Homestay kami terletak di Bandar Seri Iskandar iaitu pusat ekonomi, pentadbiran dan pendidikan bagi Daerah Perak Tengah yang mana ia juga merupakan Koridor Kinta-Pangkor. Koridor yang seluas 5000 ekar merupakan pembangunan yang telah dirancang rapi sebagai satu perbandaran yang komprehensif merangkumi pembangunan komersil, kediaman, perindustrian dan rekreasi. Ini menjadikan kedudukan homestay kam
i sebagai ideal dan strategik bagi semua pengunjung yang ingin berurusan rasmi seperti bekerja, mesyuarat, menghadiri seminar dan mahapun tidak rasmi seperti menghadiri majlis kenduri kahwin, menziarahi saudara mara dan bercuti di daerah ini mahupun bandar-bandar lain negeri Perak ini. Dengan lokasi kedudukan ini, pengunjung dengan mudah mengakses ke Ipoh, Setiawan, Lumut, Batu Gajah dan lain-lain kawasan melalui lebuhraya Ipoh-Lumut. Homestay ini telah memulakan operasi pada bulan Februari 2017 dan mempunyai keluasan 6264 kaki persegi dengan built up area 1586. Ianya ruang tamu yang luas dan selesa serta mempunyai 4 + 1 bilik tidur dengan setiap bilik tidur mempunyai bilik air. Homestay ini dilengkapi dengan grill keseluruhan pada pintu dan tingkap, mempunyai ruang parkir kereta berbumbung yang boleh memuatkan 2 kereta dan memiliki kemudahan lengkap dengan set sofa, sofa bed, TV, Astro Njoi, set meja makan (6 kerusi), kipas syiling, penghawa dingin, peti ais, mesin basuh, kabinet dapur dan dapur memasak. Homestay Corner Lot kami mempunyai kejiranan yang mesra serta berdekatan dengan taman permainan kanak-kanak. Jalan yang luas memudahkan pengunjung untuk meletakkan