Ethno Valley Resort

Ethno Valley Resort Keindahan flora dan fauna bersama udara segar sambil menikmati minuman herba’percuma’.
(996)

Ethno Valley Resort merupakan resort yang bertemakan alam semulajadi yang bertempat di Kampung Senduk, Changkat Jering, Perak yang terdiri daripada 20 buah chalet, 2 buah rumah dan dorm (60orang). Terdapat banyak aktiviti-aktiviti riadah yang disediakan termasuk memanah, fish feeding, berenang, direct feeding' burung dan jungle trekking. Ethno Valley resort turut mempunyai mini zoo dengan beberapa

ternakan seperti arnab. Kami turut menjual pelbagai produk berasaskan herba dan pengunjung dapat menikmati minuman herba secara percuma.

MERDEKA !MERDEKA !MERDEKA !Selamat meyambut kemerdekaan Malaysia tercinta yang ke-69 tahun. Sambutlah dengan hati dan ji...
31/08/2026

MERDEKA !
MERDEKA !
MERDEKA !

Selamat meyambut kemerdekaan Malaysia tercinta yang ke-69 tahun.
Sambutlah dengan hati dan jiwa yang merdeka🌺
Kemerdekaan yang dinikmati hari ini adalah perjuangan ,titik peluh, jerih payah dan darah datuk nenek moyang kita terdahulu...
Bukanlah sebuah merdeka yang boleh disia-siakan bagai tiada erti.
Semoga kemerdekaan ini dijaga selayaknya oleh generasi yang akan datang🇲🇾dan Malaysia terus diberkahi sebagai sebuah negara merdeka.
Aaamiin

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nab...
25/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah serta meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam.” — Surah Al-Anbiya’: 107

Semoga semangat kasih sayang, persaudaraan, keamanan dan rahmah yang dibawa oleh Rasulullah SAW terus menjadi pedoman kita bersama.

Salam Maulidur Rasul 1448H.

22/08/2026

RM99
ON WEEKDAYS guys..!!
call office for more info 058551104 9am-6pm everyday🤗

07/08/2026

TEMPAHAN 2027
akan dibuka pada 1/9/2026!
☎️ 05 8551104 9pagi-6 ptg setiap hari🤩

02/08/2026

Hai semua🤗

Jommm datang ke Ethno Valley Resort harini 🤗🎉
Jangan lepaskan peluang mendapat harga mesra poket bagi barangan keperluan harian sempena JUALAN RAHMAH yang sedang berlangsung sekarang di tapak parking Ethno Valley🎉🔥

Harini sahaja gaisss....!
Mula pukul 8.30 pagi-1 petang nnt🤩

Jumpa di Ethno Valley gaisss♥️

01/08/2026

Harini masih ada chalet yang available untuk anda😍
Hubungi ofis untuk tempahan ☎️058551104 9pg-6ptg
setiap hari🔥

Hai semua🤗JUALAN RAHMAH oleh F&S kembali lagi di Ethno Valley Resort ‼️Jommm datang beramai² pada hari Ahad,2/8/2026 ber...
31/07/2026

Hai semua🤗
JUALAN RAHMAH oleh F&S kembali lagi di Ethno Valley Resort ‼️
Jommm datang beramai² pada hari Ahad,2/8/2026 bertempat di parking Ethno Valley dari 8.30pagi-1 petang.
Jangan lupa ya..jumpa di Ethno Valley♥️

26/07/2026

Hai semua🤗

Kalau bosan² dok kat rumah tu..boleh mai mandi-manda di Ethno Valley Resort ♥️
Kami buka kolam renang setiap hari tau ..kecuali kalau ada kerja² selenggaraan yang akan dimaklumkan dalam FB👍🏻

