Pasti Al Manar Bandar Baharu

Pasti Al Manar Bandar Baharu Melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dalam aspek keilmuan, sahsiah diri serta adab berteraskan pendidikan Islam

13/05/2026

Tinggal 3 hari lagi untuk acara gilang-gemilang!

Mengambil ibrah daripada kisah Salaf soleh melalui Abdullah Al-Mubarak: "Kami mempelajari adab selama 30 tahun, dan kami mempelajari ilmu selama 20 tahun." Ini menunjukkan betapa pentingnya mempelajari adab terlebih dahulu, kemudian baru ilmu. Ilmu tanpa adab ibarat jasad tanpa roh.

Sediakan diri untuk Sambutan Hari Guru 16 Mei ini.

"Guru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaah"

Jom Ibuayah....kita turun ramai-ramai beri sokongan untuk anak-anak soleh kita.Jangan lupa hujung minggu ini.
13/05/2026

Jom Ibuayah....kita turun ramai-ramai beri sokongan untuk anak-anak soleh kita.

Jangan lupa hujung minggu ini.

πŸ”₯ KEJOHANAN BOLA SEPAK & BOLA JARING 2026 πŸ”₯
PASTI Kawasan Kulim Bandar Baharu

Ayuh sama-sama meriahkan kejohanan sukan tahunan yang menghimpunkan semangat kesukanan, ukhuwah dan disiplin dalam kalangan anak-anak PASTI.

πŸ“… Tarikh: 17 Mei 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
πŸ“ Tempat: Kompleks Sukan KHTP, Kulim, Kedah

Semoga kejohanan ini menjadi medan membina keyakinan diri, kerjasama berpasukan dan semangat sihat cergas berprestasi.

Sukan Menceriakan | Disiplin Membentuk Jati Diri | Ukhuwah Memperkukuh Silaturrahim





27/04/2026

⚽🏐 NUTRISI & VITAMIN UNTUK PEMAIN PASTI (4–6 TAHUN)

Apa yang ibu bapa & guru PERLU benar-benar faham

Ramai menyangka prestasi anak-anak dalam sukan datang daripada vitamin atau supplement.

Hakikatnya... itu hanya sebahagian kecil.

πŸ‘‰ Asas sebenar adalah rutin harian yang konsisten.

Infografik ini dibina untuk membantu kita faham satu perkara penting:

Anak yang cukup makan, cukup minum, cukup rehat...
akan lebih bertenaga, kurang sakit, dan lebih seronok bermain.

🧩 5 LANGKAH PEMAKANAN PEMAIN KECIL

1️⃣ Sebelum latihan / perlawanan (1–2 jam sebelum)

Ini adalah 'fuel utama' untuk anak.

Matlamat:
πŸ‘‰ Tenaga tahan lama (bukan tenaga kejutan/sugar spike)

Contoh mudah:

- Roti + sapuan (peanut butter/jem)
- Pisang + susu
- Oat + buah

❗ Kesilapan biasa:

- Air manis / coklat terlalu dekat dengan waktu game
β†’ Anak cepat 'drop' tenaga di tengah permainan

2️⃣ 30 minit sebelum mula

Fokus hanya satu:

πŸ‘‰ Hydration (air)

Cukup:

- Air kosong secukupnya

Elakkan:

- Minuman manis
- Minum terlalu banyak hingga perut tidak selesa

3️⃣ Semasa aktiviti

Untuk kanak-kanak umur 4–6 tahun:

πŸ‘‰ Air kosong sudah mencukupi

Tidak perlu:

- Isotonic drink
- Minuman tenaga

Cukup:

- Minum sedikit setiap 15–20 minit

Matlamat:
βœ”οΈ Kekalkan tenaga
βœ”οΈ Elak dehidrasi

4️⃣ Selepas aktiviti (30–60 minit pertama)

Ini adalah waktu paling penting untuk recovery.

πŸ‘‰ Gabungan terbaik:
Karbohidrat + Protein

Contoh:

- Nasi + ayam + sayur
- Mee sup + telur
- Roti + telur + susu

πŸ‘‰ Ini jauh lebih penting daripada sebarang vitamin.

5️⃣ Setiap hari (rutin asas)

Kalau bahagian ini tak dijaga, semua langkah lain kurang kesan.

Pastikan anak:

- πŸ₯¦ Makan buah & sayur
- πŸ’§ Minum air secukupnya
- 😴 Tidur cukup (9–11 jam)
- πŸƒ Aktif bergerak & bermain

πŸ’Š PERANAN VITAMIN C (REALISTIK)

Dalam infografik, anak diberikan:
πŸ‘‰ Vitamin C 60mg sehari

Fungsi sebenar:

- Sokong sistem imun
- Bantu penyembuhan tisu
- Bertindak sebagai antioksidan
- Bantu serapan zat besi

πŸ‘‰ Tetapi penting untuk difahami:

Vitamin C:
❌ Tidak menjadikan anak lebih laju
❌ Tidak meningkatkan stamina secara langsung
❌ Tidak menggantikan makanan

⏱️ BILA KESAN AKAN NAMPAK?

