al-Baqarah: 185 (Kewajipan Berpuasa di Bulan Ramadan)

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيْٓ اُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْاٰنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنٰتٍ مِّنَ الْهُدٰى وَالْفُرْقَانِۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ"
Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan membezakan (antara yang benar dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu menyaksikan bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa.

Selamat menjalani ibadah puasa 1447H.



15/02/2026

Address

Sekolah Rendah Islam Darul Ulum, Jalan Teluk Bagan, Batu 3, Tandop
Alor Setar
05400

Telephone

+6047715639

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Asrama SRITI Darul Ulum, Alor Setar, Kedah:

Share

Category