16/12/2024
Perbincangan Santai dengan Malaysian Business Angel Network (MBAN) & Mengetahui Peranan Sarawak dalam “Angel Investing”
Bagaimana Startup (Syarikat Pemula) Berjaya? Jawapannya Ada di Sini!
Adakah anda tahu tentang “Angel Investing”, tetapi masih tidak pasti apa sebenarnya? Inilah peluang anda untuk memahami dengan lebih mendalam! Sertai Perbincangan Santai bersama MBAN, di mana kami akan berkongsi rahsia bagaimana “Angel Investing” dapat memberi impak besar kepada syarikat pemula dan bagaimana Sarawak berperanan dalam ekosistem ini.
✅ Apa itu “Angel Investing”
✅ Peranan Sarawak dalam Menyokong Inovasi & Startup – Ketahui bagaimana ekosistem startup Sarawak semakin berkembang
✅ Peluang Untuk Anda Sebagai Usahawan – Peluang untuk belajar tentang cara menarik “Angel Investor”, dan bagaimana anda sebagai usahawan boleh memanfaatkan pelaburan untuk melangkah ke tahap seterusnya.
🗓️ : 17 Disember 2024 (Selasa)
🕘 : 1:00 Petang - 3:00 petang
📍 : Betong Digital Innovation Hub
Link Pendaftaran: bit.ly/bdih24-16
Jom sertai kami dan mula membina rangkaian dengan pakar! Tidak kira anda startup founder, pelabur, pemilik perniagaan atau peminat inovasi, ini adalah program yang wajib anda sertai!