Ramai mengharapkan perubahan cepat.

Realitinya:

- 1–2 minggu
β†’ Tiada perubahan ketara

- 2–4 minggu
β†’ Mungkin kurang selsema ringan
β†’ Recovery sedikit lebih baik

- 1–3 bulan
β†’ Sistem imun lebih stabil
β†’ Kurang mudah jatuh sakit berulang

πŸ‘‰ Kesan adalah halus & jangka panjang, bukan drastik.

⚠️ SALAH FAHAM PALING BESAR

β€œDah bagi vitamin, dah cukup.”

Ini tidak tepat.

Kerana:

πŸ‘‰ Vitamin hanyalah pelengkap (support)
πŸ‘‰ Bukan asas (foundation)

🧠 YANG LEBIH PENTING DARIPADA VITAMIN

Empat perkara ini beri impak jauh lebih besar:

1. 🍽️ Pemakanan seimbang
2. 😴 Tidur cukup
3. πŸ’§ Air mencukupi
4. πŸƒ Aktiviti fizikal konsisten

Jika ini dijaga:
πŸ‘‰ Barulah vitamin memberi manfaat optimum

🎯 PENUTUP

Infografik ini membawa satu mesej besar:

Prestasi anak-anak bukan datang dari supplement,
tetapi dari rutin harian yang konsisten.

Dan yang paling penting:

πŸ‘‰ Matlamat umur ini bukan prestasi tinggi... tetapi kesihatan & kegembiraan bermain.

Kredit: PASTI Bangi

14/01/2026

Dari sinilah segalanya bermula.

Belajar membaca,
Belajar mengira,
Belajar menulis,
Belajar menghafaz.

Mula hafaz doa,
Mula hafaz hadis,
Mula hafaz surah-surah pendek.

Diajar untuk sentiasa membaca doa dalam setiap rutin kehidupan.

Doa makan,
Doa masuk bilik air,
Doa tidur,
Doa belajar.

Dididik dari umur 4-6 tahun. Mengharapkan mereka mampu amalkan doa dan akhlak baik sehinggalah menginjak dewasa.

Siapa yang terkehadapan dalam pelajaran, boleh jadi wakil untuk Alam Ria dan Kejohanan Sukan Bola Sepak Bola Jaring.

Admin yakin mak ayah sangat berbangga bila anak mereka mampu jadi imam solat sejak kecil.

Bacaan dalam solat selesai
Hafaz surah pendek selesai.

Cuma tu la, hat mana lagi yang tak hafal lagu baru PASTI tolong hafal cepat.. Nanti cikgu hadiah.. 😎

Selamat berehat para Muallimah Al Manar sekalian.
24/12/2025

Selamat berehat para Muallimah Al Manar sekalian.

Guru juga manusia.
Mereka penat, mereka lelah,
tapi tetap memilih untuk berdiri gagah.

Mengerahkan kudrat dan tenaga,
memanfaatkan masa yang ada,
menjalani amanah dengan sebaiknya.

Biarpun banyak cabaran melanda,
tapi mereka memilih untuk bersama anak bangsa.

Cuti sekolah ini,
adalah detik "healing" buat jiwa yang telah lama memberi.

Terima kasih cikgu.

Selamat bercuti buat semua guru, khususnya guru-guru PASTI, SRITI dan SMITI.

"Healing" lah dengan tenang bersama keluarga tersayang.

22/12/2025

Nyanyian lagu Negaraku dari anak-anak Pasti Al Manar sebagai membuka tirai pembukaan Majlis Anugerah Prestasi dan Konvokesyen 2025.




21/12/2025
21/12/2025

Ψ£Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ Ω„ΩŽΩ†ΩŽΨ§ ΩΩΩŠΩ’ رَجَبَ ΩˆΩŽΨ΄ΩŽΨΉΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ω†ΩŽ ΩˆΩŽΨ¨ΩŽΩ„ΩΩ‘ΨΊΩ’Ω†ΩŽΨ§ Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†

"Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan RamadanπŸ€²β€

13/12/2025

Antara penerima Anugerah Prestasi Sesi 2025 yang hadir ke Majlis hari ini

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Kulim Bandar Baharu telah berjalan dengan lancar. Seramai 362 oran...
13/12/2025

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Prestasi PASTI Kawasan Kulim Bandar Baharu telah berjalan dengan lancar. Seramai 362 orang murid diraikan dalam majlis graduasi tahun ini.

Keseluruhannya, majlis ini diadakan sebagai satu bentuk penghargaan kepada usaha murid serta seluruh warga PASTI, sambil mendorong budaya kecemerlangan dalam pendidikan peringkat prasekolah Islam di kawasan Kulim Bandar Baharu.

Majlis ini turut menghargai jasa guru serta sokongan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.



Address

Lot 5857 Jalan Permatang Pasir
Bandar Baharu
34950

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Sunday 07:30 - 16:00

Telephone

+60105081428

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Al Manar Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pasti Al Manar Bandar Baharu:

Share