JppUKM OfficialPage

JppUKM OfficialPage Ini adalah Laman Facebook Rasmi Jabatan Pembangunan Prasarana UKM.

Sukacita Tahniah diucapkan kepada *Ir. Mohamad Shahril Hussain* atas pelantikan sebagai Evaluator For Engineering Techno...
06/08/2026

Sukacita Tahniah diucapkan kepada *Ir. Mohamad Shahril Hussain* atas pelantikan sebagai Evaluator For Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) Lembaga Jurutera Malaysia, berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 - 30 Jun 2036.

Ikhlas daripada Warga Jabatan Pembangunan Prasarana Universiti Kebangsaan Malaysia.



𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ€πˆπŠπ“π€π‘π€π… ππˆπ‹πˆπŠ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘πˆ πƒπˆ 𝐀𝐑𝐀𝐒 πŸ”, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘πˆ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆...
04/08/2026

𝐂𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ€πˆπŠπ“π€π‘π€π… ππˆπ‹πˆπŠ πŒπ„π’π˜π”π€π‘π€π“ π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘πˆ πƒπˆ 𝐀𝐑𝐀𝐒 πŸ”, 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘πˆ π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍.

Pada 28 Julai 2026 (Selasa), telah berlangsung Majlis Penyerahan Kerja Siap bagi Cadangan Naiktaraf Bilik Mesyuarat Canselori Di Aras 6, Bangunan Canselori ,Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor daripada pihak kontraktor Syarikat Azman dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM kepada pihak Pejabat Naib Canselor.
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Encik Zolkefli Mohamed selaku Pengarah JPP UKM merangkap Pegawai Penguasa Utama Projek dan telah diserahkan oleh Pihak Syarikat Azman kepada Encik Firli Amin Hj. Ismail selaku Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor.

Hadir bersama ialah Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Encik Mohd Zaki Ja'is selaku Penyelaras Projek, beserta wakil-wakil daripada JPP UKM, kakitangan Pejabat Naib Canselor dan wakil pihak Syarikat Budisoft (Kontraktor Audio Visual - Perolehan Berasingan) yang terlibat dalam kerja-kerja naiktaraf ini.

Kerja-kerja naiktaraf ini bermula pada 14 Januari 2026 dan telah siap sepenuhnya pada 28 Julai 2026 (28 minggu). Skop utama bagi kerja-kerja ini adalah menaiktaraf dalaman Bilik Mesyuarat Canselori dan kawasan bahagian hadapan Bilik Mesyuarat Canselori dan Bilik Mesyuarat Lembaga di Aras 6, Bangunan Canselori.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan JPP UKM dan syarikat di atas kejayaan menyiapkan kerja-kerja naiktaraf ini serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Naib Canselor atas kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan kerja-kerja ini.



*SELAMAT HARI PEKERJA 2026* *1 Mei 2026*Hari ini adalah hari untuk menghargai setiap titik peluh, kepakaran, dan dedikas...
30/04/2026

*SELAMAT HARI PEKERJA 2026*
*1 Mei 2026*

Hari ini adalah hari untuk menghargai setiap titik peluh, kepakaran, dan dedikasi luar biasa seluruh warga *Jabatan Pembangunan Prasarana UKM*.

Daripada pasukan teknikal di lapangan hingga ke pentadbiran di pejabat, anda adalah nadi yang memastikan kampus kita terus kukuh, selamat, dan lestari. Terima kasih kerana sentiasa komited memastikan prasarana di UKM seluruhnya berada di tahap terbaik demi keselesaan seluruh warga universiti.

Mari kita teruskan semangat *"Pekerja Kesuma Bangsa"* β€” bekerja dengan penuh integriti, inovasi, dan keikhlasan demi kegemilangan UKM.

Selamat Hari Pekerja buat semua wira dan wirawati di sebalik tabir prasarana!

Kursus Pentadbiran Kontrak Pembinaan (JKR203 & JKR Reka Bina) sedang berlangsung hari ini, 27 April 2026, di Bangi Golf ...
27/04/2026

Kursus Pentadbiran Kontrak Pembinaan (JKR203 & JKR Reka Bina) sedang berlangsung hari ini, 27 April 2026, di Bangi Golf Resort.

Kursus ini berkaitan tentang:
- Kefahaman mendalam mengenai prosedur dan klausa utama dalam kontrak JKR203 serta JKR Reka Bina.
- Peranan dan tanggungjawab pihak-pihak terlibat dalam pentadbiran kontrak pembinaan.
- Kaedah pengurusan isu-isu kontrak seperti lanjutan masa, tuntutan, variasi kerja dan penyelesaian pertikaian.
- Amalan terbaik untuk memastikan projek pembinaan berjalan lancar mengikut garis panduan JKR.

Semoga para peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada perkongsian ilmu ini dan dapat mengaplikasikannya dalam projek masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizal Abd Rahim (Ketua Unit Ukur Bahan) atas pelantikan sebagai Ketua Skim Perkhidm...
12/03/2026

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Faizal Abd Rahim (Ketua Unit Ukur Bahan) atas pelantikan sebagai Ketua Skim Perkhidmatan Sosial (J) yang berkuat kuasa mulai 2 Januari 2026 hingga 1 Januari 2028.

