05/08/2021
Bismillah 🤲
Assalamualaikum Salam Sejahtera Ibu Ayah semua. Semoga semuanya dilindungi, dipermudahkan urusan, sentiasa sihat dan dirahmati Allah SWT selalu.
🌹
Doa untuk perlindungan diri dan keluarga, juga harta dan pagar rumah. Dibawah ini adalah doa yang selalu diamalkan oleh Abu Darda r.a. Doa ini telah diajarkan kepada beliau oleh Rasulullah S.A.W.
🌹
Didalam suatu riwayat dikatakan bahawa beliau dimaklumkan oleh seseorang yang rumah beliau sedang terbakar. Abu Darda r.a dengan yakin mengatakan yang rumahnya tidak terbakar, kerana menurut beliau Rasulullah S.A.W telah mengajarkan beliau satu doa yang kalau dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah sehingga waktu petang.
Boleh diamalkan selepas subuh dan selepas asar agar diri kita, ahli keluarga dan harta dipelihara oleh Allah.
Kredit : Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
Stay Safe Everyone ❤