Nazzirul Hafiz Bukit Merah LakeTown

Nazzirul Hafiz Bukit Merah LakeTown Kami mempunyai sebuah homestay jenis studio dalam kawasan LakeTown Bukit Merah.kadar sewaan semalam hanya RM80- 100... bt tempahan awal memudahkan urusan.

Homestay alor setar blh pm sy...Tempat2 Menarik Dalam Alor SetarBalai SeniTerletak di dalam bangunan yang didirikan pada...
29/12/2021

Homestay alor setar blh pm sy...

Tempat2 Menarik Dalam Alor Setar

Balai Seni

Terletak di dalam bangunan yang didirikan pada tahun 1893, bangunan yang kini menempatkan Balai Seni Negeri pada asalnya pernah digunakan sebagai Mahkamah Besar pada tahun 1912. Kalau anda nak tahu, bangunan ini adalah bangunan kerajaan moden yang terawal di Alor Setar.

Antara yang terdapat di Balai Seni ini adalah pameran koleksi ukiran kayu, karya khat dan karya lukisan yang telah dihasilkan oleh rakyat Kedah sendiri dari pengkarya kontemporari hinggalah veteran. Ada dalam kalangan pengkarya ini pernah menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa.

Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad
Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad Alor Setar
Sumber: Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad
Ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang kehidupan peribadi Bapa Permodenan Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad? Segalanya bakal ‘terbongkar’ setelah melawat Rumah Kelahiran beliau yang terletak di Alor Setar.

Di sini, anda dapat melihat rumah yang masih dalam keadaan asal lengkap dengan perabotnya seperti kerusi, meja solek, perkakas dapur, almari dan sebagainya.

Siapa menyangka, daripada sebuah kehidupan yang biasa di dalam rumah kayu terlahirnya seorang insan dengan ketokohan yang sungguh luar biasa sehingga terkenal di seantero dunia. Lawatan ke rumah ini pasti dapat menjadi penyuntik semangat bagi anak-anak yang masih di usia muda untuk cuba melakukan yang terbaik tanpa mengira situasi kehidupan.

Uptown Stadium Darul Aman
Tertanya-tanya apa nak dibuat bila tiba waktu malam di Alor Setar? Salah satu aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah bershopping sakan di Uptown Stadium Darul Aman.

Di sini, terdapat lebih daripada 100 buah gerai dengan jualan barangan seperti pakaian, kosmetik, kasut, jersey, merch dan macam-macam lagi. Tapi tarikan sebenar di sini adalah kerana betapa banyaknya pilihan makanan yang ada. Sure kenyang! Tak pasti nak makan kat mana? Dan tak nak keluar bajet banyak untuk mengenyangkan perut? Inilah destinasi yang wajib anda singgah.

Pekan Rabu
Hanyalah 100 meter dari Menara Alor Setar, setelah puas menikmati pemandangan sekitar bandar dari menara, tibalah masa untuk menghilangkan rasa lapar dengan mencuba pelbagai hidangan tradisional Melayu di Pekan Rabu . Di sini, anda bakal menemui makanan seperti kuih bahulu, dodol durian, ikan pekasam, kuah rojak dan sebagainya, hidangan panas juga turut terdapat di sini.

Selain makanan, barangan lain juga turut diniagakan seperti pakaian dan ubat-ubatan. Jangan lupa untuk bertawar-menawar supaya anda dapat membeli dalam harga yang memuaskan hati.

Masjid Al-Bukhary
Selain Masjid Zahir, masjid lain yang mesti anda singgahi untuk merasai nikmat beribadah di Alor Setar adalah Masjid Al-Bukhary. Di masjid ini, anda dapat menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk bukan hanya kerana ketenangan suasananya yang jauh dari gangguan bunyi, tapi juga kerana keindahan rekaannya yang sungguh mempesonakan.

Rekaan masjid ini dikatakan dipengaruhi oleh seni bina Turki dan juga Iran. Manakala minaretnya p**a adalah dipengaruhi oleh seni bina Mesir dan Madinah.

