29/12/2022
بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Hasienda's Homestay Bayan Lepas sejak mula beroperasi sekitar tahun 2012 sehingga kini sudah menjangkau sepuluh tahun. Kami telah menerima tetamu dari seluruh pelusuk tanah air. Tetamu yang datang berkonvoi bersama motor datang semula bersama keluarga. Tetamu yang bercuti bersama keluarga kembali bersama rombongan syarikat. Sedikit demi sedikit penambahbaikan telah diusahakan untuk menghargai sokongan daripada tetamu kami.
Sukacita ingin kami maklumkan untuk menjamin keselesaan para tetamu kami akan datang, Insha'Allah bermula pada Januari 2023 kami akan menaik taraf & menambah baik fasiliti dan kesemua empat buah kediaman secara berperingkat.
Tempoh masa dijangka siap untuk beroperasi semula adalah tiga bulan iaitu hingga Mac 2023.
Terima kasih kepada semua yang membina memori indah di inap desa kami.
Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam damai untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.