16/09/2026
๐๐๐๐๐ ๐ฌ๐ข๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐ฃ ๐๐๐ฉ๐๐๐ข๐ฃ๐ ๐๐ก๐ง ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Program yang berlangsung pada 15 September 2026 di Dewan Sri Mentaloon, Alor Setar, Kedah ini melibatkan Invest Kedah Berhad (IKB) selaku rakan strategik utama dalam menjayakan usaha pembangunan kepimpinan generasi muda. Bertemakan โEmpowering Young Leaders, Shaping Kedahโs Futureโ, program ini telah menghimpunkan anggaran 800 tetamu dalam usaha memperkasa generasi muda sebagai pemimpin masa hadapan Negeri Kedah.
Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh YB Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi serta Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Kedah. Program turut diserikan dengan kehadiran YAB Datoโ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah Darul Aman, pada sesi penutup.
Turut hadir adalah barisan warga Invest Kedah Berhad (IKB), termasuk Ketua Pegawai Operasi, Encik Noor Ikhsan. Program ini turut menampilkan barisan penceramah daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran, antaranya Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi DNeX dan Bekas Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad; YB Datoโ Dr. Nadzman Mustaffa, Ketua Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Datoโ Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK dan KTPC; Ir. Ahmad Hadri Haris, Ketua โ Hal Ehwal Awam & Pembangunan Perniagaan (Rantau Asia Tenggara), Tesla; Datoโ Amir Firdaus Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengerusi Aurelius Healthcare; serta Ahmad Shafiq Sari, Presiden Majlis Ikatan Mahasiswa Darul Aman (MINDA). Perkongsian yang dibawakan merangkumi aspek kepimpinan, industri, teknologi, pelaburan, kesihatan dan pembangunan ekonomi.
Melalui perkongsian dan pendedahan yang diberikan, program ini menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan, keyakinan dan pemikiran kritis generasi muda, agar lebih bersedia memainkan peranan dalam pembangunan serta mencorakkan masa depan Negeri Kedah.