08/12/2022
BAGAIMANA KITA MAHU IKUT SERTA DALAM KEMPEN BMF ATAU UTAMAKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN MUSLIM?
Ramai kata, Kempen BMF dah lemah. Dah tidak semacam dulu. Sebab? Sebab diri kita. Ada dikalangan kita lemah iman dalam diri.
Kaedah penting seharian apabila mahu membeli barangan keperluan:
Langkah pertama
Beli di kedai-kedai orang Islam terlebih dahulu. Nampak kedai Pak Ahmad, beli sahaja keperluan harian tanpa ragu.
Langkah kedua
Dalam kedai Pak Ahmad, cari terlebih dahulu produk-produk Muslim yang biasa kita kenal. Lepas tu, baru beli barangan lain.
Langkah ketiga
Apabila tiada langsung kedai Muslim di kawasan kalian (sepatutnya ada walau sebuah), barulah kita membeli di kedai lain tetapi utamakan dulu produk-produk Muslim yang kita kenal. Kemudian, baru beli barangan lain.
Mudah bukan?
UTAMAKAN PRODUK MUSLIM
Ikhlas,
Cikgu Izzat Johari
Ikon BMF Malaysia
Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia