Hotel Impian Morib

Hotel Impian Morib Anda sedang mencari atau tercari-cari sebuah hotel yang selesa dan penuh dengan ketenangan bayu laut?Hotel Impian Morib adalah tempatnya.

Permanently closed.
BBQ di area poolside.Kapasiti maximum 200 orang.
06/10/2015

BBQ di area poolside.
Kapasiti maximum 200 orang.

Pakej Makan Tengahari / Hi-Tea / Makan Malam( Separate Function )Dari RM 50.88 bersih seorang.Minimum 40 orang dewasaTer...
05/09/2015

Pakej Makan Tengahari / Hi-Tea / Makan Malam
( Separate Function )
Dari RM 50.88 bersih seorang.
Minimum 40 orang dewasa
Terdapat pilihan menu!!!
yang penting kami mempunyai sijil HALAL

JOM PAKAT RAMAI - RAMAI KE HOTEL IMPIAN MORIB !!!

Hotel Impian Morib menawarkan pakej :-Kursus / Bengkel / Mesyuarat / Seminar sehari @ Setengaharidengan harga berpatutan...
04/09/2015

Hotel Impian Morib menawarkan pakej :-
Kursus / Bengkel / Mesyuarat / Seminar sehari @ Setengahari
dengan harga berpatutan
Bagi Badan Kerajaan dan Badan Swasta

Kemudahan-kemudahan yang diberi didalam dewan / bilik mesyuarat adalah :-
Peralatan tulis ( pensil & Kertas )
Gula-gula
Air sejuk
Whiteboard
Flipchat & Kertas majong
PA Sistem & Mic
Rostrum
Screen ( Layar Putih )
Meja Urusetia / Meja Penceramah

** Minimum pakej 35 orang

Riang Ria di Hotel Impian MoribHotel Ini menawarkan beberapa pakej Hari Keluargayang berpatutan termasuk makan minum.Suk...
04/09/2015

Riang Ria di Hotel Impian Morib
Hotel Ini menawarkan beberapa pakej Hari Keluarga
yang berpatutan termasuk makan minum.
Sukaneka PERCUMA + Air Kordial
CEPAT-CEPAT BOOKING HARI INI UNTUK KELUARGA ANDA..
SALAH SATU HOTEL TERLAJAK LARIS DI MALAYSIA!!!!!

Hubungi : 03-31982070 utk maklumat lanjut

03/09/2015

Promosi harga penginapan sepanjang tahun 2015 !!!

Weekday ( Ahad - Khamis )
Bilik Chalet Sea View : RM 265.00
Bilik Chalet Garden : RM 243.80
Bilik Deluxe : RM 243.80
Bilik Superior : RM 201.40

Weekend / Public Holiday ( Jumaat - Sabtu )
Bilik Chalet Sea View : RM 296.80
Bilik Chalet Garden : RM 275.60
Bilik Deluxe : RM 275.60
Bilik Superior : RM 233.20

** Semua jenis bilik termasuk 02 kupon Breakfast **
** Kadar harga diatas termasuk 6% GST **

HORIZONSantai di Impian MoribOleh AMMAR JAZLAN MAD LELAammar.jazlan@kosmo.com.myPENGINAPAN jenis calet sesuai bagi merek...
03/09/2015

HORIZON

Santai di Impian Morib

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
[email protected]


PENGINAPAN jenis calet sesuai bagi mereka yang inginkan suasana privasi.

SEJAK dahulu lagi, Morib menjadi satu aset penting kepada daerah Kuala Langat. Terletak kira-kira satu jam setengah pemanduan berkereta dari Kuala Lumpur, tidak hairanlah ia sering menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melarikan diri seketika daripada kehidupan kota.
CLICK TO SEE MORE

Pop**aritinya tidak terhad sebagai pusat perkelahan keluarga seperti yang ditawarkan di Pantai Morib, Pantai Kelanang, Pantai Tanjung Rhu dan Pulau Carey.

Pengunjung juga boleh memilih untuk melawat Bukit Jugra yang menyimpan pelbagai nilai dan kesan sejarah Kesultanan Melayu Selangor satu ketika dahulu.

Bagi yang ingin bermalam di sini namun, tercari-cari lokasi penginapan yang sesuai, apa kata berkunjung ke Hotel Impian Morib.