Berkeluasan 4.96 ekar, masjid yang dibina di bawah Albukhary Foundation ini dapat menampung jumlah jemaah yang besar iaitu mencecah sehingga 15,000 orang pada satu-satu masa.

Mengenai kemudahan yang disediakan, masjid ini lengkap dengan bilik pengajian, bilik mesyuarat, bilik wuduk lelaki dan wanita, bilik pengurusan jenazah, bilik imam, dan pelbagai kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif dan tandas khas.

Taman Jubli Emas Alor Setar
Bercadang ingin berjogging bersama keluarga di dalam suasana penuh keindahan? Anda boleh membuka langkah kaki ke Taman Jubli Emas Alor Setar. Di tengah-tengah taman ini terdapat sebuah kolam ikan di mana anda boleh berhenti seketika setelah berjogging satu pusingan untuk memberi ikan-ikan yang ada di sini makanan.

Selain jogging dan memberi ikan makan, aktiviti lain yang boleh anda lakukan di sini adalah seperti bermain layang-layang, bermain skateboard, atau menunggang kuda. Kalau anda datang ke sini pada musim cuti sekolah, cukup terasa kemeriahannya.

Masjid Zahir Alor Setar
Sesudah puas berjalan dari satu lokasi ke satu lokasi menarik, apa kata sekiranya anda singgah sebentar ke Masjid Zahir Alor Setar untuk mendapatkan ketenangan yang sebenar sambil menunaikan ibadah. Terletak di tengah-tengah pusat bandar, cukup mudah untuk anda sampai ke masjid ini. Setibanya di sini nanti, anda bakal disambut oleh sebuah struktur indah.

Keasyikan menyaksikan masjid ini makin bertambah bila mengetahui usianya yang sudah pun mencecah lebih 100 tahun! Memiliki 5 buah kubah hitam sebagai simbol kepada rukun Islam, masjid ini dikatakan antara masjid yang tercantik di dunia.

Muzium Negeri Kedah
Muzium Negeri Kedah yang juga pernah dikenali sebagai Muzium Sejarah Kedah pada tahun 1957 ini adalah sebuah muzium yang menempatkan sehingga 10 buah galeri berbeza untuk memuaskan hati para pencinta sejarah, seni dan budaya.

Antara galeri tetap yang terdapat di muzium ini adalah Dewan Sejarah, Dewan Manuskrip, Dewan Kebudayaan, Dewan Tekstil, Dewan Seni Kraf serta Sudut Bahasa dan Sastera.

Selain ruangan pameran yang pelbagai, muzium ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti kafeteria, bengkel, teater mini, perpustakaan dan fasiliti asas lain seperti tandas awam, lif serta tempat meletak kereta.

Gua Gunung Keriang
Sesudah melawat Muzium Padi, lokasi seterusnya yang boleh anda lawati adalah Gua Gunung Keriang. Kedudukan kedua-dua tarikan ini sangat hampir antara satu sama lain.

Bagi yang ingin memanjakan mata dengan keindahan alam semula jadi, inilah salah satu destinasi yang tidak rugi untuk lawati. Sekiranya anda berstamina tinggi, bolehlah mendaki sehingga ke puncak gunung untuk sebuah ganjaran pemandangan hamparan sawah padi yang mustahil untuk dilupakan.

Selain pendakian, anda juga boleh melawat gua-gua batu kapur yang ada di gunung ini di mana di dalamnya terdapat pembentukan batuan kristal yang mengujakan. Tak larat nak mendaki? Jangan risau, kemudahan lif setinggi 7 tingkat telah disediakan untuk kemudahan anda. Jangan lupa untuk membawa p**ang batuan kristal yang dijual di sini untuk dijadikan kenangan ya?

Muzium Padi Alor Setar
Berlatar belakangkan keindahan Gunung Keriang yang penuh kehijauan, Muzium Padi Alor Setar hanyalah 8 km sahaja dari bandar Alor Setar. Sekiranya anda datang pada musim menanam, kawasan di sekitar muzium ini kelihatan seperti permaidani hijau yang sangat menyegarkan pandangan mata. Pada waktu padi mula masak p**a, sekitar muzium ini akan mula dihiasi oleh warna keemasan.

