11/03/2024
Ayuh ambil kesempatan tahun ini kita sama-sama mengimarahkan masjid
HEBAHAN & PEMAKLUMAN PERJALANAN RAMADHAN 1445H
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh tuan puan jemaah sekalian.
Berikut adalah pemakluman perjalanan Ramadhan di MBE
❇️ TAHLIL
1. Dijalankan setiap hari bermula jam 6.45 petang
2. Borang permohonan tahlil boleh dapatkan di masjid.
❇️ MAJLIS BERBUKA
1. Kaunter drive-thru dibuka pada jam 6.15 petang.
2. Diingatkan kepada jemaah untuk ambil sekadarnya sahaja. Jangan buka makanan hanya untuk menghidu dan menukar juadah yang lain.
3. Sila bersihkan semula cawan yang telah digunakan. Pastikan kebersihan tempat setelah selesai menjamu selera.
4. Sila letakkan selipar di tempat yang bersesuaian.
5. Pagar jalan utama masjid akan ditutup pada jam 6.45 petang bagi kenderaan, dan hanya dibuka bagi laluan pejalan kaki sahaja. Manakala pagar sebelah Jentayu akan dibuka seperti biasa. Ini adalah bagi mengelakkan pertembungan kenderaan dan memastikan kelancaran lalu lintas.
❇️ SOLAT TERAWIH
1. Kita jalankan 8 rakaat terawih dan 3 rakaat witir.
2. Setiap Isnin sehingga Jumaat akan diimamkan oleh pegawai MBE.
3. Setiap Sabtu dan Ahad p**a akan diimamkan oleh imam jemputan.
4. Bacaan al-Mulk selepas Isyak akan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan.
❇️ TADARUS
1. Tadarus bagi Muslimin akan dijalankan setiap hari, selepas witir, bermula Selasa 12 Mac 2024.
2. Tadarus Muslimat akan dijalankan pada setiap hari jam 9 pagi, juga bermula Selasa 12 Mac 2024.
3. Tadarus Kanak-kanak akan dijalankan setiap Sabtu dan Ahad, bermula jam 9 pagi.
4. Majlis Khatam akan dijalankan pada hari Ahad 31 Mac 2024 jam 9 pagi.
5. Bagi jemaah yang berhasrat untuk mengaji dan iktikaf selepas Subuh, had waktu adalah sehingga jam 7.30 pagi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan masjid.
❇️ IKTIKAF & QIYAM
1. Dari 1 - 19 Ramadhan, pagar masjid akan dibuka setiap hari bermula jam 4 pagi. Hanya pagar laluan Jentayu sahaja akan dibuka.
2. Dari 20 sehingga akhir Ramadhan, kedua-dua belah pagar akan dibuka seawal jam 4 pagi.
3. Sahur disediakan pada 10 malam terakhir selepas selesai qiam. Air zam zam turut disediakan.
❇️ PROGRAM MASJID
1. Taklimat Tadarus MBE 12 MAC 2024, 8.15 pagi
2. Majlis Khatam Quran 31 MAC 2024 9 pagi
❇️ PENGAJIAN ILMU
1. Kuliah Maghrib akan ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan dan akan bermula semula pada 20 April 2024.
2. Kuliah Subuh akan dijalankan setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadhan.
❇️ KAUNTER ZAKAT
Amil Zakat bagi tahun ini adalah seperti berikut :
1. Ust Mohamad Nasrul Arif bin Roslan
014 - 518 8748
2. Ust Muhammad Shahir Amir bin Azmy
010 - 422 9579
3. Ust Ahmad Fahmi bin Dzulkifli
017 - 395 8660
4. Ust Muhammad Aminudin bin Alias
017 - 696 2687
5. Haji Mohd Zin bin Marof
019 - 367 8862
6. Haji Mohd Radzali bin Abdullah
013 - 399 7497
Sama-sama kita doakan mudahan Allah beri kelancaran dan berkati segala usaha kita menghidupkan Ramadhan kali ini!
MBE Pusat Pembangunan Rabbani