Ketu Mado Homestay

Directions

Ketu Mado Homestay Stay Tropical, Stay Ketu Mado. πŸƒπŸŒ³

HIKING BUKIT MADO PENGALAMAN LUAR BIASA! 🌿Kali ini sempena Hari Kemerdekaan yang ke-69 Tahun Bukit Mado menerima kunjung...
24/08/2026

HIKING BUKIT MADO PENGALAMAN LUAR BIASA! 🌿

Kali ini sempena Hari Kemerdekaan yang ke-69 Tahun Bukit Mado menerima kunjungan istimewa daripada Content Creator No.1 Sarawak, Dennis Lat! πŸ”₯

Jom terokai keindahan alam semula jadi Bukit Mado, nikmati pemandangan yang menakjubkan dan rasai sendiri pengalaman hiking di bumi Long Busang, Sarawak. πŸŒ„

πŸ“ Bukit Mado, Long Busang, Sarawak
🏑 Singgah & menginap di Ketu Mado Homestay
πŸ₯Ύ Hiking β€’ 🌿 Nature β€’ πŸ“Έ Content β€’ ❀️ Kenangan

Bukit Mado menanti anda! πŸ”₯

09/08/2026

Di Ketu Mado Homestay, tetamu bukan saja dapat menikmati suasana sungai, tapi juga berpeluang memberi ikan makan sambil mengenali kehidupan alam semula jadi.

Aktiviti kecil seperti ini mengajar kita untuk lebih menghargai dan menjaga ikan serta kebersihan sungai. Jangan buang sampah ke sungai dan elakkan menangkap ikan sesuka hati. ❀️

Sungai yang bersih, ikan terpelihara, kenangan pun lebih bermakna. 🌿✨

πŸ“ Sungai Lebuwai, Long Busang, Sarawak
🏑 Ketu Mado Homestay

08/08/2026

Kemarau tiba, suasana pun berubah!

Air sungai semakin surut, panas matahari semakin terasa tapi keindahan Ketu Mado tetap mempesona.

Setiap musim ada cerita dan keindahannya tersendiri. ❀️

Datang sebagai tetamu, pulang membawa kenangan. 🏑✨

Abadikan Kenangan di Ketu Mado Homestay! πŸ“ΈSetiap sudut di Ketu Mado Homestay dan panorama indah Bukit Mado mempunyai keu...
17/07/2026

Abadikan Kenangan di Ketu Mado Homestay! πŸ“Έ

Setiap sudut di Ketu Mado Homestay dan panorama indah Bukit Mado mempunyai keunikannya yang tersendiri. Dari kehijauan alam semula jadi hingga pemandangan yang memukau, semuanya menjadi latar yang sempurna untuk merakam momen istimewa.

Terima kasih kepada Jreelvyza Lenau yang sudi menjadi model dan menyerikan suasana. Hasilnya memang cantik dan penuh dengan aura alam semula jadi. 🌿✨

Kalau anda berkunjung ke Ketu Mado Homestay, jangan lepaskan peluang untuk mengadakan sesi photoshoot bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan. Biar setiap gambar menjadi kenangan yang akan dikenang sampai bila-bila. ❀️

πŸ“ Ketu Mado Homestay, Long Busang, Sarawak

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Team KKDW & MUT kerana sudi berkunjung dan singgah lagi di Ke...
16/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Team KKDW & MUT kerana sudi berkunjung dan singgah lagi di Ketu Mado Homestay.

Kehadiran anda semua amat kami hargai dan menjadi satu penghormatan buat kami. Semoga pengalaman sepanjang berada di sini memberikan kenangan yang indah serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin.

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda pada masa akan datang.

Jumpa lagi di Ketu Mado Homestay! ❀️🏑

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Zamri dan rombongan kerana sudi singgah dan b...
29/06/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Zamri dan rombongan kerana sudi singgah dan berkunjung ke Ketu Mado Homestay.

Walaupun tempoh hari kita berdepan dengan beberapa halangan, kami amat bersyukur semuanya dapat diselesaikan dengan baik dan kunjungan ini akhirnya dapat direalisasikan.

Kehadiran tuan dan rombongan amat kami hargai. Semoga segala urusan dipermudahkan, perjalanan sentiasa selamat, dan semoga kita berpeluang bertemu lagi pada masa akan datang.

Terima kasih sekali lagi kerana memilih Ketu Mado Homestay. Pintu kami sentiasa terbuka untuk menyambut kedatangan anda semua. ❀️🏑

Jumpa lagi di lain waktu! πŸ‘‹πŸ»β€οΈ

PERKEMBANGAN TERKINISetelah mengadakan perbincangan dengan pihak atasan Jaya Tiasa sebentar tadi, kami dimaklumkan bahaw...
27/06/2026

PERKEMBANGAN TERKINI

Setelah mengadakan perbincangan dengan pihak atasan Jaya Tiasa sebentar tadi, kami dimaklumkan bahawa tetamu yang ingin berkunjung ke Long Busang bagi tujuan melawat, menziarahi keluarga atau sahabat adalah dibenarkan.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Martin Koo sebagai Chief Security HQ JTP Sibu serta seluruh pihak pengurusan Jaya Tiasa atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan dalam menyelesaikan perkara ini dengan baik.

Keputusan ini pastinya memberi kelegaan kepada ramai pihak, khususnya mereka yang ingin menziarahi saudara-mara, sahabat handai atau berkunjung ke Ketu Mado Homestay untuk menikmati keindahan alam semula jadi Long Busang.

Kami amat menghargai kesudian pihak Jaya Tiasa mendengar pandangan masyarakat dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk terus berkunjung ke Long Busang.

Semoga hubungan baik dan kerjasama antara masyarakat setempat dengan pihak Jaya Tiasa akan terus berkekalan demi manfaat bersama.

Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Martin Koo dan seluruh pengurusan Jaya Tiasa. Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus maju jaya.

Address

Long Busang
Belaga
96900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketu Mado Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category