12/05/2018
Salam, Lama betul tak buat . 😅
So baru2 ni sempena cuti pilihanraya serta cuti tambahan, admin berpeluang stay lama sikit di Penang. Makanya sempat la admin nak ke kedai2 makan viral yang ada di sekitar Seberang Jaya. Lama dah dok ushar ni. Setiap kali lalu ja mesti ramai org. So kami makan nasi ayam mendy, lambchop dgn chicken chop.
Rumah Cafe Seberang Jaya
1️⃣ Nasi Mendy: Komen dari ladyboss, nasi lembut dan rempah2 nya terasa, n sedap. Ayam bakar pun sedap dan moist je. Dihidangkan dgn kuah dal, timun ala2 acar dan sis masam(sy xpasti mint atau tomato). Memang rasa arabnya.
2️⃣ Sizzling Grill Lambchop: Sebagai penggila kambing, admin sgt2 berpuas hati dengan hidangan kambing ni. Kuah yg pekat dan cukup rasa. Kambing yang lembut dan tak kering. Dihidangkan dengan fries dan coleslaw. All in mmg sedap, tiptop, just portion kambing jela rasa mcm xpuas makan. Tapi kena la dgn harganya hanya RM17.90 utk sepinggan.
3️⃣ Chicken chop: Admin tak sempat nak rasa yang ni, tp presentation wise mmg terbaik, dihidangkan dgn sos blackpepper yg sama mcm lambchop. Ayah admin pun mkn setel, so confirm la sedap kan. 😅
All in memang menarik cafe ni. Even Jalan-jalan Cari Makan TV3 pun dah sampai. So, anda bila lagi. Jarak dari Homestay Acu pun tersangat lah dekat. Google map even suruh jalan kaki je, 7minit dah sampai. Hee. Cuba jangan tak cuba. 😄😄