Bertaraf tiga bintang, hotel yang dibuka sejak tahun 2005 itu pastinya memberikan keselesaan yang diinginkan.

Sebaik menjejakkan kaki, pengunjung akan disambut mesra oleh petugas hotel yang murah dengan senyuman.

Elemen tradisional Melayu yang dijadikan tema dekorasinya menyejukkan pandangan mata.

Secara keseluruhan hotel itu menawarkan 60 bilik dari jenis superior dan deluxe. Bagi yang inginkan suasana yang lebih privasi, terdapat 20 penginapan jenis calet yang boleh dijadikan pilihan.

HOTEL Impian Morib sesuai menjadi persinggahan tetamu yang bertandang di Kuala Langat.

Menariknya pengunjung boleh memilih sama ada mahu menikmati pemandangan kehijauan flora dan fauna, kolam renang atau lautan yang terbentang luas setiap kali menjenguk ke luar pintu atau balkoni masing-masing.

Ruang biliknya tampak sederhana dan ringkas namun, tetap memberi keselesaan yang diinginkan umpama berada di rumah sendiri.

Kemudahan asasnya juga lengkap dengan penghawa dingin, kemudahan membuat teh dan kopi, telefon, jalur lebar Internet, televisyen satelit, air panas dan peti ais mini.

Menariknya, hotel itu mempunyai kolam renang yang luas dan besar. Ruang di sekeliling kolam renang juga boleh digunakan untuk majlis-majlis keraian dan barbeku.

Bagi pengunjung yang ingin beriadah, terdapat beberapa kemudahan yang disediakan di sini. Antaranya gimnasium, padang permainan, gelanggang bola tampar pantai, ping pong dan permainan dalaman.

Kedudukannya yang hanya beberapa meter dari Pantai Morib juga membolehkan pengunjung bermandi-manda atau sekadar bersantai sambil melihat panorama matahari terbenam.

KOLAM renang yang luas membolehkan pengunjung bebas bermandi-manda.

Bagi peminat-peminat golf p**a, bolehlah berkunjung ke Sri Morib Golf Club yang terletak berhampiran. Malah, pihak hotel juga bersedia menawarkan beberapa aktiviti seperti menyelusuri sungai, lawatan atau memancing di laut berdasarkan permintaan.

Jika mahu menjamu selera, berkunjunglah ke Restoran Temasya yang terletak berhampiran lobi. Ia mampu memuatkan kira-kira 100 pengunjung pada satu-satu masa sambil menyediakan pelbagai hidangan Barat dan tempatan yang enak pada harga berpatutan.

Lebih penting, pengunjung juga tidak perlu risau akan statusnya kerana ia mempunyai sijil perakuan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hotel Impian Morib juga menawarkan kemudahan bagi agensi-agensi kerajaan atau syarikat korporat yang mahu mengadakan kursus, seminar, mesyuarat atau hari keluarga.

Terdapat empat dewan yang boleh dipilih iaitu Kelanang, Jugra, Bayu dan Sri Morib yang mampu memuatkan antara 40 hingga 220 peserta. Setiap satu lengkap dengan kemudahan bersidang seperti sistem pembesar suara, mikrofon dan skrin.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Horizon&pg=ho_03.htm
Hakcipta terpelihara

SEJAK dahulu lagi, Morib menjadi satu aset penting kepada daerah Kuala Langat. Terletak kira-kira satu jam setengah pemanduan berkereta dari Kuala Lumpur, tidak hairanlah ia sering menjadi tumpuan pengunjung yang mahu melarikan diri seketika daripada kehidupan kota.

Dewan KelanangKapasiti : 100 orang ( Classroom )200 orang ( Theater Style )80 orang ( Rountable )         ...
03/09/2015

Dewan Kelanang
Kapasiti :
100 orang ( Classroom )
200 orang ( Theater Style )
80 orang ( Rountable )
 

Terdapat beberapa jenis bilik - Deluxe - Superior - Chalet Garden - Chalet Sea View
02/09/2015

Terdapat beberapa jenis bilik

- Deluxe

- Superior

- Chalet Garden

- Chalet Sea View

Address

Banting
42700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hotel Impian Morib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share