Banat Village Stay

Banat Village Stay Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Banat Village Stay, Lodge, Beside the Minor Highway (Changlun-Kuala Perlis) No. 22 Lorong Satu Kampung Banat, Arau.

Penginapan mesra keluarga di Arau, Perlis — selesa, bersih & berbaloi!

•Homestay & Roomstay
•Lokasi strategik
•Sesuai untuk keluarga, urusan kerja & bercuti

📍 Tempahan & pertanyaan: WhatsApp kami sekarang!

17/04/2026

8 HARI LAGI!

PERLIS AGROFEST 2026

📆 Tarikh: 24 April 2026 – 26 April 2026 (Jumaat – Ahad)
⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Tempat: Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis

Debaran makin terasa… Perlis Agrofest 2026 bakal tiba!

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke acara Agropelancongan terbesar Negeri Perlis yang menghimpunkan pelbagai tarikan menarik, jualan produk tempatan, hasil pertanian segar hinggalah ke pameran agensi—semuanya ada di sini!

Inilah peluang terbaik buat rakyat Perlis untuk turun bersama-sama menyertai dan merasai acara yang penuh warna-warni, di samping menikmati kemeriahan suasana festival serta menyokong usahawan tempatan.

Rasai sendiri kemeriahan festival yang pasti meriah untuk seisi keluarga!

Jangan lepaskan peluang….

Mai pakat mai ghamai-ghamai… kita jumpa di sana!!





10/04/2026

LALUAN KENDERAAN ORANG AWAM BAGI MENGHADIRI MAJLIS KENDURI RAKYAT

Makluman Laluan Kenderaan Orang Awam bagi menghadiri Kenduri Rakyat sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 13 April 2026 (Isnin) bermula jam 11.00 pagi bertempat di Dataran Lok 9, Kuala Perlis.

Beberapa laluan utama akan ditutup dan lencongan trafik akan diaktifkan seperti yang ditunjukkan dalam peta bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan semua pihak sepanjang program berlangsung.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan petugas keselamatan serta menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan.

Kerjasama semua pihak amat dihargai dalam menjayakan penganjuran program ini dengan lancar dan teratur.

10/04/2026
18/03/2026

Musim Mangga Harumanis Bermula

Kangar: Pengeluaran mangga harumanis Perlis musim ini dijangka melonjak mencecah 2,963.32 tan metrik dengan sasaran jualan dianggarkan bernilai RM74.08 juta.

Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Hafizuddin Othman, berkata, unjuran hasil lebih rancak itu membabitkan kawasan tanaman seluas 1,775.56 hektar diusahakan 2,631 individu di seluruh negeri ini.

"Berdasarkan pemerhatian, pengeluaran harumanis musim ini dijangka bermula pertengahan Mac hingga Jun. Namun, terdapat segelintir pengusaha yang mula menuai hasil seawal Januari lalu.

"Kawasan yang merekodkan pengeluaran lebih awal ini adalah Chuping, Mata Ayer, Padang Siding, Beseri, dan Paya membabitkan hasil sebanyak 17.46 tan metrik," katanya.

Hafizuddin berkata, penuaian awal berjaya dicapai hasil inisiatif pengusaha yang melaksanakan amalan pengurusan ladang yang cekap.

"Kemarau tanpa hujan yang berpanjangan sangat membantu pengurusan ladang, membolehkan bunga bertukar menjadi putik dengan sempurna. Ia turut disokong oleh bekalan air yang mencukupi untuk memastikan kelekatan buah.

"Faktor penyumbang lain termasuklah amalan agronomi yang berkesan seperti pemangkasan, pembajaan, dan kawalan penyakit, selain komitmen pengusaha yang mengikuti kursus bimbingan anjuran Jabatan Pertanian," katanya lagi.

Katanya, harga jualan harumanis dari ladang di bawah pengurusan Jabatan Pertanian ditetapkan bermula dari RM29 hingga RM49 sekilogram tertakluk kepada gred buah.

Gambar : Haryati Yaakob membalut buah Harumanis miliknya

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Harian Metro
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




25/01/2026
19/01/2026
19/01/2026

Pesta Sauk Sotong Perlis 2026.

Untuk maklumat lanjut, Sila rujuk poster yang dilampirkan.

Sumber : CHA HABAQ

15/09/2025
11/09/2025

Address

Beside The Minor Highway (Changlun-Kuala Perlis) No. 22 Lorong Satu Kampung Banat
Arau
02600

Opening Hours

Monday 00:00 - 23:59
Tuesday 00:00 - 23:59
Wednesday 00:00 - 23:59
Thursday 00:00 - 23:59
Friday 00:00 - 23:59
Saturday 00:00 - 23:59
Sunday 00:00 - 23:59

Telephone

+60193205663

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Banat Village Stay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Banat Village Stay:

Share

Category