Tiket kanak² RM3
Tiket dewasa RM5

Boleh mandi sampai puas dari pukul 9pagi-10 malam🎉🎉
Nak bawa makanan sendiri boleh tapi sila ke pejabat untuk makluman kat mana boleh makan 👌🏻
Sekitar kawasan kolam renang tidak dibenarkan makan untuk menjaga kebersihan kolam & tidak boleh pakai selipar/kasut sebab kotoran terutama pasir dari kasut boleh menyebabkan luka pada orang yang mandi-manda.. That's why..okay🙂

Boleh datang dengan famili & rakan² nanti ya..
Jumpa anda di Ethno Valley gaisss🫶🏻

SEBUTHARGA CHALET 2026Assalamua'laikum.....😊Hai semua🤗🥰Berikut harga chalet-chalet & rumah-rumah yang terdapat di Ethno ...
16/07/2026

SEBUTHARGA CHALET 2026
Assalamua'laikum.....😊
Hai semua🤗🥰

Berikut harga chalet-chalet & rumah-rumah yang terdapat di Ethno Valley Resort 2026 yaa..😉
Ethno Valley berkonsepkan eco-tourism dan terbuka kepada umum (open to public).
Kami mempunyai 20 chalet & 2 buah rumah yang boleh memuatkan sehingga maksima 118 orang dewasa dalam satu-satu masa. Anda boleh pilih mana yang sesuai dengan budget & kapasiti keluarga anda. 😊
Setakat ini, tiada pakej yang disediakan untuk penginapan family day. Harga berdasarkan bilik yang ditempah.
Check In: 3 petang
Check Out: 12 tengah hari

PENGINAPAN SAHAJA ✅
BREAKFAST / LUNCH / DINNER ❌

AKTIVITI :-

1) KOLAM RENANG
Kami mempunyai kolam renang dengan konsep terbuka kepada umum ( open to public ) .
Buka 9pagi-10malam setiap hari kecuali dimaklumkan tutup untuk kerja² penyelenggaraan melalui fb.
Bayaran masuk:-
RM3 untuk kanak-kanak (3-12 tahun)
RM5 untuk dewasa (13 tahun ke atas ).
Pakaian bebas & sesuai (jeans X dibenarkan )
Makanan X dibolehkan di kawasan kolam.
Minuman sahaja dibolehkan.

2) MEMANAH
Anda perlu membuat tempahan awal di pejabat/Galeri Herba.
Bayaran memanah:-
RM20 /Individu /Jam
RM100/Group/3 jam

3) "FISH-FEEDING" (BERI MAKAN IKAN)
Paket makanan ikan ( RM1 ) dijual di pejabat/Galeri Herba.

Berminat boleh hubungi pejabat:
05-8551104
(9 am-6 pm/setiap hari)
🌷

Hari ini, sempena Program Bukit Gantang Eco Cycling Explorace 2026 anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Sel...
11/07/2026

Hari ini, sempena Program Bukit Gantang Eco Cycling Explorace 2026 anjuran Pejabat Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama ; Ethno Valley Resort menerima kunjungan Yang Berhormat Ahmad Saidi Bin Mohamad Daud, Dun Changkat Jering, Pegawai Daerah Dan Tanah Larut Matang Dan Selama, Yang Berusaha Tuan Mohd. Nasrul Bin Menhat & Penolong Pegawai Daerah, Encik Fizry Azmier Bin Salehuddin, Yang Berusaha Puan Halizah Binti Sipun Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Merangkap Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.
Ethno Valley telah terpilih menjadi pit-stop ke-2 bagi acara tersebut yang dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Sosial & promosi peringkat daerah LMS selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Semoga acara ini akan dilaksanakan lagi di tahun akan datang.👍🏻
Terima kasih atas kesudian memilih Ethno Valley sebagai salah satu destinasi hentian Program Bukit Gantang Eco Cycling Explorace 2026🫶🏻

Address

LOT 4576 KAMPUNG SENDUK
Changkat Ibol
34850

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ethno Valley Resort posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ethno Valley Resort:

Shortcuts

Share

Category