31/03/2026
SAYA BUKAN SCAMMER
hari ini saya yang kena scam dengan tetamu. Dia awal-awal kata takut kena scam jadi nak masuk homestay dulu baru bayar.
Kita pun okay lah. Sekali nah dah masuk taknak bayar pulak dah. Cakap terus nak checkout tak jadi stay. Padahal dah masuk dekat satu jam. Alasan? Kunci bengkok. 😅 itu sahaja ya. Saya datang check lampu kipas pun biar je terbuka. Kelam kabut sangat checkout apesal dik?
Homestay saya ni baru. Kelengkapan pun semua ada. Masalah lain takde. Cuma kunci je dia kata bengkok sebelum masuk. Saya yang kemas sendiri dan saya orang terakhir pegang kunci tu. Takde bengkok pun. Pelik betul….
Entah apa lah yang dibuat kita pun tak tahu. Memang takda barang rosak. Tapi tu lah. Taknak bayar rental homestay cerita sebenar nya.
Takpelah. Saya redha. Tapi ini pengajaran buat saya dan peringatan kepada semua tetamu saya akan datang. Saya WAJIB kan untuk buat bayaran penuh (full payment) sebelum saya serahkan password kunci.
Sekian.