05/02/2026
SCAMMER ALERTβΌοΈ
Sekarang book homestay dekat bookingdotcom pon dah tak selamat.
Kronologi kes
Ada satu guest kami dah book Alyn Home di platform bookingdotcom. Lepas tu guest dapat call dari seseorang yg mengatakan dirinya dari Alyn Home dan inform guest tersebut bahawa rumah yg dah ditempah tak available atas sebab double booking.
Guest ni kemudiannya diminta untuk cancel reservation dan scammer ni suggestkan owner rumah lain sebagai alternatif. Guest ni pon contact βowner rumah #1β yg dibagi dan lepas setel payment, βownerβ cakap rumah double book jugak dan janji akan refund semula duit pada petangnya.
Tak lama lepas tu, βowner rumah #2β menghubungi guest dan bertanya sama ada dah jumpa rumah atau tidak. Guest pon cakap lah belum sebab rumah kedua pon kes sama, double book.
Maka βowner rumah #2β offer rumahnya dan meminta guest untuk buat payment ke no akaunnya. Dan perkara sama terjadi bila mana payment dibuat, βownerβ inform double book ( tapi tak refund payment dari guest)
Report polis telah dibuat oleh guest tersebut dan guest telah menghubungi kami memohon penjelasan.
Soalannya, macam mana scammer ni boleh tahu segala details guest ni (no tel, details reservation).
Kami dengan ini juga nak perjelaskan situasi dan melindungi nama baik kami. Bahawasanya kami menjalankan perniagaan yg legit & tidak akan share details guest kepada mana2 pihak.
Dan peringatan juga buat anda yg membaca, sila berhati2 dalam setiap transaksi. Kalau rasa ragu2, book & bayar di platform seperti Agoda,Booking atau Airbnb
Sebab apa? Platform macam ni bertindak sebagai perantara antara guest dan operator homestay. Segala payment dari guest akan melalui platform sebelum diserahkan kepada operator homestay. Jadi jika anda di scam oleh operator, automatik operator tersebut akan ditendang dari platform2 ni & payment, akaun akan dibekukan.
Stay safe, stay alert π