Antara yang menarik di muzium ini adalah pameran berkenaan sejarah penanaman padi Kedah, info berkaitan jenis-jenis padi yang berbeza, peralatan pesawahan tradisional, peluang belajar untuk membanting padi dan banyak lagi pameran menarik lain yang dapat membuka mata supaya kita lebih menghargai setiap biji beras yang diletakkan di atas pinggan.

Anda juga boleh naik ke platform beputar yang memaparkan mural sawah berketinggian 8 meter dan berkepanjangan 103 meter. Dah puas melihat segalanya? Sebelum melangkah p**ang, anda boleh singgah ke kedai cenderamata untuk membeli pelbagai kraftangan yang diinspirasikan daripada padi.

Menara Alor Setar
Kalau pergi ke Alor Setar tapi tak singgah ke Menara Alor Setar rasa macam tak lengkap perjalanan makan angin di sini. Sebagai menara telekomunikasi kedua yang tertinggi di Malaysia, sudah semestinya ini menjadi tarikan utama yang tak patut anda lepaskan.

Seni binaannya dikatakan diinspirasikan daripada gelaran yang diberi kepada negeri Kedah sendiri iaitu, ‘Negeri Jelapang Padi.’ Kalau anda perasan, struktur menara ini kelihatan seolah-olah serumpun padi.

Rumah Merdeka
Rumah Merdeka adalah rumah peninggalan bapa kemerdekaan Malaysia iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra. Rumah ini diberikan nama ‘Merdeka’ kerana di sinilah pelbagai urusan untuk mencapai kemerdekaan dilaksanakan termasuklah perbincangan tentang dasar kerajaan untuk memenangi pilihan raya yang pertama.

Melawati rumah ini, anda sekeluarga dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan kehidupan Perdana Menteri Malaysia yang pertama ini. Sebuah lawatan yang penuh dengan pengisian terutama sekali bagi anak-anak, ini secara tidak langsung, dapat menyemai semangat patriotik dalam jiwa mereka.

Kedah Royal Museum
Kedah Royal Museum atau Muzium Diraja Kedah terletak di dalam sebuah istana klasik yang pada suatu ketika dulu pernah diberi nama sebagai Istana Kota Setar, Istana Pelamin, Rumah Pelamin dan juga Istana Mak Wan Besar.

Istana ini dibina sewaktu pembukaan Alor Setar sebagai pusat pentadbiran Kedah pada tahun 1735 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710-1778). Selain pernah didiami oleh beberapa orang Sultan Kedah, istana ini juga pernah menjadi tempat tinggal tentera Jepun sewaktu zaman pencerobohan Jepun ke Tanah Melayu.

Setelah bertahun lamanya, pada tahun 1983, struktur klasik ini mula dibaikpulih dan dijadikan muzium yang padat dengan info, foto dan koleksi artifak keluarga diraja.

Walaupun bayaran masuk ke dalam muzium ini adalah percuma, suasana di dalamnya cukup selesa, lengkap dengan pendingin hawa, dapatlah sejukkan badan sambil-sambil melihat sekitar muzium kan?

Selepas badan segar dalam kenyamanan udara muzium ini, dan setelah puas mendalami dunia diraja Kedah, anda boleh melawat tarikan lain yang terletak di sekitar muzium ini seperti Menara Nobat, Balai Seni dan juga Masjid Zahir.

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Gallery

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Gallery terletak di dalam bangunan yang pada asalnya berfungsi sebagai Bangunan Mahkamah Tinggi. Secara umumnya, muzium ini memiliki dalam 2,000 koleksi barangan peribadi yang diperolehi oleh keluarga diraja Kedah. Antaranya adalah seperti dokumen rasmi, pakaian istana, aksesori dan juga rajah yang memaparkan salasilah keluarga diraja Kedah bermula dari 1136 sehingga kini.

Lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar menjadikan ia dikelilingi oleh banyak tarikan utama di Alor Setar seperti Balai Besar, Masjid Zahir, Pekan Rabu, Menara Alor Setar dan Rumah Merdeka.

Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah adalah sebuah kompleks bersejarah yang terletak di bahagian utara sungai Kedah. Kota atau kubu ini telah dibina untuk melindungi negeri Kedah dan juga ibu negerinya, Alor Setar pada tahun 1771 oleh Sultan Muhammad Jiwa. Kota Kuala Kedah telah menjadi saksi serangan daripada Bugis, Siam dan juga Acheh.

Pada tahun 1909 iaitu sewaktu di bawah jajahan British, beberapa buah pejabat telah dibina di sekitar Kota Kuala Kedah. Ketika zaman penjajahan Jepun p**a, kawasan ini digunakan sebagai ibu pejabat sehinggalah tahun 1945 sebelum kembali semula ke dalam tangan British.

Pada tahun 1978, Kota Kuala Kedah telah diwartakan sebagai tapak bersejarah oleh Jabatan Muzium Malaysia.

08/11/2021

Sy boleh urus penginapan anda....

Studio RM 120
Studio 1 bilik. RM 150
Studio 2 bilik RM 200
Rumah 3 bilik RM 220

Check In 2:00 Petang
Check Out 12:00 Tengahari

www.wasap.my/601112334445/homestaylaketown

16/03/2019

Nazzirul Hafiz Homestay Bukit Merah LakeTown

Studio RM 120
Studio 1 bilik. RM 150
Studio 2 bilik RM 200
Rumah 3 bilik RM 220

Check In 2:00 Petang
Check Out 12:00 Tengahari

Sesuai untuk mereka yang ingin melancong bersama keluarga, rakan2 dan outstation
Kami juga mengalu-alukan jika anda ingin menjadikan unit kami ini sebagai
transit
penginapan untuk pekerja ( sewa bulanan / harian / homestay )

Bukit Merah Waterpark
Orang Hutan Terbesar Asia

Tempat menarik sekitar...
15min-Taman Tasik Taiping
-Zoo Taiping
-Muzium Taiping
-5D
-Kuala Sepetang
-Trong Duck Farm
-Bukit Larut(Maxweel Hill)
-Kuala Gula(Bird View)

KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI

27/01/2019

Gong Fa chai

Nazzirul Hafiz Homestay Bukit Merah LakeTown

Studio RM 120
Studio 1 bilik. RM 150
Studio 2 bilik RM 200
Rumah 3 bilik RM 220

Check In 2:00 Petang
Check Out 12:00 Tengahari

Sesuai untuk mereka yang ingin melancong bersama keluarga, rakan2 dan outstation
Kami juga mengalu-alukan jika anda ingin menjadikan unit kami ini sebagai
transit
penginapan untuk pekerja ( sewa bulanan / harian / homestay )

Bukit Merah Waterpark
Orang Hutan Terbesar Asia

Tempat menarik sekitar...
15min-Taman Tasik Taiping
-Zoo Taiping
-Muzium Taiping
-5D
-Kuala Sepetang
-Trong Duck Farm
-Bukit Larut(Maxweel Hill)
-Kuala Gula(Bird View)

KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI

Ampa xtau nk p mana ke?sy syorkan anda ke trong leisure farm,cangkat jering,perak...
26/12/2018

Ampa xtau nk p mana ke?sy syorkan anda ke trong leisure farm,cangkat jering,perak...

16/12/2018

Nazzirul Hafiz Homestay Bukit Merah LakeTown

Studio RM120
Studio 2 bilik RM 160
Rumah 3 bilik RM 220

Check In 2:00 Petang
Check Out 12:00 Tengahari

Sesuai untuk mereka yang ingin melancong bersama keluarga, rakan2 dan outstation
Kami juga mengalu-alukan jika anda ingin menjadikan unit kami ini sebagai
transit
penginapan untuk pekerja ( sewa bulanan / harian / homestay )

Tempat menarik sekitar...
15min-Taman Tasik Taiping
-Zoo Taiping
-Muzium Taiping
-5D
-Kuala Sepetang
-Trong Duck Farm
-Bukit Larut(Maxweel Hill)
-Kuala Gula(Bird View)

KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI

Address

Suria Appartment
Bukit Merah
34400

Telephone

01112334445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nazzirul Hafiz Bukit Merah LakeTown posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category