Tulus ikhlas daripada Ahli Pengurusan dan seluruh warga Jabatan Pembangunan Prasarana

Tahniah diucapkan kepada Ir. Mohamad Shahril Hussain, Ketua Unit Elektrik (Penyelenggaraan) JPP UKM di atas pengiktirafa...
06/03/2026

Tahniah diucapkan kepada Ir. Mohamad Shahril Hussain, Ketua Unit Elektrik (Penyelenggaraan) JPP UKM di atas pengiktirafan pendaftaran sebagai ASEAN Chartered Professional Engineer (ACPE) pada 02 Februari 2026 oleh Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Semoga terus maju jaya dan menjadi pemangkin semangat buat semua warga JPP UKM.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM berk...
23/02/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM berkuatkuasa bermula 9 Februari 2026

ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π„πŒπ”πŠπ€πŠπ€π ππ‘πŽπ…πˆπ‹ ππ„π‘π”ππƒπˆππ† 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀, π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍...
04/02/2026

ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π„πŒπ”πŠπ€πŠπ€π ππ‘πŽπ…πˆπ‹ ππ„π‘π”ππƒπˆππ† 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀, π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan ini mempelawa firma Perkhidmatan Perunding Fizikal - Bidang Bukan Kejuruteraan yang berkelayakan untuk mengemukakan Profil Perunding bagi tujuan pengumpulan dan penilaian maklumat selaras dengan keperluan Perolehan Perkhidmatan Perunding Kerajaan.

π’π˜π€π‘π€π“ πŠπ„π‹π€π˜π€πŠπ€π

1. Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan mempunyai Sijil Amalan yang sah.

2. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) di bawah kod bidang berkaitan yang masih berkuat kuasa.
i. Perunding Bidang Bukan Kejuruteraan: 330201- Arkitek.

3. Mempunyai pengalaman relevan dalam bidang Bukan Kejuruteraan Arkitek terutamanya bagi skop perkhidmatan reka bentuk bangunan.

4. Mempunyai kakitangan profesional berdaftar dengan LAM.

πƒπŽπŠπ”πŒπ„π π˜π€ππ† 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 πƒπˆπŠπ„πŒπ”πŠπ€πŠπ€π

Syarikat perunding yang berkelayakan boleh mengemukakan salinan Profil Perunding yang mengandungi
maklumat berikut :-
i. Maklumat dan latar belakang firma
ii. Salinan sijil pendaftaran LAM dan M*F (masih sah)
iii. Senarai kakitangan profesional dan kepakaran
iv. Senarai pengalaman projek berkaitan (5 tahun terkini)

πŠπ€π„πƒπ€π‡ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍

Profil perunding hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (PDF) melalui emel kepada:

email : [email protected]

π“π€π‘πˆπŠπ‡ 𝐓𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍:

️ 20 Februari 2026

𝐏𝐞𝐫𝐑𝐚𝐭𝐒𝐚𝐧:
1. Pelawaan ini adalah bagi tujuan pengumpulan dan penilaian maklumat perunding sahaja
2. Penghantaran profil tidak menjamin sebarang pelantikan atau tawaran perkhidmatan
3. Pihak UKM tidak terikat untuk menyenarai pendek atau melantik mana-mana firma
4. Sebarang pelantikan perunding tertakluk kepada peraturan dan kaedah perolehan Kerajaan yang berkuat
kuasa

ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π„πŒπ”πŠπ€πŠπ€π ππ‘πŽπ…πˆπ‹ ππ„π‘π”ππƒπˆππ† 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀, π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍...
22/12/2025

ππŽπ“πˆπ’ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 πŒπ„ππ†π„πŒπ”πŠπ€πŠπ€π ππ‘πŽπ…πˆπ‹ ππ„π‘π”ππƒπˆππ† 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀, π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€, ππ€ππ†πˆ, π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan ini mempelawa firma perunding Kejuruteraan Awam dan Struktur yang berkelayakan untuk mengemukakan Profil Perunding bagi tujuan pengumpulan dan penilaian maklumat selaras dengan keperluan Perolehan Perkhidmatan Perunding Kerajaan.

SYARAT KELAYAKAN

1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) dan mempunyai Sijil Amalan yang sah.

2. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) di bawah kod bidang berkaitan yang masih berkuat kuasa.
i. Perunding Kejuruteraan Awam (330101) dan
ii. Perunding Kejuruteraan Struktur (330102) dan
iii. Perunding Kejuruteraan Geoteknikal (330109)

3. Mempunyai pengalaman relevan dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Struktur terutamanya bagi skop perkhidmatan siasatan integriti struktur bangunan.

4. Mempunyai kakitangan profesional berdaftar dengan BEM.

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN

Syarikat perunding yang berkelayakan boleh mengemukakan salinan Profil Perunding yang mengandungi maklumat berikut :-
i. Maklumat dan latar belakang firma
ii. Salinan sijil pendaftaran BEM dan M*F (masih sah)
iii. Senarai kakitangan profesional dan kepakaran
iv. Senarai pengalaman projek berkaitan (5 tahun terkini)

KAEDAH PENGHANTARAN

Profil perunding hendaklah dikemukakan dalam bentuk softcopy (PDF) melalui emel kepada:
οΏ½οΏ½ [email protected]
οΏ½οΏ½ [email protected]

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN:

οΏ½οΏ½ 09 Januari 2026

Perhatian:
1. Pelawaan ini adalah bagi tujuan pengumpulan dan penilaian maklumat perunding sahaja
2. Penghantaran profil tidak menjamin sebarang pelantikan atau tawaran perkhidmatan
3. Pihak UKM tidak terikat untuk menyenarai pendek atau melantik mana-mana firma
4. Sebarang pelantikan perunding tertakluk kepada peraturan dan kaedah perolehan Kerajaan yang berkuat
kuasa

Address

Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+603-89213333

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JppUKM OfficialPage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JppUKM OfficialPage:

Shortcuts

Share