05/05/2026
Salam sejahtera semua.
Tahukah anda durian Batu Kurau telah diiktiraf sebagai antara yang terbaik sejak lebih 100 tahun lalu?
Pada tahun 1906, rekod dalam Agricultural Bulletin of the Straits and Federated Malay States mencatatkan kemenangan durian dari Batu Kurau, Perak dalam Third Joint Annual Agri-Horticultural Show of the Straits Settlements and Federated Malay States di Singapura.
Ini bukan sekadar cerita, ini fakta sejarah.
Sehingga hari ini, durian Batu Kurau masih menjadi pilihan bagi penggemar durian kampung kerana rasa yang unik dan berkualiti.
Jika anda pencinta durian, ini peluang keemasan untuk mencuba durian "legend" ini sepanjang bulan Jun hingga Ogos 2026.
Jom datang ke 7 Beret Campsite dan nikmati durian Batu Kurau dalam suasana alam semula jadi.
Kredit info:Discover Batu Kurau